Anak bukan sahaja pengikat kasih sayang, malah mereka jualah penawar segala duka. Hilang segala penat tatkala dapat menyentuh dan memeluk anak sendiri.
Lebih-lebih lagi jika dikurniakan anak yang cukup memahami seperti Nadi Anaqi yang merupakan anak kepada pelakon Zahiril Adzim dan Shera Aiyob.
Dalam satu perkongsian di instagramnya, Shera memberitahu anaknya itu meminta dia berehat jika penat membuat kerja rumah.
“Mommy tengah masak tadi tiba-tiba Anaqi tanya, “Mommy tak tired ke?” Terkedu kejap kenapa dia tanya macam tu.
“Kenapa Anaqi tanya mommy macam tu?” Saja aku nak tahu apa yang ada dalam kepada dia,” tulis Shera di kapsyennya.
Ads
Rupa-rupanya, anak lelakinya memerhati segala perbuatannya selama ini yang asyik buat kerja tanpa henti.
“Terdiam aku sambil tersenyum sendiri. Memang aku penat ya amat. Tuhan je yang tahu. Sambil masak dalam kepala fikir kerja lain yang menanti untuk diselesaikan.
Ads
“Tapi bila Anaqi cakap macam tu, aku terus lupa sekejap penat. Menambah semangat aku untuk teruskan kerja.
“Betul lah anak ni penguat segalanya. Mommy doakan Anaqi sentiasa dikurniakan kebaikan dan menjadi insan hebat dunia dan akhirat. I love you so much Anaqi!,” ujar Shera lagi.
Pelajar perempuan tingkatan lima hidap leukemia – “Saya sedih tak dapat ke sekolah.” Ketika rakan-rakan seusia sedang bergelut belajar membuat persiapan menghadapi peperiksaan SPM, lain cerita pula dengan Nurul Syuhadah Ab Rahman.
Pelajar tingkatan lima yang kini menjalani kemoterapi akibat leukemia, meluahkan kerinduannya untuk kembali ke sekolah bersama rakan-rakan terutama pada hari pertama sesi persekolahan yang bermula pada Isnin.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Pahang itu bagaimanapun perlu memberikan tumpuan kepada rawatan, menyebabkan dia terlepas sesi persekolahan 2025.
Nurul Syuhadah disahkan menghidap leukemia tahap sederhana yang juga sejenis kanser darah, selepas mengalami demam berpanjangan pertengahan tahun lalu.
“Pada awalnya, saya ingatkan demam biasa, tapi selepas hampir sebulan, ibu bapa bawa saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut ketika kami pulang bercuti di kampung nenek di Kuala Krai.
“Hasil ujian darah menunjukkan saya hidap leukemia,” katanya.
Seluruh kehidupan Nurul Syuhadah berubah dan dia kini menjalani kemoterapi keempat daripada lapan kitaran rawatan yang dijadualkan.
“Saya sedih tak dapat ke sekolah sejak disahkan sakit pada 15 September lalu.
“Saya juga terlepas banyak kelas, tapi cikgu dan rakan-rakan sering tanya khabar, mereka beri saya semangat untuk terus berjuang,” katanya.
Dia tetap berusaha belajar sendiri kerana tidak mahu ketinggalan membuat persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Saya mahu ambil SPM seperti rakan-rakan lain, walaupun sekarang banyak berehat akibat kesan rawatan. Saya berharap dapat kembali ke sekolah secepat mungkin,” ujarnya.
Nurul Syuhadah merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik dan ibu bapanya menjalankan perniagaan kedai makan di Muadzam Shah namun terpaksa menutup sementara perniagaan itu untuk menjaganya di kampung.
“Keluarga saya banyak memberi sokongan termasuk adik-beradik. Rakan-rakan juga sering datang melawat dan beri kata-kata semangat, saya harap dapat sembuh serta kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.
Tidak dinafikan dengan situasi sekarang menyebabkan jadual harian kita sebagai ibu semakin mencabar, bukan sahaja sibuk mengurus rumah tangga malah perlu menjadi ‘guru’ kepada anak-anak belajar di rumah.
Pun begitu, bagi memastikan walau sesibuk mana sekali pun kita boleh menyediakan hidangan untuk anak-anak, Puan Liza Idris yang merupakan ibu kepada tiga orang anak berkongsi cara yang dipraktikkan bagi memastikan tugasan memasak dapat dilakukan dengan cepat dan pantas.
Ujarnya, “Menjadi seorang isteri, ibu kepada 3 anak, dan menguruskan company bukan sesuatu yang mudah. Tambah pula merangkap guru sandaran semua mata pelajaran di rumah, kadang tu burn out juga. Sekejap jadi cikgu, sekejap jadi ostajah. Tiba-tiba boleh bertukar jurulatih sukan antarabangsa.
“Namun ia bukan alasan untuk saya tidak masak dan order Foodpanda. Maka pengurusan diri dan masa perlu dilaksanakan. Ini cara mudah saya uruskan bahan-bahan masak di dapur seminggu sekali, supaya dapat jimatkan masa memasak dan bahan basah tahan lama.”
Cara Mudah, Jimat & Tahan Lama
Ini bahan memasak yang saya sediakan untuk seminggu. Pastikan dicuci terlebih dulu.
