Kebarangkalian untuk pesakit Covid-19 menyebarkan virus dan terkena petugas kesihatan, risikonya tetap ada.
Pun begitu, frontliner Covid-19 tetap tabah memberikan perkhidmatan terbaik walaupun tugas yang dipikul kini cukup merbahaya.
Ini sebagaimana apa yang dialami oleh staff nurse ini, tanpa diduga turut menjadi mangsa Covid-19 apabila disahkan positif.
Rentetan daripada itu, hatinya lebih terasa sayu bila seisi keluarga serta anak kecilnya juga terpaksa melalui ujian swab yang begitu menyakitkan.
Oleh itu marilah kita doakan agar keputusan ujian keluarga ini adalah negatif Covid-19 dan wanita ini segera sembuh.
Ikuti perkongsiannya.
Salam semua kawan – kawan
Ads
Terima kasih atas doa kalian semua ,maaf jika saya xsempat balas mesej anda semua.
Pada 3hb April saya dapat panggilan dari pihak hospital memberitahu saya COVID 19 positif.
Pada mula nya,saya sgt sedih.Rasa down sangat.Saya tak sangka saya sihat selama saya menjalankan tugas sepanjang wabak COVID bermula.Saya rasa kecewa sangat.Memang tak dapat nak gambar kan dengan kata – kata..Air mata tak berhenti mengalir .
Sehingga lah saya di ambil oleh ambulance KKM di rumah saya.
Ads
Terdetik juga,apa jiran akan cakap nti bila nampak ambulance dgn staff berpakaian sperti ini.tapi saya tawakal..serahkan pada Allah. Alhamdulillah ,jiran jiran saya sgt baik.Semua mendoa kan saya.
InshaAllah saya akan berfikiran positif untuk melawan COVID19 .Saya tak sabar nak kembali bertugas bersama frontliner smua .
Saya tak menyesal menjadi staff nurse. Saya akan terus kan kerja saya.
Teruskan berdoa agar wabak ini berakhir. Teruskan ikut perintah kerajaan untuk duduk di rumah sehingga kita berjaya memutus kan rantaian wabak ini.
Maaf kan mama Mirza..Mirza kena hadapi semua ini ..
Ads
Mama tau sakit bila kena swab hidung & tekak..
Mama tau kamu kuat..babah bgtaw kamu berani..tak takut langsung ..tinggi semangat kamu Mirza..
Mama doa kan keputusan swab Mirza , Babah, Abah ,Mak, Achu, Angah , Umar, Hamzah semua negative
Update : Harini semua keluarga saya ke KK Meru untuk menjalani ujian swab COVID 19
Ibu percaya anak perempuan hilang sejak 8 Mei masih hidup – “Adik nak balik tapi mungkin ada yang halang.” Sudah lebih dua bulan berlalu sejak kehilangan Nor Alieya Maisarah Mohd. Hassan, 14, dari kediamannya di Taman Seri Telok Mas, Melaka pada 8 Mei lalu, namun ibu remaja itu masih yakin anaknya dalam keadaan selamat.
Menurut Noorlaili Mahat, 53, dia percaya anak bongsunya itu sebenarnya mahu pulang, namun dihalang oleh pihak tertentu daripada berbuat demikian.
“MAK CIK RASA ADIK (MAISARAH) NAK BALIK TETAPI ADA ORANG TAHAN, DIA MEMANG ADA (HIDUP) LAGI, MAK CIK PERCAYA,” KATANYA PENUH HARAPAN.
Tambahnya, sehingga kini beliau dan suaminya, Mohd. Hassan Elias, 52, tidak pernah berhenti mencari anak mereka, termasuk menjejak ke lokasi-lokasi yang berkemungkinan dikunjungi Maisarah, seperti kediaman ibu saudaranya di Seremban, Negeri Sembilan.
Meskipun begitu, usaha mereka setakat ini masih belum menemui sebarang petunjuk, malah rakan-rakan anaknya juga tidak mengetahui keberadaan Maisarah.
