Percaya atau tidak, dengan sapuan nipis gincu bibir mampu menaikkan seri wajah agar tidak kelihatan pucat dan tidak berseri. Pun begitu, dalam keterbatasan waktu dan kesibukan dengan pelbagai tuntutan tugasan di pejabat mahupun di rumah, kadang-kadang membuatkan kita tidak sempat menatap cermin untuk pastikan gincu yang dioles di awal pagi tetap sempurna sapuannya.

Oleh itu, alangkah bagusnya jika ada cara atau trik yang boleh dilakukan, agar dengan sekali sapuan sudah cukup memadai bertahan sepanjang hari.

Lipstik Melekat Lebih Lama Dibibir, Guna Bedak Pun Boleh.  Ada 6 Lagi Perlu Cuba!

Jadi apa kata anda cuba 7 cara di bawah ini.

  1. Gunakan Lip Primer

Langkah ini adalah yang paling utama untuk dilakukan. Primer untuk bibir adalah produk yang sangat membantu untuk memastikan bahawa lipstik akan tetap melekat pada di bibir.

  1. Berikan sentuhan penggaris bibir (Lip Liner)

Setelah menggunakan primer pada bibir, gariskan lip liner pada bibir bahagian luar untuk menggambarkan riasan bibir anda. Selain itu, sentuhan lip liner juga turut memberikan kesan warna bibir lebih semula jadi dan olesan lipstik menjadi lebih sekata.

IKLAN
  1. Pilihlah lipstik dengan “Long Lasting Formula

Lipstik dengan formula ini dapat membuatkan bibir tetap berwarna dan berseri selama beberapa jam. Namun, kadang kala jenis lipstik ini menjadikan bibir anda lebih kering. Oleh itu , olesan sedikit lip gloss dengan warna jernih di bahagian tengah bibir mampu membuatkan bibir kekal lembab dan segar.

  1. Oleskan lipstik secara berulang

Sapuan lipstik secara berulang mampu memberikan kesan warna yang lebih penuh dan lebih tahan lama.

  1. Rawatlah bibir anda

Bukan hanya rambut, wajah, dan tubuh saja yang pantas untuk diberi perhatian, kesihatan bibir juga perlu diutamakan. Biasakanlah untuk menggunakan lip exfoliation untuk menyihatkan bibir dari kulit mati.

  1. Jagalah kelembapan bibir

Kelembapan bibir mempengaruhi ketahanan lipstik pada bibir untuk jangka waktu yang lama. Penggunaan lip balm setiap hari secara konsisten boleh mengelakkan bibir daripada kering dan pecah-pecah.

IKLAN
  1. Taburkan sedikit bedak tabur

Letakkanlah satu lapisan tisu tipis di atas bibir dan taburkan bedak di atasnya secara perlahan dan merata. Langkah ini memberikan kesan matte pada lipstik dan membuatnya lebih tahan lama.

INFO EKSTRA!

Rahsia Sapuan Gincu Lebih Cantik

  1. Jika memiliki bentuk bibir yang tipis, digalakkan untuk melukis bentuk bibir dengan pensel bibir. Kemudian barulah oleskan dengan gincu. Serlahkan bentuk bibir anda dengan sapuan pengilat bibir.
  2. Sekiranya mempunyai bibir yang tebal, gincu jenis matteadalah paling sesuai. Ia membuatkan bibir kelihatan seksi dan ‘penuh’. Walaupun begitu, pengilat bibir tidak digalakkan kerana ia akan membuatkan bentuk bibir tampak terlalu besar.
  3. Jika memilih untuk mengenakan pengilat bibir, ia perlu disapu kemas agar bentuk bibir kelihatan sekata. Untuk warna gincu yang cantik, oles gincu dan pengilat bibir yang mempunyai rona senada. Gabungan dua warna ini akan membuatkan warna gincu anda luar biasa cantiknya!

HARUS CUBA!

IKLAN

Amalan menyapu madu sebelum tidur mampu menjadikan bibir lembap dan sihat. Ini kerana madu mengandungi kadar gula yang memberikan nutrisi pada bibir selain dapat menggantikan pelembap bibir.

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI