Jumaat ini, kita semua akan menyambut bulan yang mulia, pastinya bulan Ramadan. Namun kali ini berbeza apabila kita semua duduk di rumah bersama keluarga kerana PKP untuk menamatkan rantaian covid19.
Untuk memastikan masa bersama berkualiti dengan keluarga di bulan ramadan dipenuhi dengan ibadah dan aktiviti bermanfaat, pastinya perlu ada perancangan atau check list.
Sebagaimana menerusi FB ini, telah berkongsi rancangan jadual harianua semasa di bulan Ramadan dalam tempoh PKP.
Ikuti perkongsian ini.
JADUAL HARIAN
Sudah merancang Jadual harian keluarga sempena PKP dan Ramadhan bakal tiba?
Sekadar ingin berkongsi disini, mudah-mudahan dapat dijadikan rujukan buat ibu bapa agar masa yang berlalu tidak merugikan.
𝑪𝑨𝑫𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑱𝑨𝑫𝑼𝑨𝑳 𝑯𝑨𝑹𝑰𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑳𝑼𝑨𝑹𝑮𝑨
Ads
5.00 am Qiamullail berjemaah
5.30 am Hafaz Juz 30/ Sahur Berjemaah
6.00 am Subuh Berjemaah +Istighfar 100x + Asmaul Husna + Al Mathurat + 11 Ayat AlQuran / Semak bacaan Al Quran anak
7.00 am Rehat/ Kemas Rumah bersama/ Senaman Ringkas bersama
SOLAT DHUHA
8.00 am Mandi dan Dhuha Berjemaah + Tadarus Al Quran + Ulangkaji Tajwid
9.00 am Suami Fokus Kerja + Anak buat latihan sekolah
12.00 pm Berehat + Khailullah
Ads
1.18 pm Zohor Berjemaah + Sambung kerja + latihan sekolah
4.30 pm Asar Berjemaah + Al Waqiah + Al Mathurat
5.00 pm layan anak main basikal depan rumah + mandi kolam (buat aktiviti anak merasai seronok ada ayah dan ibu. Menjadi teman, kawan, senang kata sampai anak suka la 😁)
WAKTU BERBUKA PUASA
6.30 – 7.30 pm Makan petang / Berbuka Puasa
( Suami masak la bersama-sama isteri baru rahmat dan kasih sayang Allah mencurah-curah turun)
7.45 pm Maghrib berjemaah + Hafazan Al Quran + Bacaan Tafsir @ buku ILmiah
Ads
TERAWIH BERSAMA KELUARGA
8.35 pm Solat Isyak berjemaah + Solat Terawikh + Al Mulk
9.20 pm teman anak tidur sambil membaca buku. Ia kajian menunjukkan bacaan sebelum tidur sangat memotivasikan diri keesokan harinya.
Ke 2 didik keluarga tidur awal mudah untuk bangun awal pagi
10.00 pm – 12 pm Kalau saya siapkan kerja-kerja Takaful untuk diupload di FB, youtube dan blogspot keesokan harinya.
Kalian terpulang aktiviti yang janji ada faedah dan manafaat.
INGATlah buatlah kebaikan setiap hari,
Kerana kematian itu pasti,
Saat kunjung tiba penuh misteri,
Sentiasa bersedia agar Syurga menanti.
Ada yang mengatakan, anak perempuan cenderung lebih rapat dengan si ayah berbanding ibu. Malah ia membawa ke alam dewasa dan berumah tangga, sifat itu kekal dan tak pernah hilang.
Bagi si ayah pula ada kalanya tidak senang duduk apabila si anak perempuan jatuh sakit. Dia ditatang bak minyak yang penuh. Sebab itu, segala kebaikan ayah akan dikenang si anak dan sentiasa menjaga hubungan ayah dan anak perempuan ini.
Bahkan, ayah juga menjadi role model pada anak perempuan selain ibu. Segala tingkah laku ayah ini akan diikuti si anak hingga besar. Malah, jika ayah berjaya mencapai sesuatu anak juga ingin berjaya seperi ayahnya.
Demikian betapa utuhnya kasih sayang dan hubungan anak perempuan dan si ayah. Kerana itu, figura seorang ayah cukup penting dan wajib ada dalam melengkapi rumah tangga.
Hadamkan perkongsian saudara Ammar Kamilin tentang pentingnya ‘5C’ yang perlu si ayah usahakan untuk anak remaja perempuan.
