Ads

Tangisan Abang Sulung Doakan Adik Meninggal Dunia Undang Sebak Ramai

Perkongsian sebuah video yang memaparkan seorang abang sulung menangis ketika membacakan doa buat adik perempuannya yang telah meninggal dunia mengundang sebak ramai pengguna media sosial.

Momen penuh emosi itu menyentuh hati orang ramai apabila jelas kelihatan betapa mendalam rasa kasih sayang seorang abang terhadap adiknya yang telah pergi buat selama-lamanya.

Tangisan Abang Sulung Doakan Adik Meninggal Dunia Undang Sebak Ramai

Kanak-kanak berkenaan, Nur Khalishah Zahra Moha Khalib, 11, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Video tersebut dikongsikan oleh pihak pengurusan jenazah Mr Wan Cai menerusi media sosial dan segera menarik perhatian ramai. Dalam rakaman itu, abang sulung kepada arwah dilihat tidak dapat menahan tangisan sewaktu membacakan doa untuk adik kesayangannya.

Ads

Suasana menjadi lebih meruntun jiwa apabila bapa mereka dilihat memeluk dan menenangkan anak lelakinya yang sedang dilanda kesedihan.

Menerusi kapsyen yang disertakan pada video itu, pihak Mr Wan Cai memaklumkan bahawa abang sulung kepada anak syurga Nur Khalishah Zahra tidak dapat menahan sebak ketika membaca doa buat adiknya.

Perkongsian tersebut kemudian dibanjiri komen daripada orang ramai yang turut bersimpati dengan nasib keluarga berkenaan, selain menitipkan ucapan takziah dan doa agar mereka diberikan kekuatan untuk melalui ujian berat itu.

Ads

Antara komen yang ditinggalkan termasuk luahan seorang pengguna yang berkata, “Salam takziah, memang sakit untuk terima kehilangan orang yang kita sayang. Harap tuan bersabar dan tabah hadapi ujian ini.”

Seorang lagi pengguna turut menulis, “Arwah punya abang yang sangat hebat. Moga dia tarik tangan abang dia sekali masuk syurga bersama-sama.”

Ads

Luahan itu menggambarkan betapa ramai yang tersentuh melihat kasih sayang adik-beradik tersebut, apatah lagi dalam detik penuh pilu seperti itu.

Semoga roh Nur Khalishah Zahra dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Buat seluruh ahli keluarga, semoga diberikan ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi kehilangan yang amat berat ini.

BACA LAGI : Tangisan Ustazah Siti Nor Bahyah Di Majlis Perkahwinan Putera Bongsunya Undang Sebak

Sumber : Facebook Mr Wan Chai Official

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Ibu Cekal Besarkan 3 Anak Walau Dilahirkan Tanpa Kaki Dan Tangan

Kisah Wang Yushi ibu tanpa kaki dan tangan yang membesarkan tiga anak dengan penuh kecekalan menjadi inspirasi luar biasa kepada dunia.