Kisah mengenai pasukan bomba bertubuh sasa menjadi perhatian ramai sejak sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.
Dek kerana tular, ramai yang berminat untuk mengetahui lanjut mengenai kehidupan pasukan bomba. Bahkan terbaru sebuah video parodi telah menjadi tular apabila memaparkan suasana bilik operator kecemasan 999 selepas hari Merdeka.
Memang tak kering gusi buat yang menonton video berkenaan. Dengan durasi 6 minit 10 saat dengan tontonan 544K.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
VIDEO: Suasana Bilik Operator Kecemasan 999 Selepas Hari Merdeka. Semua cari Abam Bomba
Permulaan video memaparkan seorang operator sedang menjawab beberapa pertanyaan daripada pemanggil.
Permintaan pemanggil membuatkan ramai yang tidak kering gusi.
Ads
Ikuti lanjut video berkenaan.
WARGAMAYA TERHIBUR
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, wargamaya terhibur dengan parodi berkenaan.
Adik beradik susah kita bantu, jangan pula pulau, hina, jauhkan diri. Dalam kehidupan, tidak semua orang dilahirkan dengan nasib yang sama. Ada kalanya, adik-beradik kita sendiri menghadapi kesulitan dalam hidup. Mereka mungkin berdepan dengan masalah kewangan, kesihatan, atau cabaran lain yang membuatkan hidup mereka menjadi sukar.
Dalam situasi sebegini, adalah penting bagi kita untuk menghulurkan bantuan dan bukannya meminggirkan atau menjauhkan diri daripada mereka. Bantuan yang kita hulurkan kepada adik-beradik yang susah boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Apabila seseorang merasa disokong oleh keluarganya, ia boleh mengurangkan tekanan emosi dan memberikan mereka kekuatan untuk menghadapi cabaran. Adik-beradik yang susah adalah tanggungjawab kita untuk bantu, bukannya untuk dipinggirkan.
Adik Beradik Tak Sama
Kata orang, walau dari rahim yang sama, namun tiap anak tak sama sikap dan juga kebolehan. Ada anak yang dikurniakan akal yang cergas dan bijak, ada anak yang sederhana saja.
Begitu juga dalam kehidupan mereka setelah dewasa. Ada yang lebih cemerlang, bergaji besar dan mampu hidup mewah. Ada juga yang mungkin hidupnya ala kadar saja. Yang hidup seadanya, nak bermewah jauh sekali!
Pandang Rendah
Yang sedihnya, ada di kalangan adik-beradik sendiri yang pandang rendah dengan adik-beradik yang lebih susah hidup mereka. Nak bantu, memang jauh sekali! Kalau sama-sama balik kampung, bersembang pun ala kadar je. Belum lagi bab layan anak-anak saudara yang susah tu. Buat tak tahu je dan tak mesra langsung.
Belum lagi bab mengumpat dan mengata yang susah tu! Ada je yang tak kena di mata si kaya. Alahai! Kenapalah ada yang berperangai macam tu. Takkan dengan darah daging pun nak pilih kasta?
Bantu Adik-beradik Dulu Sebelum Bantu Orang Lain
Ada yang hidupnya senang, suka menderma sana sini. Tapi, dengan saudara kandung sendiri berkira. Kalau tengok ada yang susah, memang takkan ditolongnya. Lagi afdal tolong orang-orang terdekat dengan kita dulu. Nak kejar pahala, tapi peluang rebut pahala di depan mata diendahkan. Nak bagi sedekah, bagilah pada adik-beradik dan saudara mara yang susah dulu. Ini tak, sibuk dengan bantu orang luar.
Adik Beradik Ada Yang Rasa Rendah Diri
Biasanya adik-beradik yang susah akan ‘sedar diri’. Dia tahu kalau dirinya orang tak berapa suka. Mesti dia akan pinggirkan dirinya. Tak sedih ke tengok keadaan tu? Sepatutnya, yang kayalah kena sentiasa tanya khabar dan dekati yang lebih susah. Hulurkan bantuan sewajarnya.
Besar pahala bila tolong saudara kandung sendiri yang susah. Dapat pula kukuhkan ikatan silaturahim kita. Kata orang, cubit paha kiri, paha kanan pun rasa sakit. Sepatutnya, kalau tengok ada saudara kandung yang susah, kita kena jadi orang pertama yang hulur bantuan.
