Setiap pasangan yang berkahwin pasti mendamkan kehadiran si kecil dalam rumah tangga mereka. Apabila si isteri disahkan mengandung, pasti momen itu adalah paling indah buat mereka.
Alahan, mengidam dan sebagainya dilalui pada saat ini. Namun ada juga yang tidak mengalami sebarang masalah. Demikianlah yang dialami oleh pelakon Ardell Aryana. Empunya diri tidak menyedari dia sedang berbadan dua sehinggalah disahkan hamil baru-baru ini. Lebih mengejutkan, kandungannya itu sebenarnya sudah mencecah empat bulan.
Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, memuat naik berita tersebut menerusi perkongsiannya di Instagram miliknya. “Alhamdulillah, rezeki tanpa saya sedar esok genap empat bulan usia ini dalam perut umi. Maafkan Umi tak sedar kehadiran awak.
Ads
“Tiba-tiba awak dah boleh gerak tendang-tendang je. Masya-Allah,” kongsinya. Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu itu turut berkongsi rakaman video ujian imbasan ultra bunyi yang dilakukannya.
Azian Mazwan Sapuwan dapat cucu lagi, umur baru 49, dah ada tiga cucu. Azian Mazwan Sapuwan siapa yang tidak kenal dengan artis wanita era 80an yang cukup popular dengan lagu berjudul Rumah Kecil Tiang Seribu dan Erti Budi.
Melalui hantaran yang dikongsikan dilaman Instagramnya, Azian berkongsi berita gembira menyambut kelahiran cucunya.
Siapa sangka wanita yang memiliki susuk tubuh persis anak dara ini sebenarnya ibu kepada 7 orang anak dan berusia 49 tahun. Selain mengekalkan bentuk badan, Azian yang berketinggian 154 sm ini juga berjaya memiliki saiz pinggang idaman ramai wanita iaitu 27 inci dengan berat 49 kg.
Mempunyai berat badan yang sukar naik juga adalah satu kelebihan buat Azian. Berikut rahsia cantik dan sihat yang dikongsikan oleh Azian.
10 RAHSIA CANTIK DAN SIHAT AZIAN MAZWAN SAPUWAN
1.Jangan minum ais kerana ianya sejuk. Bimbang urat dan perut kita sejuk, tegang seterusnya kita jadi tidak sihat. Apabila tidak sihat terus naik ke muka. Kalau nak minum sekali sekala boleh.
2.Ambil sekurang-kurangnya satu jenis vitamin sebagai makanan tambahan untuk badan. Jangan berlebihan bimbang nanti antibodi badan yang sedia ada akan terganggu. Saya mengamalkan satu jenis vitamin sahaja iaitu CalMeg (kalsium dan magnesium dalam satu tablet).
3.Banyakkan meminum air kosong.
4.Tidur yang cukup. Tidak semestinya tidur yang lama tetapi tidur dalam jangka masa ideal yang diperlukan badan.
5.Elakkan bangun lambat bimbang nanti badan akan menjadi lesu, penat, malas dan sakit urat.
6.Mandi pagi sebelum Subuh. Badan kekal cergas dan segar sepanjang hari.
7.Jaga pemakanan. Kalau makan nasi ambil lauk yang tidak memudaratkan tekak, perut dan badan. Contohnya alergik.
8.Saya amalkan minum air kunyit tetapi tidak terlalu kerap. Apabila datang bulan saya berhenti buat sementara. Saya dapatkan stok dari seorang rakan yang membuatnya sendiri. Jus kunyit bagus untuk kulit muka serta urat-urat badan.
9.Sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan diri sendiri. Jangan mudah buruk sangka kepada seseorang kerana kita sendiri belum tentu sempurna dan terbaik. Lebih baik perbaiki kekurangan diri. Elakkan banyak berborak kosong kerana ia membawa kita ke arah anasir-anasir negatif.
10.Sentiasa menjaga penampilan diri dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Simple pun orang tetap akan pandang kita. Untuk seri wajah sekurang-kurangnya calitlah lipstik ketika hendak keluar.
Setiap insan dijadikan berpasang-pasangan antara lelaki dan wanita. Ada yang jodohnya awal, ada pula sebaliknya. Berbeza dengan pasangan pengantin ‘baru’ ini, mereka bertemu jodoh dalam usia yang sudah melebihi separuh abad.
Namun, itulah namanya jodoh. Tak kira mudah mahupun tua, andai Dia sudah menetapkan begitu siapa kita mahu menghalangnya.
Semalam tular kisah pengantin lama yang mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa hidup bersama di bawah ikatan perkahwinan. Kisah pasangan ini dimuat naik oleh Nash Nasrul yang bertindak sebagai jurugambar bagi pasangan lelaki yang berusia 74 tahun manakala pengantin perempuan berusia 67 tahun .
Hari ini dalam sejarah.
