Suri rumah pastinya paling terasa sekali apabila berlaku kenaikan harga barang. Pasti akan ada ‘lompong’ sana sini dek kerana harga barang sudah meningkat. Tahun 2018 bakal menjengah beberapa hari lagi, namun ekonomi yang tidak menentu dengan naik turun minyak pasti akan memberi kesan pada kenaikan harga barang lagi.
Justeru, bajet dapur terpaksa dirombak semula mengikut kesesuaian keperluan dan kehendak. Bermula dari dapur, suri rumah mahupun suri berkerjaya boleh saja merancang belanjawan mereka dengan praktikal dan berhemah.
Ikuti panduan 10 tip mudah praktis ini. Yang pastinya, akan membuatkan anda lebih menghargai apa yang ada di dapur anda.
TIP A ‘ATUR BELANJA DAPUR’
Buatkan jadual belanjawan dalam tempoh sebulan. Beli apa yang perlu dan rancang makanan yang mahu dimasak dalam bulan itu. Sebaiknya, senaraikan barangan dengan harganya sekali. Cara ini membolehkan anda melihat pergerakan wang anda pada bulan-bulan seterusnya.
TIP B ‘BIJAK KALA MEMBELI’
Maksudnya di sini, sebelum berbelanja, anda telah menyenaraikan keperluan. Jika tidak begitu mendesak, letakkan ia di senarai paling akhir. Ada duit lebih, barulah boleh dimasukkan dalam troli barangan.
TIP C ‘CERMAT KUASAI DAPUR’
Ads
Suri yang hebat adalah suri yang cermat menggunakan bahan mentah atau peralatan di dapur. Memasak ikut keperluan keluarga, bukannya ikut suka sehingga akhirnya tidak dimakan oleh anak-anak mahupun suami. Belajar dari orang tua ataupun banyakkan belajar agar mahir memasak sekaligus tidak menggunakan bahan mentah yang tidak diperlukan.
TIP D ‘DAHULUKAN APA YANG PERLU’
Jangan sesekali membeli keperluan yang tidak diperlukan oleh keluarga mahupun anak-anak. Katakan anda begitu teringin memiliki kuali berjenama yang memudahkan kerja-kerja memasak. Apa kata anda simpan sedikit wang dari belanja dapur itu. Setelah cukup barulah membelinya. Tahan keinginan dan elakkan berhutang.
TIP E ‘ENERGI DARI DAPUR’
Mencipta makanan yang enak tidak memerlukan anda membeli bahan mentah yang mahal. Jika pandai mengubah resipi mengikut citarasa anda dan keluarga itu sudah membolehkan suami dan anak-anak jatuh kasih dengan air tangan anda. Lihat apa yang ada di dalam peti ais dan ubah suai mengikut keperluan.
Ads
TIP F ‘FUNGSI SEPENUHNYA’
Gunakan sepenuhnya alatan yang ada di dapur anda selagi ia masih berfungsi dengan baik. Tidak perlu memasak berkali-kali. Memasaklah sekali sehari tetapi masih boleh dinikmati sehingga ke tengahari atau menjelang malam hari.
TIP G ‘GALAKAN KEMPEN BUAT SENDIRI
Mengapa perlu berbelanja lebih semata-mata mahu menikmati keenakan sesuatu makanan? Cuba belajar di internet dan buat saja sendiri. Sekarang ini banyak panduan dan teknik membuat makanan proses sendiri dengan bantuan carian di ‘google’.
TIP H ‘HALANG DIRI DARI BOROS’
Ads
Pernahkah anda membeli makanan dan akhirnya makanan itu dibuang ke tong sampah? Itu salah satu amalan pembaziran sekaligus menyusutkan nilai wang anda. Nasi yang berlebihan jangan dibuang, tetapi boleh digunakan untuk membuat nasi goreng atau diadun dengan tepung untuk dibuat cekodok.
TIP I ‘INGATAN BUAT KELUARGA
Tulis nota belian dan belanjawan ikut keperluan anak-anak di peti sejuk. Tujuannya mengingatkan anak-anak dan keluarga yang anda sebenarnya sedang menggalakkan kempen penjimatan di dapur.
TIP J ‘JIMAT LAGI MENJIMATKAN’
Rancang jika anak-anak mahu menikmati makanan kegemaran mereka. Beli bahan mentah bukan sekali guna, sebaliknya boleh digunakan untuk keperluan yang lain. Contohnya membeli seekor ayam, tetapi boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan untuk tempoh seminggu itu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melihatkan saudara mara dan rakan-rakan berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci, hati turut berkongsi kegembiraan, sekali gus mengharapkan suatu hari nanti pasti tiba giliran kita.
Perkongsian seorang ibu ini nyata cukup menyentuh hati. Leeza Sweet di dalam laman facebooknya mengenai kisah doa anak kecilnya yang ingin sekali menunaikan umrah. Biarpun baru berusia 5 tahun waktu itu, namun Putri Marissa sudah belajar menghafal dan sudah boleh bersolat demi mahu menunaikan umrah.
Sesungguhnya Allah maha mendengar! Doa anak-anak kecil itu makbul! Kesungguhan Putri Marissa yang dipanggil Adek itu akhirnya membolehkan dia menunaikan umrah bersama ibu bapanya.
Jom kita baca dan sama-sama mendapat manfaat.
