Suka sangat kuih ni. Nak nak kalo jumpa yang manis dia ringan je, berlemak, lembut tak keras. Setengah pinggan boleh hadap.
Sejenis tabiat dari kecik lagi, bila makan dia je mesti nak selak selai selai ikut warna. Padahal rasa sama je, feeling je lebih entah apa apa.
Biasa Kakdell beli untuk sarapan pagi. Tapi sebab sekarang tengah puasa tambah pulak Pkp ni, memang susah la nak cari.
So terpaksalah merajinkan diri kedapur. Kakdell buat sukat cawan je. Ikut pesen mudah. Sebab kalo pakai gram gram ni renyah pulak aku rasa.
Hari tu ada yang mintak resepi kan? So Kakdell share sini je lah ya.
Blend kesemua bahan kecuali pewarna kuning dan sirap. Kemudian asingkan kedalam cawan sama rata untuk letak pewarna. Sambil tu panaskan pengukus dan gris loyang dengan sedikit minyak.Masuk 1 lapis adunan (sekitar 2senduk) kedalam loyang dan kukus dalam 3minit. Lepas 3 minit lapiskan pula dengan adunan berlainan kaler. Kukus lagi 3 minit. Ulang sehingga habis semua adunan. Untuk last adunan tu kukus lebih lama sikit dalam 8 minit. Dah masak tu boleh la keluarkan. Redakan suhu kejap pastu letak dalam peti sejuk dalam 1 atau 3jam.Dah sejuk tu boleh la keluarkan untuk dipotong ya. Selamat mencuba.
Jika anak-anak suka makan sushi tentu terlintas juga difikiran kita untuk dapat menyediakan menu tersebut dari air tangan sendiri. Apatah lagi dikatakan untuk membuat menu sushi ini tidaklah sukar malah menggunakan bahan-bahan yang kini begitu mudah untuk didapati di pasaraya terpilih.
Umpamanya apabila ingin menyediakan Kani Maki atau Sushi Gulung Jejari Ketam. Hanya dengan 4 bahan sahaja menu istimewa ini sudah dapat disediakan dan dinikmati bersama seisi keluarga.
Jadi apa kata hari ini anda sediakan menu mudah ini dengan langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Puan Zurina Zulkefli. Selamat mencuba.
Kani Maki/ Sushi Gulung Jejari Ketam
Cuma perlu empat bahan sahaja untuk buat Kani Maki ni.
1. Beras – tanak beras 1 cawan sahaja, sukat guna jari macam biasa untuk dapatkan tekstu nasi yang empuk. Kemudian, nasi yang dah siap ditabur sedikit garan dan gaul sebati.
2. Jejari ketam – rebus selama 1 minit dalam air mendidih. Kemudian toskan dan rendam seketika dalam air sejuk supaya jejari ketam kekal kenyal.
3. Rumpai laut – lipat 4 dan gunting mengikut garisan.
4. Mayonis picit sedikit sahaja
Cara buat gulungan sushi.
Ambil sekeping rumpai laut dan letak satu sudu makan nasi, ratakan. Kemudian sapu sedikit mayonis.
Letakkan jejari ketam ditengah-tengah nasi, kemudian gulung dengan rapi.
Cuba lihat dalam peti sejuk, boleh dikatakan macam-macam bahan masakan ada di dalamnya. Pantang ada bahan masakan yang berlebih, pasti akan disimpan di dalam peti sejuk. Sayang hendak buang katanya, tapi lama-lama terpaksa buang juga sebab terlalu lama tersimpan hingga kecut dan tidak boleh digunakan.
Antara yang biasa kita lihat dalam peti sejuk antara yang tersimpan hingga kejut, lain tidak bukan adalah limau nipis.
Maklumlah, guna sehiris sahaja dan bakinya pasti kita letak begitu sahaja di rak peti ais. Sedar-sedar lebihan hirisan tersebut kering dan kecut, rosak tidak boleh digunakan lagi.
Jika difikir-fikir memang membazir, tapi tahukan anda, hal ini tidak akan berlaku jika anda tahu cara yang betul untuk menyimpan lebihan hirisan limau tersebut.
Ini sepertimana perkongsian daripada Yatie Imra, ada cara untuk pastikan lebihan limau nipis dapat disimpan lebih lama. Nak tahu caranya itu, jom baca perkongsianya di sini.
Simpan Limau Nipis Elak Kecut & Membazir
Saja nak kongsi tip.. Limau nipis ni kalau tak habis guna, selalunya sampai jadi kering dalam fridge kan. Sekarang ni barang-barang banyak yang dah naik harga. Apa kata simpan macam ini untuk elak pembaziran.
“Saya memang simpan baki limau nipis dalam freezer camni sebab tahan lama dan tak membazir.”
Langkah 1 : Lepas anda potong sikit bahagian yang nak guna, terus potong untuk kegunaan lain kali pula. Lagi mudah kalau buang biji terus.
Langkah 2 : Letak dalam bekas (sebaiknya yang bertutup) & simpan dalam freezer (bahagian sejukbeku).
Langkah 3 : Bila hendak guna, cuma ambil bahagian yang nak guna tu & biarkan kejap kat suhu bilik. Kalau nak cepat, rendam jela kejap dalam air panas sebelum guna. Settle.
Manakala baki limau nipis dalam bekas tu dah 3 minggu saya sengaja simpan untuk tunjukkan masih elok je lagi.
Fish cake sering digunakan dalam masakan seperti menggoreng dan sebagainya. Walaupun banyak jenama fish cake yang dijual di luar sana, namun jika was-was akan status halalnya, apa kata buat sendiri di rumah.
Selain mudah dihasilkan, fish cake homemade juga dapat menjamin kebersihannya. Resipi ini adalah perkongsian seorang pengguna laman facebook iaitu, Tahrunnisah Jali. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
** Untuk isi ikan, anda boleh menggantikannya dengan fish fillet. Tetapi jangan masukkan air kerana dalam fillet sudah mengandungi air. Jadi abaikan sukatan air.
Cara memasak :
Sumber: Tahrunnisah Jali (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, menerima ucapan dan doa sempena ulang tahun ke-55. Ketahui latar belakang, kerjaya serta sumbangan Baginda kepada rakyat.