“Dia macam ada masalah dengan ayah dia. Ayah dia terlalu sibuk, sampai tak sempat bercakap dengan dia.
Mula-mula dia tak kisah sangat. Dia faham, ayah dia bekerja untuk sara keluarga. Tapi, lama-lama dia macam kecil hati, sebab dengan abang dan kakak dia, ok je ayah dia layan. Dengan adik-adik dia pun ok.” Panjang lebar dia bercerita.
“Tapi, pelajaran dia di sekolah, elok kan. Tak silap abah, ‘Top 5’ lagi.”
“Itulah. Pelajaran dia masih ok. Tapi, itu tahun lepas. Kebelakangan ni, dia macam banyak berkhayal dan tiba-tiba menangis. Risau juga, takut dia ‘stress’ dan ‘effect’ pelajaran dia.”
Abah hanya mengangguk-angguk. Mengenangkan karakter rakan perempuan yang dia diceritakan.
Abah memang biasa dengan kebanyakan rakan-rakan dia. Hampir satu kelas pernah bersembang dan bergurau mesra dengan abah.
Kebiasaan, semasa mengambil dia di depan sekolah, sempat juga menyapa mereka dan mengambil hati dengan soalan-soalan bertanya khabar.
Ada antara mereka pernah datang ke rumah untuk buat tugasan sekolah dan belajar bersama.
Rakan yang diceritakan ini pernah bertandang ke rumah. Sudah pasti, perasaannya lebih berat apabila terkenang ujian yang sedang dilalui anak remaja ini.
Abah tidak pasti apa yang difikirkan oleh bapa-bapa sehingga ada antara mereka ‘terlepas pandang’ perasaan anak remaja perempuan.
Dalam kes anak ini, dia berada di ranking tengah dalam susunan adik beradik. Dia memiliki kakak dan abang yang hampir dewasa, juga memiliki adik-adik kecil di bawahnya.
Abang dan kakak sudah boleh membawa diri, walaupun tidak dipeduli si ayah.
Adik-adik masih dijaga dan dikawal oleh ibu.
Lalu dia yang di tengah-tengah, seperti terabai. Masih di peringkat awal remaja, tetapi dibiar keseorangan berdikari.
Saya tidak mendabik dada, konon bapa sempurna. Ada masa terlupa juga.
Apabila cerita begini diceritakan oleh anak, ia seperti ‘alarm’ yang mengingatkan diri sendiri supaya kekal berada di sisi anak remaja, terutamanya perempuan.
Walaupun, umumnya, mereka lebih rapat dengan ibu, tetapi ada sisi seorang bapa yang masih mereka perlukan (bagi yang punya bapa).
Para bapa, tanya diri, bila kali terakhir kita benar-benar memperuntukkan masa khusus untuk anak remaja perempuan?
Tanpa ada abang, kakak, atau adik-adik bersama mereka.
Mereka perlukan masa ‘berkualiti’ bersama kita. Mereka tidak akan berbincang isu-isu ‘dewasa’ sekiranya wujud terlalu ramai gangguan di sekeliling mereka.
Macam anak remaja perempuan saya, dia cukup tidak selesa apabila mahu mengadu sikit, adik-adik terlopong mendengar bersama-sama di sebelah abahnya. Dia terus ‘turn off’. Di rumah, memang ruang itu hampir tiada.
Lalu, dia memilih untuk banyak diam. Yang ruginya, saya sebagai bapa. Tempoh paling kritikal perkembangan seorang remaja, tidak dapat dikongsi bersama.
Tetapi, Allah ilhamkan ruang yang saya tidak nampak sebelum ini sebagai ‘sesi berdua berkualiti’ bersama dia.
Waktu pergi dan balik sekolah setiap hari di dalam kereta.
Hanya itu waktu kami boleh bercakap berdua sesuka hati tanpa didengari sesiapa.
Jika sebelumnya, waktu itu dia isi dengan tidur selenanya. Sekarang, seboleh mungkin saya isi dengan aktiviti yang menghalang dia tidur.
Waktu itulah, saya mendapat pelbagai cerita dari sudut pandang seorang remaja perempuan. Saya boleh kata, bukan mudah mengumpan mereka membuka mulut. Kita perlu dapatkan ‘kepercayaan’.
Bagaimana?
Pastikan, waimma satu patah perkataan yang mereka sebut, tidak disampaikan pada orang lain. Sekali mereka terdengar kita ‘tercerita’, kepercayaan akan hilang. Membina semula kepercayaan, perlukan usaha berkali ganda.
