Ibu bapa ialah orang yang memelihara kita sejak kecil sehingga kini. Kita perlu menghormati mereka kerana merekalah tempat kita bergantung harapan semasa kecil. Adalah menjadi tangungjawab kita untuk membahagiakan ibu bapa walaupun ibu bapa uzur. Malah ketika ibu ayah sakit atau uzur anaklah yang harus menguruskan semua bukannya berebutkan harta benda semata. Jom semak perkongsian Firdaus Shakirin ini. Moga bermanfaat bersama.
Pesan kat adik-beradik…
Bila dah besar, dah ada keje, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri…beli rumah, beli tanah, beli aset…
Bagi ada harta dgn nama sendiri…
Jgn direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nnt…jgn disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka…
Tak guna…
Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nnt bahagian kita lebih dr adik beradik yg lain ke, jgn pikir, jgn berharap…jgn letak target yg kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak sawah…
Jangan…
Sebab nnt bila xdpt, kita mula la nk marah, nk bergaduh dan nak menuntut…walhal ketika “harta” tu ada, bukan kita yg jaga, bukan kita yg usahakan, bukan kita yg berbakti…tup2 bila harta tu dh tiada pemiliknya, kita nak sgt2 “hak” kita…
Hak apa yg kita nak? Hak apa yg kita tuntut? Kita berhak ke?
Usaha sendiri utk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita2 kita…yg lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa2 dr mereka…
Ini tak, kita buat mereka seperti bola…sekejap pass sana, sekejap pass sini…
Kita sebagai anak yg perlu bagi “sesuatu” kpd org tua kita dan bukannya menunggu dan berebut “sesuatu” hasil penat lelah mereka…
Kalaulah kita berebut menjaga org tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung org tua kita kan…tapi byk yg jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yg bernama “harta pusaka”…
Time sakit xnak jaga, time dah tiada datang menuntut pula.
Moga kita menjadi anak yang membahagiakan ibu bapa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Vokalis kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk. Amy menjadi satu satunya pelaku seni yang menerima pingat tersebut sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang ke-73 hari ini.
Mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tun Mohd Ali Rustam, Amy, 64, yang turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka, Dato Sri Rauf Yusoh melahirkan rasa syukur di atas kurniaan yang diterimanya selepas 42 tahun menjadi anak seni.
“Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri, Tun Ali Rustam dan semua pihak yang terlibat.
“Pemberian pingat yang membawa gelaran Datuk kepada saya ini tidak akan merubah Amy Search yang semua kenali selama ini. Saya tetap Amy Search, penyanyi dan pemain industri muzik yang dikenali” ujar Amy.
Namun kata Amy, penganugerahan pingat Datuk yang dikurniakan kepadanya adalah sebuah tanggungjawab dan pengiktirafan buat seluruh karyawan hiburan
“Dengan dikurniai pingat ini, ia memberi saya lebih tanggungjawab demi menjadi teladan yang lebih baik dan pingat ini sebenarnya juga bukan untuk saya secara individu tetapi adalah mengiktiraf bahawa anak seni atau karyawan hiburan juga memainkan peranan penting dalam sosio ekonomi kita” katanya lagi.
Sangat menyukai seni bina Melaka, Amy menikah dengan Norhasliza Hassan yang dilahirkan di Melaka serta memiliki lima orang anak termasuk aktres dan hos, Nabila Huda.
Amy yang memulakan kariernya sekitar awal tahun 80-an sudah menerima banyak pengiktirafan dalam dunia muzik termasuk mencetus fenomena lewat lagu Isabella bersama kumpulan legenda, Search.
Sekali sekala menjamu selera dengan hidangan ikan bakar tentunya membangkit selera. Aroma ikan yang dibakar tidak dinafikan memang semerbak baunya, buat seisi keluarga tidak sabar untuk menikmati ketika panas.
Pun begitu, ada yang merasakan membakar ikan begitu rumit kerjanya dan sekali gus membantutkan keinginan untuk sediakan ikan bakar sendiri di rumah. Selain bimbang jika terlebih masa membakar boleh menyebabkan ikan yang dimasak terasa hangus. Apatah lagi jika tiada alatan memanggang, terus terpadam hasrat untuk merasai keenakan rasa ikan bakar di rumah.