Haaa gini bekasnya. Siap ada penapis dan ruang udara dalaman. Saya beli dekat Shopee. Kena cari link dulu. Tak jumpa la pula.
Buang kulit lobak merah dan hiris bulat-bulat. Terpulang la nak potong bujur ke, petak ke. Ikut cara sendiri.
Saya suka hiris bawang gini. Nampak berseni.
Cuci terlebih dahulu daun sup, daun bawang dan daun ketumbar. Kemudian biarkan kering. Hiris halus, masukkan ke dalam bekas berasingan. Nak masak nanti, campak-campak je.
Ikutla korang nak letak bahan apa yang selalu diguna dalam masakan. Semakin banyak bahan, semakin banyak la bekasnya.
Kemudian tutup dengan penutupnya.
Dah siap, susun cantik-cantik gini biar kemas teratur. Jimat masa, dan masak pun jadi mudah.
Hakikatnya gangguan jin, syaitan dan sihir mungkin sentiasa berlaku kepada semua manusia yang berada di muka bumi ini sama ada secara sedar atau tidak, iblis dan syaitan telah bersumpah akan menyesatkan manusia dalam apa sahaja cara.
Jahat sungguh jin atau syaitan ni. Sebab tu Allah dah isytiharkan bahawa jin syaitan itu adalah musuh utama manusia.
Ikuti panduan ini untuk mengelak gangguan jin dan syaitan.
1. Jangan sidai baju dalam bilik air . Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai, kita yang kena.
2. Jangan biar baju disidai di luar berembun. Biarkan di luar, esok basuh balik baru jemur balik…nanti dia akan ikut masuk dalam rumah. Ambil sebelum maghrib.
3. Jangan biar nasi berteraburan di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah kita menjemput mereka (jin/setan) masuk ke dalam rumah, habis makan malam bersihkan.
4. Jangan buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Setan/jin akan masuk melalui ruang² yang terbuka.
5. Banyakkan bersedekah untuk hindar penyakit…termasuk penyakit hati, hasad dengki.
6. Berhenti seketika ketika perjalanan dalam waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak setan berkeliaran. Singgah ke masjid atau kedai kopi.
7. Jangan biarkan anak main di luar rumah ketika waktu maghrib.
8. Jangan bercakap dalam tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dengan dia.
9. Jangan kencing berdiri. Jin / syaitan yang disambar petir yang cacat akan sihat semula bila kena air kencing orang berdiri.
10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambil najis dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.
11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah..kalau tutup penuh lagi bagus. Setan akan berak & kencing dalam makanan yang terbuka lama.
12. Jangan makan makanan yang terbuka lama..sebab dah jadi makanan jin/setan
13. Jangan tidur kaki menghadap ke kiblat. Tidur mengiring ke kanan, badan dan muka hala ke arah kiblat..sihir mudah masuk kalau tidur kaki menghadap ke kiblat. ia akan masuk melalui kaki.
14. Jangan gantung gambar bernyawa dalam rumah.
15. Jangan pamerkan patung di dalam rumah.
16. Gunakan jam tawaf di rumah. Untuk dapatkan aura tawaf.
Ada 1 kes, gantung jam tawaf dalam rumah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka.
17. Amalkan ayat Manzil.
18. Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.
19. Basuh pad wanita sebelum buang dalam tong sampah. Kalau tidak , jin suka makan darah.
20. Jangan makan/minum dengan tangan kiri.
21. Basuh pinggan makan selepas makan malam.
22. Sediakan semburan air yang telah di ruqyahkan untuk persiapan. Kalau ada apa² boleh digunakan.
23. Solat berjemaah dalam rumah bersama keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
24. Masuk rumah bagi salam, A’uzubillah, Bismillah hissami’il ‘alim dan masuk menggunakan kaki kanan.
25. Jangan tidur di antara Asar dan Maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.
26. Peluk isteri suami setiap kali bangun pagi.
27. Peluk dan cium anak bila hendak keluar.
28. Bacakan Al-fatihah dan tiupkan di ubun-ubun anak² masa tidur dan niatkan .
29. Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf masa setiap kali nak masak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan.
30. Jangan makan organ dalaman binatang. Contoh hati.
31. Letak ais pada pipi sekali sekala . Zon himunisasi.
32. Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman.
33. Mandi garam pagi dan petang.
34. Pakai wangian sebelum tidur, jin tak suka wangi²an.
35. Digalakkan berhubungan dengan suami/isteri 3x seminggu.
36. Dilarang berhubungan dengan isteri/suami dalam tandas.
37. Membakar bukhoor di ruang tamu rumah terutama apabila menghampiri waktu maghrib
38. Amalan zikir asma ul husna.
39. Makan kurma 1 hari 1 biji
40. Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan.
41. Baca doa untuk lembutkan hati suami/isteri..tiup kat ubun dan telinga dia.
42. Baca 3 kali Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum tidur, 3 kali ayat qursi.
43. Baca bismillah 5, 3x sebelum makan. Bismillahillazi…terlindung dari santau.
44. Selawat nabi 3x pada nabi sulaiman ketika nak ambil daun pada waktu malam.
45. Pasang lampu ketika tinggalkan rumah, jangan biar gelap.
46. Menggunakan wangian badan berasaskan kayu Gaharu
47. Tawakal pada Allah SWT
Moga dipermudahkan dan dijauhkan sebarang gangguan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...