Luar Papan, Dalam Ala Condo. Nampak Biasa Tapi Sungguh Inspirasi!

Share

Betulah orang kata, don’t judge book by its cover. Jangan anggap rumah biasa-biasa aje tak boleh dihias cantik.

Buktinya melalui perkongsian ini menerusi foto yang dikongsi oleh Leila Janne ini.

Rumah papan tetapi dalam dihias ala condo. Cantik dan elegant!

Pemiliknya pastinya seorang yang rajin, pengemas dan seorang yang kreatif. Mana mungkin rumah papan boleh dihias begitu.

Pasti rumah ini begitu istimewa buat pemiliknya.

RONA HIJAU

Pemilik memilih rona hijau sebagai warna tema dinding rumah. Hiasan dalama pula modern kontemporari.

Susun atur dalaman rumah ini tidak terlalu sarat dengan pelbagai hiasan. Namun pemilihan yang betul menjadikan setiap sudut hasilkan persembahan yang menarik. Pasti yang melangkah masuk ke ruang rumah ini bakal teruja!

KOMEN NETIZEN

“Dalam macam condo”.

Bagaimana pun ada warganet yang meragui kediaman itu dihias begitu. Namun seorang telah menjelaskan bahawa kediaman itu benar dan merupakan temannya.

Malah katanya lagi, pemilik mengambil sumber ilham daripada Ikea. Kreatif!

Rata-rata warga net memuji usaha dan kerajinan tuan rumah.

Apa yang pasti, kediaman ini sungguh inspirasi!

Kredit foto: Leila Janne via Tip Hias Rumah

 

 

Judge Book By Its The Covernak seribu daya tak nak seribu dalih. Jika dah namanya rajin dan pengemas walaupun rumah biasa-biasanya tapi jadi luar biasa rumah.

Biasanya jika

IKLAN