Lembut Dan Sedap Kuih Lapis Ni, Nak Buat Hanya Guna Sukatan Cawan Je.

Share

Suka sangat kuih ni. Nak nak kalo jumpa yang manis dia ringan je, berlemak, lembut tak keras. Setengah pinggan boleh hadap.

Sejenis tabiat dari kecik lagi, bila makan dia je mesti nak selak selai selai ikut warna. Padahal rasa sama je, feeling je lebih entah apa apa.

Biasa Kakdell beli untuk sarapan pagi. Tapi sebab sekarang tengah puasa tambah pulak Pkp ni, memang susah la nak cari.
So terpaksalah merajinkan diri kedapur. Kakdell buat sukat cawan je. Ikut pesen mudah. Sebab kalo pakai gram gram ni renyah pulak aku rasa.
Hari tu ada yang mintak resepi kan? So Kakdell share sini je lah ya.

Bahan-bahan: 
-2 cawan tepung beras
-1/2 cawan tepung jagung
-1/2 cawan tepung gandum
-1/2 cawan santan
-3 setengah cawan air
-3/4 cawan gula
-1 sudu kecil garam
-pewarna kuning
-sirap
-aising pandan

Cara penyediaan:

Blend kesemua bahan kecuali pewarna kuning dan sirap. Kemudian asingkan kedalam cawan sama rata untuk letak pewarna. Sambil tu panaskan pengukus dan gris loyang dengan sedikit minyak.
Masuk 1 lapis adunan (sekitar 2senduk) kedalam loyang dan kukus dalam 3minit. Lepas 3 minit lapiskan pula dengan adunan berlainan kaler. Kukus lagi 3 minit. Ulang sehingga habis semua adunan. Untuk last adunan tu kukus lebih lama sikit dalam 8 minit. Dah masak tu boleh la keluarkan. Redakan suhu kejap pastu letak dalam peti sejuk dalam 1 atau 3jam.
Dah sejuk tu boleh la keluarkan untuk dipotong ya. Selamat mencuba.

Sumber: Riana Samad

IKLAN