Apa gunanya kita berbuat baik dengan orang lain sedangkan dengan saudara kandung sendiri kita pandang sebelah mata je? Kita juga kena ingat, mak ayah kita juga pasti gembira melihatkan anak-anaknya mampu hidup dalam keadaan rukun dan harmoni.
Kita beruntung ada banyak jenis hidangan nasi. Bila pergi kenduri, tak selalunya orang hidang nasi minyak. Ada yang hidang nasi hujan panas, nasi tomato termasuk nasi mandy walaupun bukan menu Melayu.
Kadang-kadang teringin nak rasa menu nasi yang tak pernah cuba lagi. Ala thai, ala arab atau ala china? Eh tapi semua tu ada ke menu untuk nasi? Tentu lah semua bangsa pon ada menu nasi tersendiri termasuklah mat salleh kan.
Kalau nak cuba menu baru boleh cuba menu nasi khomok. Apa tu nasi khomok? First time dengar ke? Nasi khomok ni berasal dari Thailand atau Siam. Maksud nasi komok ini adalah nasi beriani siam. Aromanya cukup wangi, rasanya apatah lagi sedap sungguh ni.
Biasanya orang Kelantan dah pernah makan. Tambah lagi yang selalu pergi jalan-jalan di kawasan Golok dan Rantau Panjang. Haa dah dengar penjelasan ni tak terliur ke nak cuba? Jom kita cuba resepi yang dikongsikan di bawah.
BAHAN-BAHAN:
-Ayam dipotong, cuci bersih dan kemudian toskan
BAHAN PERAPAN AYAM:
-4 batang serai
-Ketumbar
-Kunyit hidup & serbuk
-1 labu bawang putih
-Halia
-1 sudu tepung gandum
-Sedikit pewarna merah
-Sedikit garam secukup rasa
CARA MEMASAK AYAM:
-Kisar bahan perapan dan gaulkan pada ayam
-Biar perap selama satu jam dan goreng ayam
BAHAN NASI KOMOK:
-1kg beras basmati yang dibersihkan kemudian toskan
-Serbuk nasi komok (boleh beli di pasaraya & tambahkan sedikit serbuk kunyit)
-Kulit kayu manis
-Bunga lawang
CARA MEMASAK NASI:
-Tumiskan bahan dalam periuk sampai naik bau
-Masukkan ayam 2-3 ketul untuk keluarkan air ayam dan masukkan air ikut sukatan beras
-Letak gula, garam atau secukup rasa
-Akhir sekali masukkan beras dan tutup periuk tunggu nasi tanak
BAHAN REMPAH NASI KOMOK (JIKA TIDAK ADA REMPAH YANG SEDIA ADA):
-2 sudu serbuk kurma ayam atau daging
-1 sudu serbuk kunyit
-1 sudu serbuk jintan manis
-1 sudu serbuk jintan putih
-1/2 sudu serbuk kayu manis
CARA MENYEDIAKAN:
-Satukan semua rempah
BAHAN-BAHAN SOS/PENCICAH:
-3-4 ulas bawang putih
-4 biji cili merah
-5-6 biji cili padi
-Akar daun ketumbar
-Sedikit garam
-Gula
-2 sudu cuka
-Air
CARA SEDIAKAN SOS:
-Kisar halus semua bahan-bahan
-Panaskan atas dapur biar sampai pekat dan tabur daun ketumbar
Sebagaimana perpatah mengatakan, anak adalah cerminan ibu bapa. Setiap perlakuan ibu bapa akan menjadi teladan kepada anak-anak. Mereka akan meniru apa yang dilakukan oleh ibu bapa.
Jadi untuk menjadikan anak kita seorang yang baik, kita harus cermin diri kita, adakah sikap kita baik dan sempurna sebagaimana yang kita inginkan kepada anak.
Senang cerita, bila ibu ayah beradab dan sopan, tentu anak begitu juga.
Begitu perkongsian oleh saudara Ws Adli W Muhammad . Moga kita muhasabah diri,.
Baru-baru ini saya dan isteri ke rumah kawan kami.
