Sayu Pandangan, Ayah Nabil Ahmad Meninggal Dunia, Wargamaya Ucap Takziah.

Hati anak mana yang tidak sedih apabila berhadapan dengan kehilangan insan tersayang  yang selama ini menjaga dan membesarkan kita.

Sejak kecil tidak pernah lelah untuk mencari nafkah buat keluarga. Begitulah kasih seorang ayah. Namun keringat seorang ayah akhirnya menjadi kenangan abadi apabila masanya sudah tiba menemui Ilahi.

Khabar duka hari ini buat pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad apabila ayah tersayang meninggal dunia hari ini.  Hari Jumaat, hari segala penghulu hari.

Dalam pada itu, di media sosial, wargamaya ucap takziah kepada Nabil dan keluarga yang sedang bersedih atas kehilangan ayah tersayang.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Petikan daripada mStar, di maklumkan sekitar pukul 2 petang, Jumaat, bapa kepada pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad iaitu Ahmad Ismail telah meninggal dunia pada usia 71 tahun di Hospital Serdang akibat komplikasi jantung.

Berita sedih tersebut dikongsi sendiri oleh pengurus Nabil yang memaklumkan Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu.

“Arwah sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang pada Khamis minggu lalu.

IKLAN

“Bapa Nabil sudah lama menghidap masalah jantung dan dimasukkan ke hospital disebabkan keadaan semakin teruk.

“Nabil kini berada di hospital bagi pengurusan jenazah.”

Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman Nabil di Mambau, Negeri Sembilan untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Garam.

Sayu Pandangan, Ayah Nabil Ahmad Meninggal Dunia, Wargamaya Ucap Takziah.

NABIL WAKAFKAN VAN JENAZAH KARIAH MAMBAU

IKLAN

Baiknya hati Nabil. Siapa sangka selama ini Nabil telah mewakafkan van jenazah untuk kegunaan kariah Mambau Negeri Sembilan.

Hari ini, ayahanda tersayang meninggalkan alam fana ini diuruskan dengan menggunakan van berkenaan yang diwakafkan sendiri oleh Nabil.  Amal jariah Nabil yang tidak ramai yang tahu.

Menerusi foto yang dikongsi oleh menerusi facebook Mohd Zulhairi Zainol, jelas sayu pandangan Nabil kali terakhir buat Allahyarham.

Sayu Pandangan, Ayah Nabil Ahmad Meninggal Dunia, Wargamaya Ucap Takziah.

Sayu Pandangan, Ayah Nabil Ahmad Meninggal Dunia, Wargamaya Ucap Takziah.

Sayu Pandangan, Ayah Nabil Ahmad Meninggal Dunia, Wargamaya Ucap Takziah.

IKLAN

Sumber: mStar & Mohd Zulhairi Zainol

 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Sayu Pandangan, Ayah Nabil Ahmad Meninggal Dunia, Wargamaya Ucap Takziah.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI