Dah menjadi kebiasaan buat pasangan suami isteri memberi kejutan atau meluahkan bait-bait indah buat yang tersayang terutamanya ketika pada hari-hari penting seperti ulangtahun perkahwinan.
Semalam, pelakon, Fadzil Zahari telah memuat naik satu perkongsian yang memaparkan gambar sekitar majlis perkahwinannya bersama pelakon dan penyanyi, yana Samsudin sempena ulang tahun perkahwinan ke-8 mereka pada 13 Februari lalu.
Dalam perkongsian tersebut, Fadzil telah mengimbau kembali kenangan ketika mengambil keputusan untuk melamar suri hatinya itu. Dia yang bercerita memandu ke Yong Peng, Johor bersama keluarga untuk bertemu dengan bapa Yana bagi meminta izin untuk berkahwin.
“Waktu Yana tengah sibuk di Separuh Akhir Muzik-Muzik dengan Tomok, saya bawa keluarga ke Yong Peng.
“Saya cakap dengan abah Yana, pakcik dewan kenduri di Kedah dah booking bulan
tiga, jadi kenduri di Yong Peng kena buat bulan Februari.
“Yakin saya cakap macam itu, nasib baik abah Yana askar pencen tak belasah saya. Suka hati sahaja lock anak dara dia macam itu,” tulisnya.
Ketika itu, Fadzil berkata, dia sudah tidak fikir panjang untuk mendirikan rumah tangga biarpun mengenangkan terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas untuk pulang ke kampung sewaktu menyambut hari raya.
Ads
“Waktu itu saya tak fikir panjang dah, nak balik kampung raya jauh ke, highway 14
jam ke, saya tak peduli. Walaupun seorang utara, seorang selatan” tambahnya.
Fadzil merupakan anak jati Kedah manakala isterinya berasal dari Batu Pahat, Johor.
Sementara itu, Fadzil turut meluahkan rasa syukur kerana perkahwinan tersebut
dikurniakan dua cahaya mata yang sihat dan mendoakan agar mahligai rumah tangga bersama Yana kekal hingga ke syurga.
Fadzil juga sempat berseloroh memberi pesan sekiranya mahu berkahwin dengan
orang Johor, mereka perlu menyediakan sampul duit kerana perlu melalui tol’ yang panjang.
Ads
Budaya orang Johor, pengantin lelaki perlu lalu ‘tol’ sebelum bertemu pengantin perempuan.
“Tahu-tahu dah lapan tahun, dua orang anak sihat dan saya pun makin sihat. Moga Allah panjangkan jodoh hingga ke Jannah.
“Saya juga doakan kepada korang yang single berjumpa jodoh sendiri bukan menjaga jodoh orang lagi.
Ads
“Nota kaki: Kahwin orang johor kena siap sedia sampul duit, kena tol panjang” katanya.
Untuk rekod, Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015 dan perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran Aisy Mateen,7, dan Aura Aisy Sofea, 3 tahun.
Melalui pengalaman pertama kali anak akan melangkah ke alam persekolahan, tentu ada antara ibu ayah berasa bimbang dan tidak yakin melepaskan anak-anak ke sekolah.
Maklumlah, pada pandangan ibu ayah anak berusia 7 tahun masih kecil dan belum pandai berdikari.
Menyedari hal itu, seorang guru ini menyenaraikan beberapa perkara asas yang harus diajar oleh ibu ayah bagi memastikan anak-anak mereka dapat menyesuaikan diri di alam persekolahan sebelum melangkah di hari pertama ke sekolah.
Diharapkan dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu. Jom semak perkongsian penuh daripada guru ini.
Ada anak Darjah 1 tahun 2020? Ini persiapan sebagai ibu bapa.
1) Pastikan anak kenal huruf dan boleh membaca dan mengeja walau sedikit. Operasi asas nombor, tambah dan tolak bawah 10 dia dah kuasai.
Silibus KSSR Semakan 2017 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan ‘zero’, pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.
