Bercerita tentang memberi wang perbelanjaan  kepada ibu ayah di kampung dan memberi nafkah kepada isteri, tentunya seorang suami memahami hal tersebut.

Berapa nilainya dan bagaimana caranya, ini diulas diakuan fb Firdaus Shakirin. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

“Kalau kau bagi kat isteri kau 300 sebulan, kat mak kau kena bagi 500”

“Mak yang melahirkan kau, jadi mak tak boleh dapat sama nilai macam isteri kau dapat”

Nilai berapa ringgit seorang anak perlu bagi pada orang tuanya bukan ditentukan oleh orang tuanya…

 

Tapi kemampuan anak…

IKLAN

Zaman sekarang ni, ramai sebenarnya yang tak faham akan turutan menafkahi…bila tak faham, maka dia akan rasa terbeban dalam menjadi seorang suami dan juga seorang anak…ditambah dengan pendapatan yang cukup makan, maka dia rasa tertekan untuk memenuhi tuntutan…

Antara Bagi Duit Pada Orang Tua & Isteri, Seorang Suami Kena Faham Aturannya!

Tak kan nak bangkang dan lawan cakap mak?

Nanti jadi anak derhaka pulak…maka dikurangkan pemberian kepada isteri atau tidak diberi langsung kepada isteri sebab nak bagi sepenuhnya kepada mak…boleh ke tak? Boleh selagi isteri redha, selagi dia tidak menuntut dan selagi dia boleh cari duit sendiri untuk beli kelengkapan diri…

IKLAN

Jika melebihkan orang tua sehingga menganiaya isteri dan anak-anak?

Maka belajar dan ikutlah semula aturan menafkahi bagi seorang suami…bermula dengan diri sendiri, isteri, anak-anak, bapa kemudian mak…suami wajib memastikan keperluan dirinya sendiri mencukupi sebelum membelanjakan duitnya kepada orang lain…bayar hutang, bayar bil utiliti, bayar yuran anak, bayar roadtax dan insurans kereta, beli barang dapur, penuhkan keperluan-keperluan yang wajib ada untuk isteri guna dan anak-anak makan…

Jika ada lebih, baru bagi pada orang tua…

Namun adalah lebih baik sekiranya kita mampu untuk mengawal perbelanjaan diri sendiri dan perbelanjaan keluarga supaya setiap bulan kita dapat mengasingkan satu nilai yang mampu diberi kepada orang tua kita…tak terlalu banyak sehingga membebankan diri dan tak terlalu sedikit sehingga tak dapat digunakan orang tua…

IKLAN

Ingat, kita masih ada adik beradik yang lain…

Maka, jangan letak tanggungjawab memberi duit itu sepenuhnya ke atas diri kita seorang sahaja…kita perlu mencari persetujuan bersama dengan adik beradik yang lain tentang perkara ini…kumpulkan duit adik beradik, dan bagi pada orang tua untuk kegunaan harian mereka…

Bagi yang tidak mampu memberi, boleh balik ke kampung, tolong buat kerja rumah, kemas rumah mereka, uruskan diri mereka, bawak mereka keluar makan, keluar jalan-jalan dan gembirakan mereka…pendek kata, berbakti dengan kudrat jika tak mampu dengan harta benda…

Akhir kalam, isu duit ini merupakan satu isu yang sensitif…baik dipihak orang tua mahupun isteri…ikut fitrah, ikut ketetapan dan teruskanlah berusaha mencari rezeki yang halal untuk membahagiakan orang di sekeliling kita…

Semoga kita dimurahkan rezeki… AMIN…

sumber : Firdaus Shakirin 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI