Sejak penamaan calon PRU15, nama Datuk Sri Eizlan Yusof meniti di media sosial. Ini kerana namanya turut tercalon untuk Parlimen Sabak Bernam. Rupa-rupanya Dato Sri Eizlan Yusof ini pernah menjadi finalis Hero Remaja 1993/94.
Selepas itu, popularitinya berkembang menerusi lakonan drama dan filem serta bidang peragaan. Wajahnya yang kacak dan kulitnya yang putih menjadi sebutan ramai.
Mungkin ramai yang takt ahu, Dato Sri Eizlan pernah menyertai kumpulan Impression bersama Dato Sani Salleh dan juga Norman Hakeem.
Siapa sangka, wajah kacak yang sering dilihat di kaca televisyen ini rupanya aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Selain bakat lakonan serta wajah yang kacak, anak-anaknya turut menjadi perhati kerana mewarisi kecantikan dan kekacakan ibubapa mereka.
Menerusi perkahwinan pertama bersama Vie Shantie, Eizlan dikurniakan 3 orang anak dan bersama isterinya Datin Sri Natasha Rosa Baudville telah dikurniakan seorang cahaya mata.
Ads
Memulakan kegiatan seni menerusi pertandingan Hero Remaja, kini Dato Sri Eizlan Yusof bukan sahaja merupakan pengarah dan penerbit tetapi merupakan ahli perniagaan arang batu sejak 13 tahun yang lalu.
Dato’ Sri Eizlan Yusof dilihat sebagai contoh terbaik kepada masyarakat kerana walaupun menjalani haluan yang berbeza dengan bekas isterinya namun mereka dilihat tetap mengekalkan hubungan baik dan percaya bahawa kasih sayang terhadap anak-anak tidak wajar dibeza-bezakan meskipun sudah mempunyai keluarga lain.
Memetik temubual bersama Mstar,
“Walaupun saya ada anak bersama isteri sekarang dan dia (rujuk pada bekas isteri) pun ada anak dengan suaminya, tapi kami selalu cakap mereka ini lima beradik. Tidak mahu ada jarak antara mereka.”
Semoga ianya menjadi contoh bagi pasangan yang sudah berpisah untuk sentiasa mengekalkan hubungan baik demi anak-anak dan keharmonian bersama.
Sejak perlaksanaan PKP untuk mengelak penularan covid-19, ramai rakyat Malaysia mengalami impak. Malah ada yang kehilangan perkerjaan, pemotongan gaji dan cuti tanpa gaji. Namun ada yang kurang sedap didengar apabila ada mempersoalkan gaji kakitangan sehingga ada yang mencadangkan pemotongan gaji kepada kakitangan kerajaan ini.
Menerusi facebook, Rol Sham, beliau menyuarakan pendapatnya mengenai isu yang diperkatakan dan percaya kepada setiap rezeki kita ada rezeki orang lain.
IKUTI PERKONGSIAN INI
UNTUNGNYA ORANG KERJA SEBAGAI PENJAWAT AWAM GAJI JALAN?
Semenjak PKP ni ramai kata untunglah jadi cikgu gaji tetap jalan, untunglah kerja gomen walaupun apa berlaku gaji tetap jalan siap ada yang dapat bonus dan BPN lagi. Hutunglah.
Kan untungkan mereka sampai ada cadangan suruh pemerintah potong gaji penjawat awam agar mereka juga turut membantu dalam keadaan sekarang.
Sebelum saya lanjutkan coretan saya, izin saya kenalkan diri. Saya hanyalah rol sham penjual jalanan yang menjual kebab dan roti john bukan penjawat awam hanya berniaga kecil-kecilan di pasar malam dan pasar tani. Jelas ye. Nanti ada kata saya ni juga penjawat awam tu pro penjawat awam.
Pernah dengar tak “dalam rezeki kita ada rezeki orang lain”. Jadi itulah kisah yang saya ingin sampaikan.
1. Kenapa kita rasa amat cemburu terhadap penjawat awam? sebab gaji tetap jalan macam biasa.
2. Kenapa rasa mereka patut dipotong gaji agar dapat membantu keadaan sekarang ini.
Jawapan saya tidak perlu cemburu dan potong gaji mereka. Sebab dengan gaji mereka, mereka sedang membantu meningkatkan ekonomi peniaga kecil seperti kami.
Golongan manakah paling ramai membeli produk makanan kami sewaktu PKP atau sebelum PKP. Mereka penjawat awam bergaji kecil mahupun besar . Mereka ini yang selalu ke pasar malam berhenti beli sebab balik tak sempat nak masak mahupun keletihan. Bukan sahaja penjawat awam bahkan swasta yang bergaji kecil. Mereka inilah penyumbang besar ekonomi kami.
Kami pula membantu peruncit membeli stok daripada peruncit manakala peruncit membeli daripada pemborong dan pemborong membeli daripada perkilang.
Wahai peniaga semua berapa peratuskah pelanggan kita terdiri daripada T20?
Wahai peniaga semua berapa peratuskah pelanggan kita terdiri daripada peniaga lain?
Wahai peniaga semua berapa peratuskah pelanggan kita terdiri daripada penjawat awam?
Sepanjang saya berniaga tidak pernah lagi sekali sy dpt pelanggan daripada T20 (bukan sektor gomen ye) walaupun sebiji roti john berharga 5hinggit dan kebab 3hinggit. Tidak pernah.
Pelanggan saya banyak daripada penjawat awam, pekerja swasta m40, pekerja kilang, perkebun, pesawah dan majority adalah penjawat awam.
Tapi kenapa kita tidak rasa bersyukur apabila pemerintah kekal gaji mereka tanpa potongan. Kita perlu bersyukur sebab bila gaji penuh mereka tidak berkira-kira untuk berbelanja beli goreng pisang mak cik kiah ke nasi lemak pak maon ke atau juadah sampingan lain.
Namun jika gaji dipotong mereka akan mula berkira-kira kalau aku beli chicken chop harga 10hinggit aku tambah lagi berapa ringgit dpt beli ayam seekor atau beras 5kilo lagi berbaloi kena jimat ni gaji dah kena potong.
Nampak minda mereka akan berubah. Jadi apa berlaku pada peniaga micro makin lama makin hilang pelanggan dan akhirnya terpaksa tutup.
Gaji mereka dapat mereka tidak akan simpan pasti ada sikit untuk berbelanja. Jadi kenapa kita harus cemburu.
Dengan pemotongan gaji penjawat awam adakah ia membantu menaikkan jualan kita?
Jika ye kenapa dari sebelum PKP ada pejuangan gaji minima sepatutnya tidak perlu gaji minima kan. Saya bukan nak membela penjawat awam atau kakitangan swasta bergaji penuh tanpa potongan. Tapi mereka adalah antara penyumbang pembangunan ekonomi kecil.
Macam saya sekarang dimusim PKP kebanyakan customer saya adalah guru, polis, misi, pekerja kilang, pekerja sektor dibenarkan buka kebanyakan daripada mereka kalau penduduk kampung ada, mereka beli tapi kena jimat jugalah sebab punca pendapatan mereka terjejas saya faham itu.
Jadi yang berikan cadangan atau pihak yang cemburu itu dah lihat ke jualan kita harini berapa peratus daripada golongan penjawat awam yang dipersoalkan hutunglah gaji jalan.
Tak rasa bersalahkah?
Masing-masing ada tanggungjawab masing-masing, jadi berhenti merungut dan terus berusaha. Alhamdulillah hariini roti john sy tak banyak jual tp still bersyukur masih ada duit masuk. InsyaAllah esok mungkin ada lebih sikit untuk hari ini jom kita bersyukur jika pun hanya RM 1 sahaja yang masuk. Kerana itu bukan rezeki daripada pembeli atau pemberi tapi itu adalah rezeki daripada Allah.
Sekian #abgkebabmenulis bagi yang tidak sependapat dengan saya, saya mohon maaf. Saya hanya luahkan sikit rasa sahaja.
“Dalam Gaji Mereka Ada Rezeki Kita”
Kredit : Rol Sham
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Peti sejuk ruang menyimpan makanan yang harus dijaga dari sebarang kekotoran bagi menghindari kuman atau serangga seperti lipas masuk ke dalam.
Nampak leceh dan banyak kerja, tetapi sebenarnya bukan susah pun jika anda mahu bersihkan peti ais. Cuba tip mudah ini untuk membersihkannya dengan cara yang betul.
Sebelum itu, pastikan keselamatan diutamakan. Tutup suis plag peti sejuk dan cabut wayarnya terlebih dahulu apabila hendak mencucinya. Jangan membahayakan diri memulakan pembersihan semasa suis masih ‘on’. Anda mungkin akan terkena kejutan elektrik dan boleh membawa maut.
Berikut cara mudah mencuci peti sejuk. Jom semak:
Keluarkan semua makanan yang ada dan letakkan dia atas meja atau diman-mana tempat yang sesuai. Jika ruang sudah kosong, cuba periksa jika ada sebarang kerosakan sebelum membersihkannya.
Kebersihan peti sejuk harus dijaga, jika tidak, kekotoran yang ada akan memberi kesan kepada makanan yang disimpan dan boleh menyebabkan serangga seperti lipas masuk ke dalam peti ais anda. Tak susah malah senang dan mudah sahaja untuk bersihkan peti ais anda, cuba lihat 6 tips bagaimana anda perlu bersihkan peti ais dengan cara yang betul. Mari kita lihat !
2. Buang Makanan Yang Sudah Berkulat Atau Tidak Elok
Perkara ini untuk mengelakkan peti ais anda berbau busuk. Jangan simpan makanan terlalu lama, ia akan menyebabkan keluarnya sejenis lendir yang mungkin akan susahkan anda untuk bersih peti ais tersebut.
3. Keluarkan Bahagian Tray Plastik / Kaca
Sementara menunggu ais melekat tadi cair, anda keluarkanlah rak lapisan demi lapisan atau bekas dari peti dan cuci dengan sabun terlebih dahulu serta bilaskan hingga kering.
Basuh dan cuci kesemua tray tersebut dengan sabun. Bilas sehingga anda pasti ia benar-benar bersih. Kemudian, lap dan keringkan satu persatu.
Setiap bahagian peti sejuk bersihkan dengan menggunakan kain. Kalau nak betul-betul bersih, guna 2 sudu the baking soda dan campur dengan satu cawan air panas. Jangan guna pencuci kimia, nanti akan menyebabkan peti ais anda berbau.
4. Susun makanan Ikut kesesuaian
Susun makanan mengikut kesenangan anda untuk mencapai makanan. Rak pertama biasanya sesuai letak buah-buahan, coklat dan sebagainya. Tray seterusnya letak makanan ikut kesesuaian jenis makanan. Pastikan jangan letak makanan basah di ruang tray tersebut.
5. Wangikan Peti Sejuk Anda
Gunakan esen vanilla untuk mewangikannya.kalau nak senang, guna je lemon. Untuk menimbulkan bau lemon, peras isi dan air lemon kemudian bekukan air lemon itu. Letak bahagian kulit lemon itu di dalam drawe atau di celah-celah tray tersebut.
6. Bersih Bahagian Luar Peti Sejuk
Tengok bahagian luar peti sejuk jenis material macam mana terlebih dahulu. Jika material keluli tak tahan karat, guna kertas tuala, jika untuk keluli tahan karat, bersihkan dengan kain microfiber bersama cuka putih dan sapu ke permukaan peti sejuk anda. dan akhirnya siap!
7. Tutup makanan
Jika terdapat makanan seperti daging, ayam atau ikan, sediakan bekas yang berisi ais yang banyak dan penuh lalu ditutup sementara mencuci peti ais. Begitu juga pada aiskrim, simpan aiskrim dalam satu bekas yang berisi ais yang banyak agar ia selamat dari cair.
8. Habiskan Makanan Tak Tahan Lama
Untuk minuman segera segar seperti susu segar, ia mungkin tidak boleh
disimpan lama setelah dibiarkan lama dalam suhu bilik. Anda dinasihatkan
menghabiskan minuman tersebut sebelum ia basi.
8 Buka Pintu
Buka peti ais di bahagian sejuk beku dan biarkan seketika supaya ais yang keras menjadi cair. Anda tidak perlu mencungkil ais dari peti atau menuang air panas.
9. Guna Berus Lembut
Setelah kering, cuci dengan menggunakan berus lembut agar peti anda tidak tercalar. Gunakan berus dengan sabun agar tempat menyimpan peti lebih wangi daripada bau busuk dan kotoran sisa bahan makanan.
10. Lap Bahagian bawah
Setelah siap mencuci dengan sabun, lap di bahagian atas peti dahulu. Pastikan air tidak menitik ke bawah lagi dan mengganggu proses mencuci di bahagian bawah peti. Kemudian, lap pula bahagian bawah peti dan pastikan tiada kotoran dan habuk melekat di setiap sudut peti.
Setelah siap. barulah masukkan semula rak atau bekas mengikut lapisan asal peti. Kemudian, suis ‘on’ semula peti tadi dan biar peti sejuk seketika sambil semua pintu ditutup.
Sumber: Erafm
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila hari raya, tentu anak-anak akan dapat sejumlah duit raya yang banyak daripada pemberian saudara mara, ibu bapa dan nenak dan atuk di kampung. Malah apabila dikumpul anak-anak akan mendapat sejumlah wang yang banyak.
Melalui perkongsian ini, isu duit raya anak dibincangkan mengenai apa yang ibu bapa harus lakukan.
“DUIT RAYA ANAK IBU BAPA BUAT APA?”
“Tiap kali raya…. ayah akan ambil duit raya Amir…. Mula mula ayah cakap nak simpan… tapi bila tanya balik ayah cakap duit dah habis guna beli barang rumah….. Kawan kawan Amir semua ada duit raya… Tapi Amir tak”
Amir, anak kecil berusia 6 tahun.. sy interviewnya semalam… sepanjang life merasa raya… Amir usually dapat hampir 600 ringgit disebabkan Amir ada ramai ibu & ayah sedara….. disebabkan tu Amir memang ‘kaya’ setiap kali raya & setiap kali itu jugalah.. ayahnya ‘kebas’ duit Amir ?
Pengakuan ini juga dibuat kakak Amir, yang juga melalui perkara sama sejak 12 tahun lalu…. duit mereka digunakan ibu ayah sendiri demi kepentingan diri.
“Mak akan guna duit untuk bawa kami makan makan & beli perabot rumah… kalau ayah dapat.. ayah guna duit untuk bayar bil bil rumah…. & sampai hari ni saya tak beli apa apa pun macam kawan kawan yang lain…. ” – Amira
Janganlah spoilkan dunia kanak kanak anak ini… biarlah mereka menikmatinya…
Dalam kes ni… Amir & Amira masih kecil… thats y diorng terasa… if anak2 yg dh sedikit besar & mudah faham.. insyaAllah diorng faham keperluan & kehendak ibu ayahnya.
Pengajaran untuk terus menjadi ibu ayah hebat… fakta mengenai DUIT RAYA ANAK. 1. Haram bagi ibu ayah yang menggunakan duit raya anak utk kepentingan peribadi. 2. Anak anak tidak tahu menguruskan duit… so ibu ayah bertanggungjawab sebagai pemegang amanah sehinggalah mereka pandai menguruskannya sendiri. 3. Katakan terdesak…. ibu ayah boleh meminjam.. SYARATNYA gantikan kesemua duitnya kembali. 4. “Walaupun dalam keadaan terdesak sehingga memudaratkan anak seperti membayar bil elektrik kerana bimbang dipotong, namun ibu & ayah perlulah menggantikannya semula ” – Ustaz Azhar Idrus
Tipsnya : 1. Sampul/beg khas : Sepatutnya sebelum hari raya… ibu@ayah dah boleh siapkan 1 beg khas untuk anak. kalau anak ramai letakkan nama & bila dpt duit raya masukkan siap2 ke dalam beg mereka… 2. Pegang niat – Ketahuilah… dengan duit2 raya anak ibu&ayah boleh membuat pelaburan buat mereka. & sesungguhnya pelaburan untuk masa depan ini sangatlah penting berbanding ‘enjoy’.
Moga perkongsian ini menjadi iktibar bersama agar kita menjadi ibu bapa yang menjadi teladan kepada anak-anak dan bukannya mengambil kesempatan ke atas anak-anak. Moga muhasabah diri.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.