Lemang Kukus, Sekejap Je Buat Dah Boleh Makan. Rasanya Sedap Tak Pernah Mengecewakan!

Share

Lemang Kukus, Sekejap Je Buat Dah Boleh Makan. Rasanya Sedap Tak Pernah Mengecewakan!

Lemang kalau tak dibakar berjam-jam memang tidak masak sempurna jadinya. Malah jika tidak pandai kawal api bukan sahaja mentah dan malah ada yang hangus pula. Itu sebab jugalah ramai yang lebih rela beli daripada buat sendiri!

 

 

Tapi lain ceritanya kalau kita sediakan lemang yang dimasak menggunakan kaedah kukus. Lebih mudah dan cepat dimasak dan paling utama dijamin masak sempurna dan enak berlemak rasanya.

Jadi bolehlah kita buat sendiri untuk dihidang kepada ahli keluarga di pagi Raya. Ini sebagaimana cara dan resipi yang dikongsikan oleh Haliza Jeran.

Lemang Cawan

Bahan-bahan:

1kg pulut siam
500 ml santan fresh
Garam
Cawan kertas

Daun pisang

 

 

Cara-caranya:

1.Lapik cawan kertas dengan daun pisang.

 

2.Cuci pulut dan toskan.

3.Masukkan beras separuh ukuran cawan

4.Tuang santan pada paras pulut

5.Kukus selama 35 minit atau sehingga masak.

6.Siap dan sedia untuk dinikmati.

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

IKLAN