Tapi orang kata hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih. Apa kata buat anda yang teringin nak makan ikan bakar, buat je cara seperti Dr Kamarul Ariffin kongsikan ini.
Menurutnya, dengan teknik membakar di dalam kuali pun boleh dapatkan rasa dan aroma ikan bakar seperti dibakar di atas bara. Nak tahu bagaimana cara dan resipinya. Ini perkongsiannya.
Ikan Bakar Rica Manado
OK, kali ni saya cuma nak kongsi cara saya bakar ikan besar atas kuali leper, dan dapatkan hasil yang menarik rupanya, dan ada aroma macam ikan bakar atas bara. Semua orang boleh buat.
Ikan Bakar Rica Manado by Kamarul Ariffin Nor Sadan. Ikan Bakar Sambal Rica ni berasal dari Manado, Sulawesi. Biasanya bakar atas bara api. Kemudian sambalnya di sapu atas ikan setelah ikan siap dibakar. Hari ni kita akan bakar atas kuali sahaja.
Bahan-bahan: 3 orang makan
1 ekor ikan siakap
5 biji bawang merah
2 ulas bawamh putih
2 batang serai
2 inci kunyit
1 inci halia
2 sudu besar cili kisar
2 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Cara masak:
1.Ikan ni kita belah perutnya. Belah isi ikan di kanan dan kiri tulang tengah, kemudian keluarkan tulang tu macam ni. Saya paling suka belah ikan siakap macam ni. Cantik dan cepat masak.
2. Bawang merah, bawamg putih, halia, kunyit, serai dan cili kisar dikisar halus. Kenapa saya kisar lagi cili kisar ni bersama bahan lain? Sebab, kalau sikit sangat bahan nak dikisar, sukar nak dapat kisaran halus.
3. Tumis bahan kisar. Berbeza dengan ikan bakar sambal yang biasanya warna merah. Ikan bakar ni akan warna kuning atau jingga. Tapi sejujurnya, rasa dia tak berapa beza dari ikan bakar sambal.
4. Masukkan asam gelugor, garam dan gula. Daun limau purut, sekali! Jika nak letak belacan pun boleh. Tumis sampai bahan-bahan ni betul-betul masak. Bila dah masak sejukkan sekejap bumbu(perencah) ni.
5. Lumurkan bumbu pada ikan mentah. Oleh kerana kita bakar atas kuali, susah nak sapu ikan bila ikan dah masak. Ia akan hancur kalau kita balik-balikkan dia banyak kali. Ni saya lumur dalam ikan dulu.
6. Kemudian terbalikkan dan lumurkan bumbu pada bahagian luar pula. Boleh alas ikan ni dengam daun pisang atau daun kunyit agar ikan tak melekat pada kuali. Saya guna kuali non-stick.
7. Kita tidak akan terbalikkan ikan ni nanti. Kita akan masak belah bawah sahaja. Untuk pastikan ikan ni masak sekata tanpa hangus. Kita kena bakar dengan api kecil atau sederhana.
8. Kemudian tutup! Kalau ada tanda-tanda nak hangit, jangan panik. Buka penutup, masukkan 1 senduk air, gerak-gerakkan kuali agar air tu turun ke bawah daun. Tutup semula, dan masak sampai air tadi kering.
Inilah hasilnya jika kalian tenang dan sabar. Tak hangus, tak lekat, dan masak sempurna. Saya hias dengan hirisan limau dan bawang jeruk. Ikan bakar ni memang sedap makan dengan benda masam. Peh!
Close up! Ikan bakar ni tak berapa pedas. Bau daun pisang membangkitkan selera. Daun pisang yang hangus di tepi-tepi tu menyumbang kepada aroma smokiness (bau bakar). Itu penting!
Tengok, isi masak sempurna. Malah, daun pisang dibawah tu tak hangus sangat pun. Oklah!
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI ) imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.