Kadang-kadang terasa juga betapa lamanya menunggu berkenaan bila kah masanya kita akan mendapat pengesahan tarikh pemberian vaksin Covid-19. Tidak mahu terlepas info, hingga ada sebahagian antara kita akan memantau maklumat terkini MySejahtera miliknya. Tiap waktu!
Namun tidak dinafikan ada juga kes-kes di mana tarikh temujanji yang diberikan tidak disedari muncul di MySejahtera. Ini disebabkan tidak semua selalu periksa dan bila terdetik hati untuk buat semakan, akhirnya didapati tarikh penerimaan vaksin telah dijadualkan dan terlepas untuk menghadirinya.
Disebabkan perkara begini ada yang terjadi dan orang ramai tidak mahu tercicir namanya untuk tersenarai mendapatkan semula tarikh vaksinasi. Maka ramai bertanyakan solusi kepada maslaah tersebut kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jadi inilah jawapan yang dikongsikan oleh KKM di akaun facebook rasmi mereka, dan sekurang-kurangnya memberi rasa lega kepada mereka yang terlepas janji temu atau tidak boleh hadir untuk menerima vaksin sebelum ini.
Apa yang anda boleh buat hanya menunggu lagi dan tidak perlu menghubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan untuk mendapatkan temujanji baharu. Ini kerana ia akan diperbaharui secara automatik.
Apa yang penting selepas ini jangan terlepas pandang dan perlu buat semakan SMS/MySejahtera selepas 7 hari (dari janji temu asal) untuk notifikasi janji temu baru.
Pun begitu, KKM memaklumkan penjadualan semula janji temu ini TIDAK TERPAKAI untuk tempahan vaksin AstraZeneca.
Siapa yang tak kenal dengan hos cantik jelita ini. Dek kerana raut wajahnya yang jelita membuatkan dia mendapat jolokan wanita Melayu terakhir.
Lama mendiamkan diri dalam dunia penyiaran, Puan Sri Normala Samsuddin baru-baru ini muncul sebagai juri tetap bagi program Ratu Hijabista.
Selain Normala, program Ratu Hijabista menampilkan gandingan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim sebagai pengacara yang disertai 12 peserta berusia di antara 21 hingga 30 tahun.
Ditanya akan ‘kehilangannya’ dalam dunia seni, akui isteri kesayangannya , Tan Sri Azmi Khalid ini dirinya lebih suka menghabiskan masa bersama keluarga. Penulis bertemu dengannya baru-baru ini ketika majlis sidang akhbar program Ratu Hijabista.
“Sebaik terima tawaran ini (juri tetap), saya berbincang dengan suami untuk mendapatkan pandangannya. Namun, beliau memberi saya ‘lampu hijau’ untuk membabitkan diri .
“Ini kerana kata suami pembabitan saya dalam program itu atas tanggungjawab sebagai juri yang umpama seorang ibu juga. Apatah lagi, saya berpeluang berkongsi pengalaman bersama peserta,” katanya.
Seperti tidak percaya, beliau kini sudah berusia 56 tahun pada 4 Jun lalu. Namun seperti yang diperkatakan, wajah nenek kepada tujuh cucu itu tidak dimamah usia. Beliau makin anggun apabila berhijab.Ibu kepada tiga anak itu lantas menjawab.
“Lazimnya saya akan buat jamuan makan, bersantai bersama anak-anak dan cucu di rumah pada hujung minggu. Pada waktu itu sahaja okey kerana masing-masing sudah bekerja, ada keluarga dan mempunyai jadual sendiri,“ katanya yang membuka bicara awal.
Meskipun sudah melangkau usia 50-an, beliau terus bersemangat melakukan aktiviti lasak. Menjengah Instagramnya, beliau dilihat rajin mendaki dan meneroka hutan belantara. Jangan tidak percaya, beliau sudah menjejakkan kaki di Gunung Tahan, Pahang; Gunung Kinabalu, Sabah; dan Gunung Batur, Indonesia.
Pun demikian, ujar ikon penyiaran itu, minat itu sebenarnya digemari sejak kecil lagi.
“Bayangkan sejak saya berumur tujuh tahun, saya berjalan kaki sejauh 4 kilometer ke sekolah. Bagi saya, pergi balik ke sekolah itu ibarat satu latihan, sebab itu saya sebati dengan dunia lasak kini.
“Saya juga biasa meredah hutan bersama arwah datuk saya untuk memburu kancil, ayam denak dan menjala ikan sungai, saya seronok dengan itu semua,“ ungkapnya tanpa berselindung.
Menurut Normala, dia tidak malu untuk memberitahu kepada khalayak ramai yang dia pernah hidup susah.
“Saya dilahirkan dalam keluarga miskin dan saya tidak malu untuk mengakuinya kerana ia sudah tersurat dan tersirat. Saya pernah bantu ibu berniaga dan pernah menoreh getah. Dari kecil dah didik dengan rasa susah,” katanya.
Tambahnya, kesusahan itu bukanlah satu kesalahan kerana ia akan mendidik kita untuk menjadi lebih kuat.