(cerita rakan tadi, dicerita atas keizinan)
Sesekali dia tertidur semasa saya memandu, saya renung wajah anak perempuan remaja ini.
Dia makin dewasa.
Budak kecil yang saya letak dalam bakul motor dan bawa meronda waktu petang, sudah ‘tiada’.
Budak kecil yang meradang jika saya sorokkan bantal busuknya sudah ‘tiada’.
Budak kecil yang memeluk kaki saya dan minta didukung, sudah ‘tiada’.
Budak kecil yang setiap hari menyanyi riang lagu ‘Barney and friends’ dan memeluk saya sebagai Barney, sudah ‘tiada’.
Tahu-tahu, stereng kereta basah disebabkan tangan yang mengesat airmata terus hinggap padanya.
Begitu saya hiba, kerana,
Budak kecil yang setiap masa dulu, sebelum tidur mahu abah bacakan kisah-kisah Nabi dalam Al-Quran, sudah tidak perlukan abah untuk memeluk dia sebelum tidur.
Dia sudah remaja. Menuju dewasa.
Semuanya telah lepas. Yang tinggal, kenangan.
Sedang saya hiba,
Kepalanya menunjal-nunjal batang gear manual kereta Myvi yang sedang bergerak.
‘Hai anak. Abah tahu nak tukar gear. Tak perlu tanduk gear abah ni.’
Saya tersenyum dalam leleh airmata. Menolak perlahan kepalanya ke tingkap. Penat sangat agaknya.
Dia bukan tak perlukan abah. Cuma, keperluannya sudah berbeza.
Dia sudah tak perlu didukung, tetapi dia mahu seorang abah yang mendorong.
Dia tak perlu pencerita, tetapi dia mahukan seseorang untuk bercerita.
Dia tak perlu bantal busuk, tetapi dia perlukan seseorang yang boleh menenangkan dia dalam sukar, sama seperti fungsi bantal busuk pada dirinya dulu.
Bapa.
Ini bukan cerita anak saya saja. Cerita anak remaja kita jua.
Usahakan ‘5C’ pada anak remaja perempuan.
1. Cakap – Bapa kena selalu bercakap dengan anak perempuan. Jangan biarkan sehari berlalu dalam hidup kita tanpa sepatah perkataan untuk dia. Dia perlu tahu, dia masih ada tempat dalam hidup ayahnya. Dia perlu rasa ‘visible’ di mata ayahnya.
Anak perempuan yang sunyi dari suara ayahnya, cenderung mencari suara lelaki lain untuk mengisi kekosongan itu.
Mahukah begitu, wahai ayah?
2. Cakna – Bapa perlu ambil tahu, apa keperluan anak perempuan. Terutama apabila mereka baligh. Mereka sudah mula mempunyai hormon yang dirembes mengikut kitaran. Dia akan berperangai saling tak tumpah seperti ibunya. Haruslah, mereka sedang menuju dewasa. Jadi, emosi mereka, bapa perlu cakna (ambil tahu).
3. Calm – Bapa perlu sentiasa tenang dalam menangani anak perempuan. Tunjukkan pada mereka, kemampuan kita mengawal emosi, barulah mereka dapat meniru yang baik daripada kita.
Ada masa kita betul, ada masa mereka juga mungkin betul.
Elakkan panas baran tak tentu hala. Maki sesedap rasa. Mereka akan takut dan menjauhkan diri.
Tahu kan, statistik menunjukkan ramai lelaki di rumah orang-orang tua? Elakkan daripada puncanya kerana perangai kita yang mudah ‘naik hantu’.
4. Ceria – Bapa perlu menunjukkan sisi ceria seorang ayah. Ayah perlu dilihat ‘jinak’ oleh anak perempuan supaya mudah didekati. Tiada siapa yang berani dengan ayah yang bengis 24 jam.
Kalau pun tidak pandai berhumor, tunjukkan kita mampu ketawa. Kalau mampu ‘gila-gila remaja’, itu lebih mereka suka, kerana kita ‘match’ dengan mereka.
Ya, perkara serius, kita perlu kekal serius. Bercanda mengikut kesesuaian ya.
5. Cinta – Ini yang terpenting bagi saya, tetapi diletakkan terakhir supaya tidak dilupakan.
Bawa anak remaja perempuan mencintai Allah. Cari ruang menjadi imam untuk mereka. Ambil peluang bercerita kisah-kisah perempuan baik dalam sirah Islam.