Pengantin lelaki(D) 74 tahun
Pengantin perempuan(J) 67 tahun
Bile ditanye mengapa nk kawin,
Jawap pengantin lelaki “saya duduk seorang,lama dah…kena ada peneman utk habiskan sisa hidup saya….ceria,bahagiakan saya hingga saya menhembuskan nafas yang terakhir”
Aku nk menitik air mata bile dengar seorang lelaki yg berpangkat atok ckp camtu…kite ni manusia fitrahnye berpasang pasangan…setiap ape yg terjadi ade sbb dan hikmahnye…semoga panjang umor dan jodoh saya doakan kepade pengantin hari ini..amin
Apabila bergelar ibu bapa, tentu kita mahu melihat anak berjaya, genius dan soleh dan solehah. Itu semua adalah impian buat semua ibu bapa. Sememangnya anak-anak adalah harta berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian, segala pahala dari amalan kita terputus dan anak-anaklah yang diharap dapat menyambung pahala dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w.; “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Justeru, apakah sepatutnya yang ibu bapa lakukan?
Perkongsian Pendidik Ilmu Keibu bapaan, Dr Taufiq Razif boleh menjadi garis panduan untuk kita muhasabah diri dan mendidik anak mengikut cara Islam.
1. Pilih pasangan yang solehah
Islam telah memberi garis panduan dalam mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW telah memberi panduan untuk mencari pasangan yang baik kepada lelaki yang baik iaitu dipilih atas dasar kecantikan, harta, keturunan dan agama.
2. Jaga makanan
Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis diriwayatkan Muslim bersabda yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu”.
Sebagai ibu dan bapa hendaklah mengambil berat terhadap pemakanan anak-anak serta ahli keluarga yang lain. Pastikan makanan yang diberi bersih dan halal daripada sumber rezeki yang halal juga. Sesungguhnya memberi anak makanan yang halal memberi kesan kepada anak seperti cemerlang pelajaran, alim dan anak yang sholeh.
3. Mindset perlu jelas .
Mempunyai anak yang soleh sudah sememangnya menjadi idaman kita semua. Sebelum lahir dah kena ada target spesifik untuk masa depan anak nanti. Jadi, baca info-info bagaimana mendidik anak menjadi soleh dan solehah serta genius. Didikan awal akan memberikan kesan kepada pembentukkan akhlak anak.
4. Jaga adab semasa hamil
Terdapat pelbagai amalan-amalan postif semasa ibu hamil seperti doa, pemakanan dan petua untuk melengkapi keperluan si manja di dalam kandungan. Antara memperbanyakkan membaca Al-Quran. Ini kerana amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada baby dalam kandungan. Juga jaga percakapan walaupun anak masih di dalam kandungan kerana anak boleh mendengar walaupun dalam rahim lagi.
4. Ubah sikap
Bila anak dah lahir, ubah perangai buruk yang lama kerana anak adalah peniru terhebat sikap ibu bapanya. Ia adalah salah satu cara mereka belajar. Tapi, ada juga perkara yang tak sepatutnya ditiru. Oleh itu, ibu bapa menjadi contoh tauladan terbaik buat anak dari segi solat, akhlak, membaca Al-Quran, percakapan dan melakukan aktiviti yang bermanfaat setiap hari bersama anak seperti membaca buku dan melukis.
5. Elak makan bergula tinggi dan makanan segera
Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast food dan junk food. Makanan sebegini boleh menyebabkan menganggu kepintaran anak.
6. Kawal emosi
Anak-anak ini pelbagai ragam. Sebagai ibu bapa, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk mengatasi kanak-kanak sebegini. Ibu bapa, perlu kawal emosi bila berhadapan dengan karenah anak kerana anak bukannya beban tapi anak adalah ujian yang mendatangkan pahala jika betul cara mengendalikannya.
7. Amalan membaca Al-Quran
Setiap ibu bapa tentu punya impian anak-anaknya gemar membaca Al-Qur’an. Jadikan ia budaya di rumah sendiri. Amalkan membaca Al Quran setiap hari walau sekadar sebaris ayat. Amalan membaca al Quran hendaklah diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Kerap membaca Al-Quran didepan anak. Walaupun anak buat macam tak kisah tapi sebenarnya mereka simpan memori tu dalam otak mereka.
8. Makanan berkhasiat
Semua ibu bapa inginkan anak yang cerdas dan bijak. Setiap yang kita ajar, mudah sahaja mereka faham dan praktik Pemakanan sihat dan berkahsiat bermaksud mengambil hidangan seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan utama untuk perkembangan otak yang optimum.
9. Pujian buat anak
Banyakkan pujian penghargaan pada anak. Itu juga salah satu bentuk doa apabila anda mengeluarkan kata-kata yang postif buat dirinya. Memberi penghargaan seperti pujian, pelukan, dan ciuman akan memberikan kebanggaan kepada anak. Apabila hendak memberi pujian pada anak, pilihlah kata-kata yang sederhana, jelas dan spesifik.
10. Doa khusus
Mendidik anak supaya menjadi seseorang yang lebih baik akan menjadi lebih sempurna apabila disertai dengan doa khusus buat dirinya. Selepas solat lakukan doa khusus untuk anak kita tiap-tiap hari. Lagi berkesan kalau doa sambil sebut nama penuh anak kita, di depan mereka. Biar mereka mendengar nama mereka disebut di dalam doa anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.