“Maafkan Umi Tak Sedar Kehadiran Awak.’ Tidak Sedar Sedang Hamil, Ardell Aryana Dedah Usia Kandungan Sudah 4 Bulan!

Share

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mendamkan kehadiran si kecil dalam rumah tangga mereka. Apabila si isteri disahkan mengandung, pasti momen itu adalah paling indah buat mereka.

Alahan, mengidam dan sebagainya dilalui pada saat ini. Namun ada juga yang tidak mengalami sebarang masalah. Demikianlah yang dialami oleh pelakon Ardell Aryana.

Empunya diri tidak menyedari dia sedang berbadan dua sehinggalah disahkan hamil baru-baru ini. Lebih mengejutkan, kandungannya itu sebenarnya sudah mencecah empat bulan.

Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, memuat naik berita tersebut menerusi perkongsiannya di Instagram miliknya.


“Alhamdulillah, rezeki tanpa saya sedar esok genap empat bulan usia ini dalam perut umi. Maafkan Umi tak sedar kehadiran awak.

“Tiba-tiba awak dah boleh gerak tendang-tendang je. Masya-Allah,” kongsinya.
Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu itu turut berkongsi rakaman video ujian imbasan ultra bunyi yang dilakukannya.

suami Ardell yang juga pelakon Nadzmi Adhwa sebelum itu turut berkongsi berita gembira mengenai kehamilan isterinya pada minggu lalu.

IKLAN