Sentiasa ingatkan mereka, “Abah tidak selalu ada, tetapi Allah sentiasa ada dan dekat dengan kita. Mengadu dan meminta pada Dia. “
Satu lagi abah, Dalam masa sama, usah berhenti menunjukkan kasih sayang pada anak perempuan. Peluk dan cium mereka. Elakkan mereka kekok memeluk kita dek kerana lama tidak menyentuh mereka.
Dia, anak kita. Budak kecil yang kita buatkan susu dan tukar pampersnya. Masih budak yang sama, cuma dia sedang mendewasa. Jauh dalam hatinya, kita kekal abah dia. Sampai bila-bila.
-Ammar Kamilin- Bahu untuk anak perempuan bersandar.
Susu ibu atau susu badan sudah semestinya diketahui ramai bahawa ia merupakan susu yang terbaik untuk anak-anak. Ia mengandungi semua khasiat yang diperlukan oleh si manja untuk membesar dengan sihat.
Menyedari kebaikkan penyusuan susu ibu ini, ramai ibu-ibu komited membuat bekalan stok susu badan untuk bayi tersayang. Malah ada yang sanggup membeli set pam susu mencecah ribuan ringgit.
Bukan itu sahaja, kegigihan pam susu mengikut waktu secara berkala, hingga sanggup bangun tengah malam. Ada juga yang menjaga pemakanan agar susu kekal khasiat.
Lantaran itu, susu ibu bagaikan titisan emas yang amat bernilai bagi seorang ibu. Bayangkan susu yang telah di pam, tumpah atau rosak akibat salah penyimpanan. Hati ibu tentu pilu. Mana tak nya, membayangkan kegigihan diri dan bimbang bekalan stok berkurang untuk bayi.
Begitulah situasi yang dilalui oleh ibu ini melalui perkongsian di facebook suaminya yang juga turut menyokong penyusuan susu ibu.
Ikuti perkongsian ini.
Adakah ini belaku kepada semua emak atau hanya bini aku. Menangis sebab susu tumpah dalam bag.
Anak hairan perhati. Jangan la anak ambik perangai cengeng emaknya.
Kesian mama, sedaya upaya sediakan susu untuk anak.
Siapa lagi camni?
P/s : Saya memohon maaf bagi yg kurang senang dengan pos saya ni. Sy seorg suami yang sgt support breast feeding. Dan sy bantu wife sy uruskan baby dan simpan susu dia. Sy mmg selalu bergurau dgn isteri sy. Bagi yang kenal kami, tahu kami mcm mana. I love my wife & aafiyah.
Teruskan komited untuk melakukan penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada anak puan.
Sejak akhir-akhir ini, angka kes positif Covid-19 kian meningkat malah beberapa hari lalu merekodkan kes harian tertinggi sehingga 4,029 kes. Pada 22 Januari lalu pula 18 kes kematian harian tertinggi.
Angka sebegini mengundang duka betapa nyawa yang pergi pasti ditangisi ahli keluarga. Bahkan frontliners juga terkesan dengan situasi ini setiap kali mengendalikan pesakit yang dijangkiti tanpa mengenal usia.
Ikuti perkongsian Dr Ahmad Zakimi Abdullah atau juga dikenali sebagai Dr Zek mengenai pengalaman beliau mengendalikan pesakit Covid-19 peringkat 4 dan 5. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua.
CABARAN KENDALIKAN PESAKIT PERINGKAT 4 & 5
“Saya bantu pakcik ye”
Pakcik hanya mengangguk kepala. Tak mampu bercakap.
“Pakcik boleh dengar saya?”
Pakcik mengangguk lagi. Itu hanya termampu.
“Baik pakcik. Nanti saya bagi ubat bius supaya pakcik tidur ya.”
Pakcik kelipkan mata tanda setuju. Tercungap-cungap.
“Pakcik mengucap banyak-banyak ya. Pakcik ikut saya, La ilaha illallah Muhammad Rasulullah… “ arahku sambil memegang ‘bag valve mask’ yang sekitar mulut dan hidung pakcik.
Kelihatan mulut pakcik terkebil-kebil berusaha untuk mengucap. Allahu.
“Sekali lagi pakcik ya. Ikut saya… La ilaha illallah Muhammad Rasulullah… “
Aku akan ajarkan mengucap dua kalimah syahadah sebelum melakukan prosedur ini. Setiap kali.
