Lengkap Sepasang! Siti Umum Jantina Anak Kedua, Aafiyah Bakal Dapat Adik Lelaki

Share

Belum genap dua minggu Penyanyi No 1 Malaysia mengumumkan perkhabaran baik beliau sedang hamil anak keduanya, hari ini Dato’ Siti Nurhaliza membuat kejutan buat peminat dengan mengumumkan jantina anak yang bakal beliau lahirkan April nanti.

Siti yang ditemani suaminya, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa memecahkan belon khas dan mendedahkan bahawa anak kedua mereka adalah lelaki ketika bersiaran langsung di platform Shoppee selepas mempromosikan produk barunya sambil disambut meriah oleh para peminat di ruangan komen.

“Doakan yang terbaik, semoga dapat menceriakan lagi hidup, Siti terutamanya, dan Aafiyah,” ujar Dato’ Khalid ketika ditanya pengacara.

Siti turut berkongsi reaksi Aafiyah selepas menjelaskan dia bakal mendapat adik.

“Aafiyah ni bijak. Dia makin faham. Bila cakap “Ada adik, ada baby dalam perut ibu. Bila tanya mana baby, dia datang kat perut dan cium. Aafiyah ni memang suka kanak-kanak, tak kira yang lagi kecil atau lagi besar daripada dia,” katanya.

Ketika ditanya jika beliau menghadapi sebarang kerisauan menjalani kehamilan pada usia 40-an, beliau mengakui perkara tersebut.

“Saya ada kerisauan jugak. Tahun depan masuk 42. Jadi saya memang kena menjaga pemakanan, sentiasa tengok gula.

“Kalau masa hamil susah sikit nak bersenam, bayi saya pun bayi yang fragile, IVF. Jadi saya makan vitamin doktor bagi dan jangan manis sangat,” kongsinya.

Sebelum mula siaran langsung, beliau sempat membuka undian di laman Instagram miliknnya untuk peminat meneka jantina bayi yang kini kandungannya menghampiri usia lima bulan. Hasil daripada undian sebelum siaran langsung, peratusan yang mengundi bayi lelaki lebih ramai berbanding bayi perempuan.

Malah beliau turut memuat naik entri terbaru tentang pengumuman jantina anaknya dan minta peminatnya mendoakan beliau sepanjang proses kehamilan ini.

”Alhamdulillah, moga sihat, sempurna dan menjadi anak soleh. Allah kurnia sepasang yang sangat bermakna. Doakan saya sepanjang kehamilan hingga saat melahirkan nanti.”, kongsinya.

Sumber : Instagram ctdk  , siakap keli

 

 

IKLAN