“Ye susah itu bukan satu kesalahan, tidak. Kerana inilah cerita yang kita boleh kongsikan dengan ramai khususnya rakyat Malaysia. Walaupun kita susah tapi sebenarnya kita boleh berdikari dan berusaha keras,” katanya.
Ditanya rahsia beliau awet muda, ujar Normala tiada sebarang amalan tertentu, sebaliknya dia cukup berhati-hati dalam pengambilan makanan.
Menurut Normala, dia tidak sesekali makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sejuk. Praktisnya cuma minum air rebusan halia, serai rebus bersama kunyit, dua hingga tiga kali seminggu. Selain itu, Normala akui, beliau amat menggemari sayur pegaga dan kecur.
“Saya sebenarnya kalau nak diikutkan, tidaklah berpantang macam-macam, saya jaga (kesihatan) sebab semakin tua, semakin banyak makanan yang saya alah seperti tidak boleh makan sebab angin, kembung dan sebagainya.
“Jadi pengambilan jenis makanan dan kuantiti amat saya beratkan, contohnya pulut, saya alah dengan pulut dari muda lagi,“ ujarnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Petang-petang begini sedap pula kalau dapat berbual bersama keluarga sambil menikmati hidangan petang. Jika anak anda jenis yang tak suka makan, apa kata sediakan menu yang boleh memikat selera mereka.
Antara yang cukup mudah disediakan adalah puding. Untuk kali ini admin sajikan Puding Polkadot. Bukan sahaja rasanya enak, malah anak-anak pun teruja apabila melihatnya.
Istimewa untuk sahabat #MAHN saya kongsikan rahsia saya membuat Puding Polkadot cara saya…jangan bilang sama orang tau ini rahsia kita ??…ok gurau ja ???…Puding ni memang cantik bahan pun senang ja cuma perlukan kesabaran untuk hasilkan nya…mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim ?
? Puding Polkadot ?
~~~~~~~~~~~~~~
By Mawar Wilsa
? Bahan A ( untuk Polkadot dan Puding Lapis bahagian dalam Puding )
~~~~~~~~ ✔ 20 gm agar-agar bertali ( digunting pendek2 ) ✔ 1 tin susu cair ✔ 1 1/2 cawan gula ( + – ikut citarasa ) ✔ 1100 ml air ✔ 1 helai daun pandan ( disimpulkan ) ✔ 4 pewarna ( violet,pink,hijau & kuning )
Caranya
1 . Sediakan acuan Puding.
2 . Masukkan semua bahan A KECUALI pewarna ke dalam periuk dan masak sehingga agar2 bertali larut dan hancur.
3 . Buangkan daun pandan dan ambil 1/4 adunan Puding dan tapis kedalam satu bekas.Letakkan sedikit pewarna violet dan kacau hingga sebati.
4 . Letakkan adunan Puding ( violet ) ke dalam acuan Puding …biarkan hingga Puding mengeras ( saya letakkan didalam peti sejukbeku sekejap )…tinggalkan sedikit Puding ( violet ) dan tuang ke dalam bekas yg sesuai untuk dibuat Polkadot..saya letak dipinggan saja dan yg ni buat nipis ja…bila dh mengeras saya gunakan nozzle ukuran kecil untuk terap bentuk bulat.
5 . Ulang langkah no 3 dan 4 hingga habis kesemua warna….biarkan Puding pertama yang telah siap di lapis didalam peti sejuk sementara masak adunan Puding yg ke 2.
NOTA ? Sementara menunggu lapisan Puding mengeras Puding yg didalam periuk tadi kena sentiasa panas agar tidak beku/mengeras…saya buat kaedah double boiler…untuk menuang agar2 yg ke2,ke3 dan ke4 pastikan Puding dalam keadaan sangat panas supaya bila dituang pada lapisan sebelum nya setiap lapisan akan dapat bercantum dengan baik.
? Bahan B ( untuk Puding bahagian luar )
~~~~~~~~ ✔ 20 gm agar-agar bertali ( digunting pendek2 ) ✔ 1 tin susu cair ✔ 1 1/2 cawan gula ( + – ikut citarasa ) ✔ 1100 ml air ✔ 1 helai daun pandan ( disimpulkan )
Caranya
1 . Sediakan acuan Puding yg ke 2…susun Puding Polkadot yang telah dibuat awal2 tadi….pastikan bekas acuan kering supaya Polkadot dapat melekat dengan baik.
1 . Masukkan semua bahan B ke dalam periuk dan masak sehingga agar2 bertali larut dan hancur.
2 . Buangkan daun pandan dan ambil sedikit adunan Puding tapis dan tuang ke dalam bekas Puding …tuang perlahan guna kan sudu supaya Polkadot tidak jatuh atau bergerak….biarkan hingga mengeras.
3 . Ambil Puding yang pertama tadi dan masukkan kedalam bekas Puding ke2
4 . Tuang baki adunan Puding tadi hingga memenuhi acuan Puding …dinginkan didalam peti sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan…
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.