Mata pakcik secara perlahan-lahan tertutup tanda pakcik sudah dibius sempurna.
Kemudian ‘endotracheal tube’ dimasukan kedalam trakea pakcik bertujuan untuk bantuan pernafasan.
Prosedur ini perlu dilakukan dengan cermat supaya tiada aerosolisasi terhasil. Jika ia berlaku, maka habislah aku dan staff-staff yang membantu aku dijangkiti. Benda tak boleh nampak.
Aku lakukan procedur intubasi keatas pakcik yang dijangkiti COVID-19 kerana pakcik sudah tak mampu bernafas sendiri. Perlukan bantuan ventilator.
Itulah tugas berat dan tanggungjawab yang aku pikul. Itu juga pengalaman merawat pesakit COVID-19 kategori 4 atau 5.
Setelah semua selesai, aku terus membuka PPE penuh dengan tatacara ‘doffing’ (membuang PPE penuh). Jika langkah atau tatacara tak sempurna maka aku akan dijangkiti. Benda tak nampak.
Seperti biasa, selepas selesai ‘doffing’ terus mandi.
Setiap kali melakukan prosedur ini pasti membuatkan aku insaf bertapa mudahnya kita bernafas udara di berikan percuma oleh Allah kepada kita.
“Bila nak berakhir pandemik COVID-19 ni. Aku dah tak larat.” Hanya bermonolog depan cermin.
5 KATEGORI SINDROM COVID-19
Klinikal sindrom COVID-19 ada 5 kategori;
Kategori 1 – tidak ada gejala Kategori 2 – gejala ringan Kategori 3 – bergejala & jangkitan paru-paru Kategori 4 – bergejala, jangkitan paru-paru dan perlu oksigen Kategori 5 – tenat, komplikasi organ-organ lain.
Biasanya hanya pesakit COVID-19 kategori 1 dan 2 saja akan dirawat atau dikuarantin di pusat kuarantin (mengikut polisi tempat masing-masing). Ada juga antara mereka di kuarantin di rumah dengan nasihat memantau kesihatan kendiri (juga mengikut polisi setempat). Mereka akan dinilai kembali pada hari ke 10.
Alhamdulillah, mereka dilindungi Allah. Mereka terselamat kerana dalam kategori 1 atau 2.
Jika pesakit COVID-19 Kategori 3, 4 dan 5, mereka akan dirujuk ke hospital, khususnya ke Jabatan Kecemasan untuk dirawat. Kemudian mereka akan dimasukan ke wad hospital COVID/hospital hybrid COVID yang diwartakan.
Cuba kalian bayangkan jumlah kematian 642 orang, 260 kes di ICU dan 103 kes memerlukan bantuan pernafas setakat ini. Jumlah itu bukan sedikit walaupun kadar kematian hanya 0.4% dari semua jumlah yang dijangkiti.
Cuba kalian himpun 642 orang berada di depan mata kalian. Bayangkan ada saudara mara kita sendiri dalam 642 itu. Bagaimana perasaan kalian?
Nyawa seseorang tak ternilai tinggi nilainya. Aku sebagai doktor, perasan kesal dan pilu setiap kali kehilangan seorang pesakit ditangan sendiri.
“Dan sesiapa yang menghidupkan (menjaga keselamatan hidup) seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya,” – Surah Al-Maidah, ayat 32.
Adakah jumlah itu sedikit di mata geng antivaksin atau pendokong konspirasi? Have you ever seen this category COVID patient once?
COVID-19, JANGAN PANDANG REMEH
Kepada sesiapa yang tak pernah menguruskan kes-kes atau pesakit COVID-19, mereka hanya banyak komplain. Itu tak kena, ini tak kena. PKP salah, vaksin salah. Semua yang kami lakukan semua tak betul dari pandangan mereka. Maka apa yang betul? Tiada pula cadangan yang dikira bernas dari mereka.
Tak percaya COVID-19, kau percaya pula teori konspirasi…
Tak percaya Vaksin, kau percaya pula produk teh entah dari mana boleh merawat segala…
Percayalah jika kalian sendiri menguruskan pandemik COVID-19 secara langsung maka kalian tahu tinggi rendahnya langit. Kalian akan tahu besarnya kuasa Allah.
Mohon sementara ni kita duduk rumah. kita tunggu vaksin tiba. Semoga kita dan keluarga kita dilindungi Allah.
Kami hampir maksima.
Sumber: Dr Ahmad Zakimi Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di