Menderita sebagai pesakit covid-19 selama 21 hari, bukanlah suatu pengalaman yang boleh dilupakan begitu sahaja. Ia ibarat detik hitam dalam hidup, apatah lagi bila mana seisi keluarga turut dijangkiti. Terasa begitu berat untuk ditanggung.

Inilah yang berlaku dalam hidup lelaki ini yang berkongsi cerita mengenai detik memilukan dan menyedihkan yang dilalui oleh dirinya dan keluarga di laman Tik Tok. Bila mana memandangkan dua orang anaknya yang masih kecil turut disahkan positif Covid-19, ramai tersentuh hati.

Pun begitu, syukur Alhamdulillah selepas anak-anak dan isterinya menjalani kuarantin dan raatan di hospital, akhirnya dibenarkan pulang.

Namun keadaan kesihatan pemilik akaun Tiktok @Ubaidullahjaafar ada menceritakan tentang paru-parunya hampir tersumbat dan hampir untuk ditidurkan di Unit Rawatan Rapi kesan daripada Covid-19.

Hari hari saya nangis mintak tolong dengan Allah, perbaiki paru paru, jangan tidurkan saya Ya Allah. Allah dengar doa saya yang banyak dosa ni.

Berkongsi perasaannya ketika itu, dia menangis memohon dengan Allah agar diberi kesembuhan dan terus berdoa dengan penih pengharapan.

Akhirnya selepas 21 hari terlantar di hospital, dia dibenarkan keluar wad. Pun begitu masih perlu membuat rawatan  susulan di hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Walaupun demikian, dia tetap bersyukur kerana Allah beri peluang untuk terus hidup dan menyifatkan ia seperti ‘keajaiban’ selepas melalui fasa kritikal sewaktu berada di wad.

@ubaidullahjaafarada yang hari emosi sy tak berapa okay.. Lagi lagi bila dr bagitau keadaan sy makin tak okay..♬ semangat ngontennya – dollar kuning

Selain tu, dia turut berkongsi beberapa simptom yang dialaminya sebelum disahkan positif Covid-19.

@ubaidullahjaafarKalau korang ada kena mcm ni, g swab test cepat2..♬ original sound – alsa

Dalam pada masa yang sama, dia menyeru kepada orang ramai untuk membuat pemeriksaan dengan melakukan ujian swab sekiranya mengalami simptom seperti demam yang tidak kebah hampir seminggu, batuk yang teruk dan kesukaran untuk bernafas.

IKLAN

Katanya lagi, Covid-19 ini memberi kesan kepada setiap individu tidak sama dan tidak boleh dijangka. Dia juga menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga diri, lagi-lagi individu yang berisiko seperti pesakit kronik, warga emas dan ibu mengandung.

Sumber : Tiktok @Ubaidullahjaafar

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

IKLAN

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club