Ada bicara yg ingin ku kongsikan bersama sahabat…. Mac tahun lepas… 2016 semasa aku bersiap2 utk packing barang2 umrah si kecil mendatangiku…. “Mama, adek nak solat mama dengar ye bacaan solat adek betul ke tidak….” “Okey…” Dia pun mulai solat dari al-fatihah, qul, rukuk, sujud, tahyat, awal dan akhir… semuanya betul. MasyaAllah anakku dah pandai solat…. bisikku dlm hati…. . Tiba tang doa…. “Ya Allah Ya Tuhanku…. Bagilah mama & papaku kaya supaya mereka boleh bawaku pergi umrah!” Airmataku dah bergenang di kelopak…. Namun masih ku tahan di depan dia. . Kemudian dia salam tanganku, dia peluk ku erat! Masa tu dia bisik ditelingaku… “Mama adek da pandai solatkan.” Aku angguk saja. “Jadi esok adek boleh ikut mama pergi umrahkan?” Aduh! Jiwaku tersentuh! Aku terus menangis tak tertahan lagi. Sebab esok mama dah nak pergi. Mama tak boleh bawak adek. . Semasa aku niatkan nak pergi umrah hanya kami berempat. Kerana kesuntukan masa planning hanya 3 bulan. Dan aku tak niatkan untuk sweetmarissa sebab dia kecil lagi baru 5 tahun nak masuk 6 tahun. Dan alasan yang kuberikan pada dia sebab “adek belum pandai solat, kalau dah pandai nanti mama bawak adek pergi umrah.”
. Rupanya alasan itu terkesan d hatinya. Dia belajar solat n hafal bacaan2 itu di sekolah sungguh2. Kerana ingin turut serta. Namun esok mama dah nak pergi sayang… Tak sempat nak buat apa2. . Semasa lambaiannya d KLIA hati ku meruntun…. Hiba x dpt bawa dia sama. . Sampai je di kota madinah…. Ya Allah ramainya budak2 sebaya dia… Aku sangat2 terbayang dia di sana sini…. . Ya Allah berikanlah aku rezeki untuk ku bawa Putri Marissa Ruqsana ke sini tahun hadapan. Dan kerana dia kami ke umrah sekali lagi tahun ini. Sesungguhnya Allah maha mendengar! Doa anak2 kecil itu makbul! Mintalah anak2 berdoa utk kita. . Dan tahun ini SweetMarissa buat umrah 2 kali. Alhamdulillah. Dia betul2 bersungguh! . Perkongsian ini bukan niat untuk menunjuk2… cuma untuk berikan semangat kepada yang belum pergi. Tiada yang mustahil akan terjadi sekiranya kita betul2 yakin dengan Allah! . Aku belum kaya lagi tp Allah makbulkan doa doa anakku.
. Semoga sahabat2 yang berniat untuk pergi umrah istiqomah dengan niat, talbiah setiap kali lepas solat, usaha dan yakin. Tiada yang mustahil akan terjadi. InshaAllah! . Allah bukan jemput yang kaya. Allah bukan jemput yg mampu. Tapi Allah jemput sapa yang mahu!
Sebelum ini, dunia digemparkan dengan berita pesalah pedofilia, Richard Huckle, seorang warganegara Britain dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah di London selepas didapati bersalah terhadap 71 pertuduhan berkaitan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia.
Memandangkan golongan pedofilia sering mencari mangsa-mangsa mereka melalui ruang siber dan anak-anak kita sejak kecil lagi didedahkan dengan aktiviti alam maya adalah penting untuk kita menyedarkan mereka tentang bahaya ini.
Lebih daripada itu ibu bapa sendiri perlu bertindak melindungi mereka daripada anasir negatif alam siber dengan langkah berikut.
1. Jika anak mengadu ada orang cuba mendekatinya di atas talian, segera catat seberapa banyak maklumat termasuklah nama skrin atau alamat e-mel individu yang menghubungi anak anda. Catatkan URL chat room berkaitan dan catatkan tarikh serta masa individu berkenaan menghubungi anak anda. Kemudian, segera laporkan kejadian itu kepada polis atau CMCF.
2. Alihkan komputer ke ruang keluarga dan jangan diletakkan di dalam bilik mereka. Jangan biarkan anak melayari Internet atau peranti mudah alih tanpa pengawasan. Awasi dengan menetapkan kod akses untuk wifi.
3. Beritahu anak tentang bahaya yang boleh berlaku di atas talian seperti penipuan, ancaman, ugutan, cacian dan penganiayaan seksual. Pastikan mereka sedar tentang kewujudan bahaya berkenaan dan tempat di mana mereka boleh membuat aduan atau laporan bagi menangani jenayah Internet.
4. Sentiasa ingatkan anak supaya Internet dan laman sosial memang menarik, tetapi hati-hati dengan apa yang mereka tulis dan muat naik ketika atas talian. Ia mungkin memberi kesan buruk pada diri sendiri.
5. Wajibkan anak menjadikan anda sebagai rakan di laman sosial supaya anda mudah mengawasi aktiviti mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tragedi di Sungai Korok-"Abang, kakak Ipar kata mengantuk, saya suruh mereka tidur dulu." "Ketika di rumah saya di Taman Seri Aman, abang dan kakak ipar kata mereka mengantuk jadi saya suruh mereka tidur dulu.