Bahasa Malaysia tahun 1 silibus baru ini murid dah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun.
Matematik pula dah diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data. Ini semua topik di Tahun 4 kalau ikut silibus lama, KBSR. KSSR ni lain macam dia punya pergi.
Bayangkan kalau anak kita masuk dengan ‘zero’. Pasti tertinggal kerana cikgu tak akan tunggu anak kita seorang.
2) Bimbing anak di rumah. Ini sangat penting. Berhenti merungut kata silibus tinggi dan soalan terlampau KBAT.
Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah.
Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik.
Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah.
Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru semata-mata.
3) Ajar anak kenali wang. Ajar anak guna wang. Ajar anak tunggu terima baki. Ajar anak jangan bagi wang jika murid lain minta. Ajar anak maklumkan pada cikgu kalau murid lain minta wang dari mereka.
Semua asas ini perlu diajar dari rumah lagi. Cikgu tak mampu nak ajar beratus murid cara guna wang dan cara jaga duit poket mereka.
Fakta : Ramai murid tahun 1 tidak tahu guna wang.
4) Ajar anak guna tandas awam/sekolah. Jangan buat macam di rumah. Ajar anak minta izin untuk ke tandas.
Fakta : Ada murid buka seluar dalam kelas dan berlari bogel menuju ke tandas tanpa rasa malu. Ada pula buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air kat lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.
5) Jangan takutkan murid dengan bagitahu mereka cikgu garang. JANGAN!
Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat,
” Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan.”
Akibatnya, murid takut nak minta izin ke tandas.
Fakta : Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.
6) Ajar anak berkongsi dan menjaga barang sendiri.
Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan mulia.
Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi, tapi sila pastikan mereka ambil dan simpan semula.
Fakta : Ramai murid tidak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas, lambakan alat tulis yang jatuh tidak dikutip, buku ditinggalkan di bawah meja.
7) Jangan bagi murid pakai kasut bertali jika mereka tak pandai ikat. Ajar juga anak buka dan pasang tali pinggang.
Ramai murid tahun 1 pakai tali pinggang buat kali pertama bila menjejak kaki di sekolah. Mak ayah yang pakaikan di rumah.
Fakta : Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.
8. Ajar anak susun jadual ikut hari. Jangan bawa semua buku. Bawa buku mengikut jadual sahaja. Baru beg tak berat.
Ajar ayah dia sekali susun jadual anak. Ini pun penting!
Fakta : Biasa murid bawa buku ikut jadual dan beg tak berat. Suatu hari semua buku murid itu bawa. Rupanya ibu dia ‘out station’ dan ayah tukang susun buku.
Semua buku ayah dia sumbat. Banana punya ayah. Kesian kat anak.
9) Jika ada group wasap kelas, jangan wasap tengah-tengah malam buta dan mengharap balasan segera. Cikgu bukan kedai 7-Eleven yang setiap masa tunggu nak reply mesej anda.
Hormati group wasap tersebut. Jangan post status politik, jangan spam dengan nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group itu untuk maklumat anak dan kelas.
Nak sangat post isu semasa, hadis, kata nasihat, mutiara kata, mutiara naga, kau buka group wasap lain dan add lah semua parent. Post lah semua benda sesuka hati kamu.
Paling penting, jangan promote barang anda berniaga dalam group tu. Menyampah dan mengganggu tahu tak?
10) Tampal no telefon ibubapa pada bekas pensel, buku komunikasi dan beg sekolah anak. Mana tahu ada kecemasan, anak terberak dalam kelas, anak jatuh terluka, anak demam dan sakit tiba-tiba, senang cikgu nak hubungi.
11) Usah lagi diratib tentang sukarnya silibus baru dan payahnya soalan KBAT.
BERHENTI MERUNGUT!
Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu mengubah apa-apa. Orang lain yang bertindak anak mereka dah maju ke depan.
Kita yang sering merungut di hadapan anak tentang sukarnya silibus sehingga anak pun set dalam kepala ‘payahnya belajar’.
