Setiap ibu bapa pastinya meraikan hari jadi buat anak tercinta. Begitu juga dengan pelakon Lisa Suraini dan Yusri Abd Halim yang baru-baru ini telah memuat naik beberapa keping gambar dan video di Instagram miliknya
Majlis Hari Jadi dengan tema Dinosaur merupakan sambutan hari jadi anaknya yang kedua, Yusof Leonne. Meriahnya sambutan hari jadi yang dihadiri oleh beberapa kenalan artisnya dan kenalannya.
Dalam pada itu, para peminat pasangan ini kagum melihat Lisa dan Yusri melayan anak-anak dengan perasan kasih sayang.
Ads
Terdahulu, Lisa dan Yusry telah mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Yahaira Leanne, 4 tahun dan Yusof Leonne, 2 tahun.
Foto : Instagram Lisa Surihani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Salah satu masalah yang dialami oleh wanita adalah jeragat. Ada ajer produk untuk memudarkan jaragat. Tapi bagi yang nak cuba secara natural boleh cuba petua ini.
Paling sesuai untuk jeragat yang baru nak tumbuh. Ikuti perkongsian ini.
Petua ni sesuai untuk jeragat yang baru berjinak-jinak nak keluar. Atau pun yang baru sedikit dan kecil.
Jika dah terlalu banyak dan tebal, agak sukar dihilangkan dengan petua ini.
Walau bagaimanapun, boleh juga diamalkan dengan kerap untuk memudarkan jeragat.
Petua ini, jika sering diamal, kulit muka juga akan lembut, selembut kulit bayi. Dah terbukti. Jerawat juga susah naik dan kulit akan bersih serta cerah.
Caranya:
1. Ambil 3 hirisan limau nipis, perah airnya.
2. Sedikit susu tepung (saya guna everyday/fernleaf/nespray)
3. Campurkan sebati
4. Sapu di muka dan biarkan selama 30 minit hingga kering
5. Bilas dengan air suam. Cuci muka seperti biasa
Setiap anak ingin membahagiakan ibu dan ayahnya dengan pelbagai cara, mengikut situasi dan juga keinginan orang tuanya.
Perkongsian yang dimuat naik di facebook ini membuatkan ramai yang kagum. Dari luaran nampak biasa-biasa sahaja, namun menjengah ke dalam mata terpaku . Terutama tandsnya yang ibarat seperti dihotel.
Katanya, tandas itu dibina oleh si anak bagi memenuhi impian ibunya yang inginkan tandas seperti di hotel.
Kagumnya penulis melihat hasil yang dibuat oleh si anak ini.
Bukan biasa2..rasa terharu bila seorang anak cuba realisasikan impian mak dia nk kan bilik air idaman. Tengok hasilnya mcm tak percaya tu rumah kampung.
Setiap wanita inginkan suami yang penyayang dan dibelai penuh kasih sayang seumur hidupnya. Namun siapalah kita untuk menolak segala suratan takdir yang tertulis. Memang igauan ngeri buat isteri jika punya suami kaki pukul, minum arak, kaki judi dan pastinya tidak mendidik isteri ke arah jalan yang diredhai oleh Allah.
Bagaimanapun, keperitan kehidupan tidak selama-lamanya gelap. Allah maha pengasih lagi penyayang kepada hamba-hamba. Begitulah yang terjadi kepada seorang ibu yang telah datang mengadu kisah hidupnya kepada Ustazah Asma. Atas nasihat ustazah, wanita ini kembali kepada kehidupan sebagai seorang muslim dan berdoa moga suaminya berubah. Nyata dengan doa akan datang keajaiban pertolongan Allah yang tiada hadnya. Ikuti perkongsian berikut yang dipaparkan di laman facebook Ustazah Asma yang menjelaskan lanjut kehebatan doa itu!
SUAMI BERUBAH DALAM TEMPOH 10 HARI
Satu kisah klien, datang dengan 2 orang anak kecil, kedua-duanya kurus kering. Sebulan atau lebih hanya makan nasi dengan garam sahaja, untuk beli telur pun tak mampu.
Si suami, main judi, minum arak, maksiat dan perokok tegar. Duit hasil kerja habis begitu sahaja.
Si isteri tetap setia dan sayang suami, walaupun sering dipukul dan diabaikan. Kerana dia tiada sesiapa, dibuang keluarga sejak memilih lelaki itu sebagai suaminya.
