‘Lesen Cinta Perlu Selalu Diperbaharui Untuk Kekal Sweet.” Fauzi Nawawi Kongsi Tip Kebahagian Rumah Tangga.

Share

Pasangan suami isteri ini memang cukup terkenal dengan sikap loving antara satu sama lain. Biarpun sudah lama berkahwin, namun cara mereka menzahirkan kasih sayang antara satu sama lain tetap sama. Bahkan semakin erat.

Terbaru, pelakon Fauzi Nawawi mendedahkan tip kebahagiaan rumah tangganya bersama Lisdawati iaitu  ‘dating’ atau keluar bersama isteri.

Menurut Fauzi, rasa cinta antara suami isteri perlu sentiasa dipupuk untuk kekal bahagia.

“Sekali sekala dating rasa macam mula bercinta …lesen cinta perlu selalu perbaharuhi untuk kekal sweet ??? #luvmyfamily,” tulisnya dikapsyen.

Fauzi berkongsi tips tersebut di akaun Instagram miliknya.

Di dalam perkongsian tersebut, beliau turut  memuat naik foto bersama Lisda di dalam kereta.

Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga sejak 11 tahun lalu.

Fauzi dikurniakan lapan orang cahayamata, yang mana empat daripadanya adalah dari perkahwinannya yang terdahulu.

Sumber: IG fauzinawawi_new

IKLAN