Limau Kasturi Boleh Simpan Lama Kalau Buat Cara Ni!

Share

Biasanya limau kasturi dijual dalam kuantiti yang banyak,paling biasa sepiring  RM 2 di pasar malam.

Pun begitu, umumnya jika kita gunakan untuk buat air, pasti tidak semua limau kasturi yang dibeli itu habis digunakan. Pasti berbaki.

Jadi apa perlu buat untuk pastikan lebihan limau kasturi itu boleh disimpan lama dan dapat digunakan bila perlu?

Nak tahu caranya, jom semak perkongsian ini ddn semiga bermanafaat.

Tip Simpan Limau Kasturi Tahan Lama.

1. Limau kasturi di potong dua.

2. Perahkan untuk mendapatkan jusnya dan tapiskan.

3. Tuangkan jus ke dalam bekas kiub ais.

4.  Bekukan semalaman.

5. Keluarkan kiub ais dan simpan di dalam bekas berpenutup.

Ekstra info

1. Bila nak guna ambil sahaja beberapa ketul Yang diperlukan.

2. Contoh jika teringin nak buat teh ais limau, bancuh teh o dan kemudian masukkan 2 atau 3 ketul sudah siap.

3. Buat sambal belacan pon boleh. Masukkan sahaja seketul dan kisar atau tumbuk bersama bahan-bahan lain.

Sumber : Siti Fatimah Abas via MAHN

IKLAN