“Maafkan Mama Anak-anak, Dua Tahun Jaga Akhirnya Tumbang.” Almy Nadia & Anak Sulung Positif Covid-19!

Share

Berita duka dikongsikan Datin Almy Nadia menerusi laman instagramnya yang memakumkan dirinya disahkan positif Covid-19. Perkongsian itu dimuatnaik menerusi laman Instagramnya.

Bulan lalu, Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin djangkiti virus itu selepas enam hari menjadi kontak rapat mangsa Covid-19. Dia kemudiannya menjalani kuarantin kendiri di rumah sehingga disahkan bebas virus berkenaan.

Menurut Almy, dia mula rasa sakit sejak jumaat yang lalu, lalu dia membuat ujian sebanyak tiga kali namun negatif.

Maafkan mama wahai anak2 mama.. 2 tahun mama jaga .. mama jaga sop sgt la ketat.. tp akhirnya tumbang.

Mama dah start sakit dr hari jumaat lagi tp buat test saliva 3 kali negetif,pagi ni buat test saliva terus positif 😭😭😭😭 tak ada kata2 selagi mama 😭😭😭😭😭😭😭 maafkan mama sbb mama anak2 mama tak dpt join pergi school,mlm td nana tiba2 batuk n selsema,pagi ni buat test positif jugak..

“Jadi kul 630am papa dah buat test saliva dekat yeye,yayang,baby aisyah semua negetif.. syukur alhamdulillah .. just nak double cfrm terus call @kai_kaklong utk urusakan team @kumpulan_megaklinik_zahran dtg rumah buat rtk n pcr utk kami semua..terima kasih kak long @kai_kaklong abg long @nafidzrazak

Dia turut memberitahu kini giliran suaminya pula menjaga mereka anak beranak yang positif.

“terima kasih @kumpulan_megaklinik_zahran permudahkan segala urusan kami .. turn my love @fizzfairuzofficial pulak jaga kami yg positif.. maafkan mama sayang.. 😭😭😭😭😭😭

Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan, Afrina Arianna, 5, Afrina Aurora, 4, Afrina Ayra, 3 dan Nur Afrina Aisyah, berusia dua bulan. Mereka juga mempunyai anak angkat, Afrina Darwisyah,11.

 

lansolo_official Allahuakbar.. moga dipermudahkan urusan makcik pakcik sekeluarga 🤲🏼
muezza8118 Semoga sembuh datin dan anaknya dng segera. Aamiin
wannasuhanatashah Cepat sihat kak lang dan semua🙏🙏🙏♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️kuattt terus tau… Jaga diri tauuuu♥️♥️♥️♥️
chik_lili9 Get well soon semuanye.. Saya pn bru hbis kuarantin anak beranak semalam.. Satu family +ve.. Awal2 xshat mmg xdetect.. Tnggu 3@4 hri bru naik double line..
ummy_zikry Syafakallah buat semua..semoga cepat sembuh..insyaAllah anak2 kuat tahap imun badan dan dapat fight. ❤️

 

 

IKLAN