Pasangan suami isteri ini antara selebriti yang digemari ramai. Sering berkongsi video dan gambar sekeluarga, gelagat mereka juga sering membuatkan warga maya terhibur.
Ditambah pula dengan kehadiran anak-anak yang comel dan cukup ceria.
Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia baru-baru ini berkongsi aktiviti mereka sekeluarga di rumah.
Almy Nadia kini sedang hamil anak keempat mereka memuat naik dua keping video yang menunjukkan suami kesayangannya itu memicit bahunya.
Apa yang melucukan dalam video itu adalah bebelan yang keluar dari mulut suaminya itu.
Manakala sekeping lagi video adalah gelagat Fizz Fairuz yang sedang membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Ringan tulang dan tidak berkira antara sifat ketua keluarga yang prihatin.
Memahami akan kesihatan isterinya yan sedang berbadan dua, nyata Fizz Fairuz tidak kisah untuk membuat kerja-kerja rumah. Walaupun nampak di kaca tv dia sering membawakan watak antagonis, namun sisi seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab jelas terserlah pada suami kesayangan Almy Nadia ini.
Dalam video tersebut, Almy sempat menyakat suaminya itu dengan memujinya seorang yang rajin membuat kerja rumah sehingga kurus kini.
Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah mendengar ‘bebelan’ Fizz Fairuz sewaktu membuat kerja-kerja rumah sambil diperhati oleh Almy yang tidak dapat menahan tawa melihat gelagat suaminya itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat Fizz Fairuz.
Pastinya sedikit sebanyak cara pasangan ini bergurau senda menghilangkan tekanan kerana terpaksa berkurung di dalam rumah akibat PKP ini.
Tu basuh pinggan 48 kli.sungguh haih lki aku smpi kata sabun tu pkai ka buat mndi.dia xtau ank dia skli minum 1 cawan buh kt sink.smpi clear kt rak pinggan.lps ni nk beli cawan dgn pinggan terbang ja penat bediri depan sink lma2
Selain gembira pulang bercuti namun ada ibu-ibu yang mula rasa bimbang dan risau akan bunga dan tanaman yang terpaksa ditinggalkan.
Pulang ke kampung halaman membuatkan kita terpaksa meninggalkan tanaman tanpa disiram. Bimbang pokok layu dan mati dek kekurangan air dalam tempoh waktu itu.
Jika itu yang menjadi kerunsingan anda, ada baiknya anda cuba lakukan tiga perkara ini sebelum meninggalkan rumah.
Cuba langkah yang diberikan ini.
Letakkan Pelapik Air
Sebelum bergerak pulang, pastikan kesemua pasu tanaman baik bunga-bungaan atau tanaman lain dilapik dengan pelapiknya. Paling utama, kesemua pelapik ini diletakkan air hingga parasnya. Ini bagi memastikan adanya bekalan air yang boleh diserap oleh pokok setiap masa.
Letak Air Dalam Pasu
Selain itu, langkah lain yang anda boleh lakukan adalah meletakkan air ke dalam pasu sepenuh-penuhnya. Kemudian tinggikan sebelah pasu dengan batu atau pelapik. Sebelah kiri pasu sebaiknya pilih bahagian yang berlubang supaya membolehkan air keluar melaluinya.
Botol Air Mineral
Ini patut anda cuba. Gunakan botol mineral yang sudah digunakan dan isilah air hingga penuh. Kemudian benamkan hujung botol ke dalam tanah. Cara ini membolehkan tanaman sentiasa dibekalkan dengan air. Jika tanaman ditinggalkan tanpa siraman pada tempoh yang agak lama, anda boleh sahaja menggunakan botol mineral yang besar.
Selamat mencuba dan bercutilah dengan gembira dan tenang tanpa memikirkan tanaman-tanaman di rumah. Semuanya pasti terjaga dengan baik.
Paling penting sentiasa dekatnya dengan cahaya matahari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.