Ads

Izzue Islam Sebak Terima Nissan GT-R R35, Hadiah Luar Biasa Daripada Isteri

Izzue Islam tidak dapat menahan sebak apabila menerima hadiah istimewa daripada isterinya, Awin Nurin, berupa sebuah Nissan GT-R R35 sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

Lebih bermakna, kejutan tersebut turut diraikan bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13 pada 2 Jun lalu, menjadikan sambutan kali ini cukup manis dan penuh kenangan buat pasangan selebriti berkenaan.

Momen istimewa itu bukan sahaja menyentuh hati Izzue, malah turut menarik perhatian ramai peminat yang mengikuti perjalanan rumah tangga pasangan tersebut sejak sekian lama.

Izzue Islam Sebak Terima Nissan GT-R R35, Hadiah Luar Biasa Daripada Isteri

Izzue Islam Terkejut Dengan Hadiah Istimewa

Menerusi perkongsian di TikTok, Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan menerima kejutan apabila sebuah trak pameran lut sinar tiba di lokasi sambutan ulang tahunnya.

Ads

Apa yang membuatkan suasana bertukar emosi, trak berkenaan membawa sebuah ‘super car’ berona putih yang cukup mencuri perhatian.

Sebaik melihat Nissan GT-R R35 tersebut, pelakon dan pengacara itu dilihat tidak mampu menyembunyikan rasa teruja serta sebak. Reaksi spontan yang dipaparkan jelas menunjukkan betapa bermaknanya hadiah tersebut buat dirinya.

Kereta berkenaan turut dihiasi dengan riben serta belon, sekali gus menambahkan lagi seri kejutan istimewa yang dirancang oleh isterinya.

Ads

Dalam video yang dimuat naik, suasana penuh kegembiraan jelas dapat dirasai apabila ahli keluarga dan kenalan turut berkongsi detik bersejarah itu bersama pasangan berkenaan.

Izzue Islam Sebak Terima Nissan GT-R R35, Hadiah Luar Biasa Daripada Isteri

Hadiah Nissan GT-R R35 Jadi Lambang Kasih Sayang

Dalam video yang dimuat naik, Izzue Islam turut merakamkan momen manis bersama Awin di hadapan kenderaan berkenaan.

Ads

Pasangan suami isteri itu tampil sedondon mengenakan busana biru putih, menyerlahkan lagi kemesraan mereka pada hari yang cukup bermakna tersebut.

13 Tahun Melayari Bahtera Rumah Tangga

Sekadar info, Izzue Islam dan Awin Nurin yang juga merupakan pengurusnya diijab kabul pada 2 Jun 2013. Sepanjang 13 tahun melayari bahtera rumah tangga, pasangan ini sering dilihat saling menyokong antara satu sama lain dalam kerjaya seni mahupun kehidupan peribadi.

Semoga ulang tahun kelahiran ke-36 dan ulang tahun perkahwinan ke-13 ini menjadi antara kenangan terindah buat Izzue Islam dan Awin Nurin, serta hubungan mereka terus diberkati, dipermudahkan segala urusan dan kekal bahagia hingga ke akhirnya.

BACA LAGI : Izzue Islam Dan Isteri Terpaksa Menangguhkan Rawatan IVF, Tapi Ada Rezki Lain Yang Datang

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Demi Isteri, Ikmal Amry Tinggalkan Dunia Lama Untuk Bina Keluarga Bahagia

Ikmal Amry berkongsi pengorbanan besar meninggalkan dunia lamanya demi isteri, Najla Shamsul, sebelum membina keluarga bahagia bersama.