Suami isteri tidak solat. Dah lama sangat tak solat, bertahun-tahun. Katanya, solat atau tidak baginya sama sahaja. Dulu masa solat hidup tetap sama, tidak ada perubahan. Bahkan katanya ramai orang yang solat hidup lagi susah daripada orang tak solat. “Apa hajat sebenarnya puan datang ? “
“Saya nak minta bantuan sikit, sekadar untuk beli makanan anak-anak”
“Baiklah puan, kita boleh bagi sedikit bantuan, mungkin boleh bertahan untuk seminggu. Tapi bagaimana selepas itu?, puan nak tak bantuan untuk seumur hidup? “
Wajahnya bercahaya, seperti baru nampak matahari.
“Puan, bantuan seumur hidup kita sangat dekat, tak perlu susah payah ke sana sini, puan boleh minta di rumah sahaja”
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku sangat dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang meminta apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam petunjuk.” (Al-Baqarah: 186)
1 jam seterusnya, Allah yang Maha Bijaksana memudahkan proses klien ini diberi sedikit kefahaman tentang hakikat SOLAT, ISTIGHFAR, dan SELAWAT. Ditulis beberapa nota untuknya, dalam hati sendiri tak berhenti berdoa moga Allah yang Maha Lembut melembutkan hati untuk merasai nikmat mengenal Allah, meminta dan bergantung harap dengan Allah.
“Ustazah, insyaAllah saya cuba solat balik, saya dah faham sikit tujuan solat. Selama ni rupanya saya tak kenal Allah yang saya sembah, saya sendiri tak faham kenapa saya perlu solat..”
Temujanji seterusnya 2 minggu selepas itu, akan dipanggil suami sekali. Si isteri hanya mengangguk kosong, sambil tangan mengusap kepala anak kecil yang merengek. Harapan untuk suami dan hidupnya berubah seolah hanya satu mimpi. Begitulah hakikatnya diri kita, tidak ada sedikitpun daya upaya.
Kita lupa bahawa apa yang mustahil bagi kita, Tidak ada yang mustahil bagi Allah.
Allah ya Baari’, Allah sebaik-baik perancang.
Lebih kurang 10 hari berlalu, saya terima panggilan daripada wanita ini, suaranya tersekat sambil menangis teresak-esak. Saya kebimbangan apa yang berlaku sebenarnya.
“Ustazah, saya tak sangka secepat ini Allah terima saya balik, secepat ini suami saya berubah..Ya Allah..Ya Allah”
“Selepas saya mula solat, lazimi istighfar dan selawat, saya cuba buat dengan yakin, saya buat sahaja. Saya ingat pesan ustazah, buat sahaja, jangan tinggal, insyaAllah akan berlaku sesuatu”.
“Selepas seminggu, suami saya dibuang kerja, namun serta merta dia cari kerja lain, pencuci kereta. Dia mesti cari duit untuk rokok dan aktivitinya. Taqdir Allah, di tempat kerja barunya dia berkawan dengan seorang hamba Allah yang baik, dia boleh ikut ke Masjid solat,”
“Sekarang ustazah, tiap hari gaji hariannya diberikan kepada saya, walau tak banyak tapi nikmat sangat. Saya tak rasa itu daripada suami, tapi daripada Allah. Dia dah tak ada pukul saya dan anak-anak, berhenti minum arak dan judi”.
AllahuAkbar, tersedu sedan dia menangis. Tanpa sedar saya juga mengalirkan air mata kesyukuran. Teringat satu hadis Qudsi, betapa baiknya Allah dengan hambaNya?
“Allah Ta’ala berfirman, ‘Aku sebagaimana sangkaan hambaku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku…. Jika dia mendekatiku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia mendatangi-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan berlari.” (HR bukhari, no. 7405 dan Muslim, no. 2675)
Begitu sekali Allah meraikan hambaNya.
Berkali-kali mengingatkan dia supaya berterusan solat, dan jika suami mengulangi semula tabiat lamanya, hubungi saya balik. SubhanAllah, setelah beberapa bulan berlalu, saya hubunginya untuk bertanya khabar, katanya Alhamdulillah suaminya masih tetap dengan perubahan yang baik. Begitulah setelah berlalu tahun.
SOLAT adalah PENGHUBUNG kita dengan ALLAH. Hanya beberapa minit sahaja sehari, namun ianya menjamin seluruh kehidupan, di dunia dan akhirat.
ALLAH ya NUR yang memberi CAHAYA ALLAH ya HAADI yang memberi HIDAYAH
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.