Sampai di rumahnya, kami berboraklah. Macam-macam cerita. Maklumlah lama tak berjumpa. Membawang pun ada haha.
Dah lama lepas itu, isteri kawan saya cakap pada suaminya “Ha bang, bolehlah ambil makanan di dapur tu. Karang berborak sampai lupa pula nak ajak makan”,
Dia orang berdua pergilah ke dapur.
Bila dia pergi, baru saya perasan, anak-anak dia kecil belaka. Tadi dia ada cerita anak dia jarak umur setahun dan dua tahun sahaja, tapi saya tak perasan.
Anak dia 5 orang.
Anak dia elok je duduk mendengar kami berborak. Adalah yang main, tapi tak lah bising mana. Tak ada gangguan pun.
Bila kawan saya dan isteri kembali ke depan, saya tengok banyaknyalah dia bawa makanan. Air sampai 4 jag. Huhu.
Masa nak makan, dia ajak semua anak-anak dia makan sekali dengan kami. Elok je anak-anak dia. Tak bising, cukup beradab.
Anak-anak dia bagi laluan ke kita dahulu untuk ambil makanan. Saya ada suruh anak dia ambil dulu, si abang dan kakak tersenyum, kemudian si abang berkata “Tak apa, pakcik ambil dulu. Hehe”.
Mak dan ayah dia tersenyum.
Selepas itu kami pun makanlah bersama. Cukup meriah, suasana ceria dan sudah pasti kami ralit memandang kepada anak-anaknya yang sedang makan. Beradab sungguh.
Habis makan, saya cakap kepada kawan saya “Bagus betul anak-anak awak. Baik belaka kelakunya”.
Dia senyum, kemudian berkata “Itulah Wan. Aku dan isteri didik dari kecil. Ramai-ramai ni, puas juga. Hihi.
Tetapi semua tu bermula dari kita”.
Kemudian dia menyambung cerita bagaimana dia mendidik anak-anaknya. Antara yang dikongsikannya:
1. Katanya, anak dia dulu suka cakap kuat-kuat. Puas dia nasihat kepada anak dia, bila bercakap jangan bersuara kuat.
Anak dia membalas, katanya abah dan mama pun cakap kuat-kuat huhu. Lepas pada itu, dia orang cakap tak kuat dah. Anak cakap kuat lepas tu, kenalah tegur hihi.
2. Anak dia bergaduh depan dia. Bila dileraikan dan minta mereka diam, pernahlah si abang membalas “Abah tu bergaduh dengan mama boleh pula? Siap jawab-jawab lagi”.
Terkedu juga dia kata bila kena begitu. Selepas itu bila ada perselisihan antara dia dan isteri, mereka selesaikan di tempat tertutup tanpa pengetahuan anak-anak dan tak tunjuk dah depan anak-anak.
Anak-anak yang bergaduh pula selepas tu, siaplah dendanya. Tetapi tidak menyakitkan badan mereka. Kena hafaz surah yang banyaknya.
3. Semasa makan, memang dulu huru hara dia kata. Huhu. Ya lah, umur pun tak jauh jarak bezanya. Macam-macam ragam.
Jadi dia buat peraturan, selagi tak duduk sama-sama, selagi itulah semua tak dapat makan. Alhamdulillah katanya, anak-anak dia cukup berdisiplin semasa makan.
Bawa pergi tempat kenduri pun terikut-ikut cara di rumah.
4. Dia kata, cara dia dan isteri muhasabah diri dalam mendidik anak-anak adalah dengan cara melihat wajah anak-anak mereka ketika anak-anak sedang tidur.
Semasa mereka tidur katanya, wajah anak-anak kita comel sungguh dan menyentuh perasaan kita. Semasa itulah, dia dan isteri kenangkan kembali apa yang telah berlaku seharian.
Jika ada yang kena marah, kena tegur, dia orang semak kembali betul ke tak betul caranya.
Jika ada yang jarang berborak hari itu, esoknya akan diajak berborak lebih dari hari semalam.
Begitulah.
Ketika kami nak balik, anak-anaknya hantar kami sampai ke luar. Berdiri elok sama-sama dengan mak dan ayah dia orang. Siap lambai semua hihi.
Baik sungguh pekerti.
Sejuk hati.
Kredit: WS Adli W Muhammad Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di