“Sehingga kini kami sekeluarga termasuk kakaknya masih mencarinya, namun tiada sebarang petunjuk. Kawan-kawannya juga tidak tahu keberadaannya,” ujarnya sayu.
Noorlaili memaklumkan bahawa siasatan polis masih diteruskan, namun belum ada perkembangan positif yang dimaklumkan kepada keluarga.
“Cuma dua minggu lepas pasukan polis ada datang ke rumah dan ambil sampel rambut, sikat dan baju Adik untuk tujuan Ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Polis pun masih kesan dia, tak tahu dia ni pergi mana,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa Maisarah tidak mempunyai teman lelaki, sebaliknya percaya kehilangan itu mungkin berpunca daripada perasaan merajuk kerana dimarahi sebelum ini akibat enggan ke sekolah.
Kes kehilangan Nor Alieya Maisarah pernah dilaporkan media pada 25 Jun lalu, selepas beliau dipercayai keluar dari rumah dengan membawa beg sekolah serta beberapa helai pakaian. Ketika kejadian, ibunya yang bekerja di sebuah restoran ikan bakar sempat bertemu anaknya pada pukul 4 petang sebelum keluar bekerja.
Menurutnya lagi, kehilangan remaja itu hanya disedari apabila anak keduanya memberitahu bahawa Maisarah tiada di rumah. Usaha menghubungi telefon bimbitnya juga gagal.
“Apabila pulang saya lihat beg sekolahnya dan beberapa helai pakaian miliknya sudah tiada, kami buat laporan polis pada hari sama,” katanya kepada pemberita.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Maisarah diminta menghubungi Noorlaili di talian 014-3818326 bagi membantu siasatan.
Beza umur 32 tahun bukan penghalang bertemu jodoh-“Ramai ingat isteri saya emak atau mak cik..” Rata-rata ramai yang terkejut apabila tahu hal sebenar. Itu perkara biasa kami lalui sejak berkahwin, tapi saya tak pernah malu kerana apa pun, dia isteri saya dan sangat sayangkannya.”
Demikian pengakuan jujur Mohamad Nazir Annuar Mohamad Kazri, 29, yang kini menjadi perhatian ramai kerana kisah cintanya bersama isteri tersayang, Salmah Jaya, 61. Lebih menarik, Salmah sebelum ini merupakan ibu tunggal kepada tujuh anak setelah kehilangan suami akibat serangan jantung pada 2016.
Pasangan ini mula dikenali selepas video mesra mereka dikongsi Nazir Annuar di media sosial, namun ada segelintir warga maya menyangka mereka anak dan ibu kerana perbezaan umur yang ketara. Ada juga yang tidak percaya mereka sebenarnya suami isteri sah.
Menceritakan kisah sebenar, Nazir Annuar berkata mereka mendirikan rumah tangga pada 16 April 2022 selepas mendapat restu kedua-dua belah keluarga.
Menurut anak kedua daripada tujuh beradik ini, dia sememangnya cenderung kepada wanita berusia dan menganggap jodohnya bersama Salmah sebagai satu anugerah.
Katanya, proses memikat hati isterinya bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
“Saya mula stalk, follow dan cuba add isteri di Facebook (FB) sejak 2018 sebab dia nampak comel dan daripada awal memang tahu dia wanita berusia.
“Tapi sebab nak kenal, saya cuba juga dan lama nak tunggu dia terima permintaan saya…isteri pun tak layan saya pada awalnya sampai kecewa.
“Bukan senang nak ‘mengorat’ isteri kerana selepas dapat nombor telefon pun, saya disekat sampai bertukar nombor telefon untuk cuba hubunginya. Tapi akhirnya isteri sudi berkawan dan pertemuan pertama kami pada 2021 di rumah didiaminya dengan anak,” jelas Nazir.
Selepas pertemuan itu, mereka mulai rapat dan serasi disebabkan beberapa minat yang sama termasuk warna kegemaran dan minat terhadap perkara mistik. Hubungan yang bermula dengan persahabatan itu akhirnya berputik menjadi cinta hingga membawa ke jenjang pelamin selepas setahun berkenalan.
“Keluarga saya tiada masalah sebab semua tahu minat saya cuma anak tiri tak boleh terima pada awalnya kerana usia saya muda.
“Tapi mereka akhirnya lembut hati untuk terima dan paling terharu apabila isteri pun ajak kahwin bagi menghalalkan hubungan.
“Awal perkahwinan kekok juga dan paling tak dapat lupa waktu bermaafan di pagi raya tapi lama kelamaan okay. Cuma isteri berpengalaman jadi dia pernah tegur misalnya bab memasak dan ada masa ‘melantun’ juga mungkin sebab saya suami tapi kini, kami semakin boleh bertolak ansur,” kata Nazir yang kini bekerja sebagai kru katering di pelantar minyak.
Nazir juga tidak menolak wujud pandangan negatif daripada sesetengah pihak, namun dia memilih untuk tidak melayan kecaman tersebut.
“Tapi saya tak endahkan kerana bagi saya, perkahwinan kami adalah ketentuan-Nya. Jadi tak ada isu pun kerana sejak awal sudah sedia maklum dengan siapa saya berkahwin.
“Soal anak pun bukan masalah kerana tahun pertama kahwin, isteri hamil cuma tak ada rezeki kami selepas dia keguguran.
“Jadi tak ada apa yang saya harap dan doa melainkan dapat jadi suami lebih baik juga kebahagiaan dalam perkahwinan kami,” ujarnya penuh harapan.
Sementara itu, Salmah mengakui dirinya tidak pernah berhasrat untuk berkahwin semula selepas pemergian arwah suami, malah menolak ramai yang ingin berkenalan dengannya ketika dalam tempoh iddah.
“Waktu dalam tempoh iddah pun, sudah ada lelaki datang nak berkenalan, kebanyakannya umur 30 hingga 40 an tapi saya tak terima ketika itu kerana fikir sudah tak nak kahwin.
“Suami pun umurnya lebih kurang anak jadi berat nak terima awalnya tapi yang buat saya lembut hati bila tengok kesungguhan suami yang sanggup redah motosikal dalam banjir untuk jumpa saya.
“Anak mulanya susah nak terima dan saya pun tak pernah pujuk tapi mereka akhirnya akur kerana enggan saya menangis sebab tak bahagia.
“Pernah juga tanya suami, tak malu ke jalan dengan saya dan katanya tiada apa nak dimalukan. Sebagai wanita, saya bersyukur dapat pasangan sepertinya dan berdoa semoga jodoh kami berpanjangan,” ujar Salmah dengan penuh rasa syukur.
Pasangan unik ini membuktikan bahawa cinta sejati tidak mengenal usia, dan yang paling penting adalah keikhlasan, kesungguhan serta kesetiaan dalam perhubungan.
Sakit tumit mungkin bukan masalah bagi wanita muda tetapi bagi yang sedikit berusia, sakit tumit adalah penyakit utama yang buat kita tidak rasa selesa.
Tak terlepas juga mereka yang mempunyai masalah berat badan. Memang terasa sakit bila hendak berjalan, lebih-lebih lagi ketika baru bangun tidur.
Menurut pengamal perbidanan, salah satu penyebab sakit tumit adalah disebabkan masalah angin dalam badan.
Nak pulihkannya senang sahaja, cuba amalkan cara ini setiap hari. Guna tungku atau batu sahaja. Insyaallah sakit makin reda.
Caranya:
1. Panaskan tungku di atas api selama 15 hingga 20 minit.
2. Letakkan atas kain alas.
3. Balut kemas tungku panas tadi.
4. Panaskan kaki atau lebih senang letak sahaja kaki di atas tungku.
5. Buat hingga tungku sejuk.
Buat setiap hari hingga sakit makin reda. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.