Sejak akhir-akhir ini, angka kes positif Covid-19 kian meningkat malah beberapa hari lalu merekodkan kes harian tertinggi sehingga 4,029 kes. Pada 22 Januari lalu pula 18 kes kematian harian tertinggi.
Angka sebegini mengundang duka betapa nyawa yang pergi pasti ditangisi ahli keluarga. Bahkan frontliners juga terkesan dengan situasi ini setiap kali mengendalikan pesakit yang dijangkiti tanpa mengenal usia.
Ikuti perkongsian Dr Ahmad Zakimi Abdullah atau juga dikenali sebagai Dr Zek mengenai pengalaman beliau mengendalikan pesakit Covid-19 peringkat 4 dan 5. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua.
CABARAN KENDALIKAN PESAKIT PERINGKAT 4 & 5
Gambar sekadar hiasan
“Saya bantu pakcik ye”
Pakcik hanya mengangguk kepala. Tak mampu bercakap.
“Pakcik boleh dengar saya?”
Pakcik mengangguk lagi. Itu hanya termampu.
“Baik pakcik. Nanti saya bagi ubat bius supaya pakcik tidur ya.”
Pakcik kelipkan mata tanda setuju. Tercungap-cungap.
“Pakcik mengucap banyak-banyak ya. Pakcik ikut saya, La ilaha illallah Muhammad Rasulullah… “ arahku sambil memegang ‘bag valve mask’ yang sekitar mulut dan hidung pakcik.
Kelihatan mulut pakcik terkebil-kebil berusaha untuk mengucap. Allahu.
“Sekali lagi pakcik ya. Ikut saya… La ilaha illallah Muhammad Rasulullah… “
Aku akan ajarkan mengucap dua kalimah syahadah sebelum melakukan prosedur ini. Setiap kali.
Ads
Mata pakcik secara perlahan-lahan tertutup tanda pakcik sudah dibius sempurna.
Kemudian ‘endotracheal tube’ dimasukan kedalam trakea pakcik bertujuan untuk bantuan pernafasan.
Prosedur ini perlu dilakukan dengan cermat supaya tiada aerosolisasi terhasil. Jika ia berlaku, maka habislah aku dan staff-staff yang membantu aku dijangkiti. Benda tak boleh nampak.
Aku lakukan procedur intubasi keatas pakcik yang dijangkiti COVID-19 kerana pakcik sudah tak mampu bernafas sendiri. Perlukan bantuan ventilator.
Itulah tugas berat dan tanggungjawab yang aku pikul. Itu juga pengalaman merawat pesakit COVID-19 kategori 4 atau 5.
Setelah semua selesai, aku terus membuka PPE penuh dengan tatacara ‘doffing’ (membuang PPE penuh). Jika langkah atau tatacara tak sempurna maka aku akan dijangkiti. Benda tak nampak.
Seperti biasa, selepas selesai ‘doffing’ terus mandi.
Setiap kali melakukan prosedur ini pasti membuatkan aku insaf bertapa mudahnya kita bernafas udara di berikan percuma oleh Allah kepada kita.
“Bila nak berakhir pandemik COVID-19 ni. Aku dah tak larat.” Hanya bermonolog depan cermin.
5 KATEGORI SINDROM COVID-19
Ads
Klinikal sindrom COVID-19 ada 5 kategori;
Kategori 1 – tidak ada gejala Kategori 2 – gejala ringan Kategori 3 – bergejala & jangkitan paru-paru Kategori 4 – bergejala, jangkitan paru-paru dan perlu oksigen Kategori 5 – tenat, komplikasi organ-organ lain.
Biasanya hanya pesakit COVID-19 kategori 1 dan 2 saja akan dirawat atau dikuarantin di pusat kuarantin (mengikut polisi tempat masing-masing). Ada juga antara mereka di kuarantin di rumah dengan nasihat memantau kesihatan kendiri (juga mengikut polisi setempat). Mereka akan dinilai kembali pada hari ke 10.
Alhamdulillah, mereka dilindungi Allah. Mereka terselamat kerana dalam kategori 1 atau 2.
Jika pesakit COVID-19 Kategori 3, 4 dan 5, mereka akan dirujuk ke hospital, khususnya ke Jabatan Kecemasan untuk dirawat. Kemudian mereka akan dimasukan ke wad hospital COVID/hospital hybrid COVID yang diwartakan.
Cuba kalian bayangkan jumlah kematian 642 orang, 260 kes di ICU dan 103 kes memerlukan bantuan pernafas setakat ini. Jumlah itu bukan sedikit walaupun kadar kematian hanya 0.4% dari semua jumlah yang dijangkiti.
Cuba kalian himpun 642 orang berada di depan mata kalian. Bayangkan ada saudara mara kita sendiri dalam 642 itu. Bagaimana perasaan kalian?
Nyawa seseorang tak ternilai tinggi nilainya. Aku sebagai doktor, perasan kesal dan pilu setiap kali kehilangan seorang pesakit ditangan sendiri.
Ads
“Dan sesiapa yang menghidupkan (menjaga keselamatan hidup) seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya,” – Surah Al-Maidah, ayat 32.
Adakah jumlah itu sedikit di mata geng antivaksin atau pendokong konspirasi? Have you ever seen this category COVID patient once?
COVID-19, JANGAN PANDANG REMEH
Kepada sesiapa yang tak pernah menguruskan kes-kes atau pesakit COVID-19, mereka hanya banyak komplain. Itu tak kena, ini tak kena. PKP salah, vaksin salah. Semua yang kami lakukan semua tak betul dari pandangan mereka. Maka apa yang betul? Tiada pula cadangan yang dikira bernas dari mereka.
Tak percaya COVID-19, kau percaya pula teori konspirasi…
Tak percaya Vaksin, kau percaya pula produk teh entah dari mana boleh merawat segala…
Percayalah jika kalian sendiri menguruskan pandemik COVID-19 secara langsung maka kalian tahu tinggi rendahnya langit. Kalian akan tahu besarnya kuasa Allah.
Mohon sementara ni kita duduk rumah. kita tunggu vaksin tiba. Semoga kita dan keluarga kita dilindungi Allah.
Kami hampir maksima.
Sumber: Dr Ahmad Zakimi Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat mereka yang belum semak secara online, boleh check wang tidak dituntunt. Manalah tahu, dapat duit terpijak. Rezeki hujung tahun.
Pernah viral dulu, tapi buat yang belum boleh lah cuba-cuba semak. Mana tahu ada! Dapatlah penuhkan beg duit bulan ni! Betul tak!
Gambar sekadar hiasan
DUIT TERPIJAK.
Dengan kata lain, duit yang tak disangka sangka. Purple mata hitamku sekejap bila tengok angka tertera. Betul ke ni? Terkelip kelip mata aku tengok? Tulisan kecil sangat, takut tersalah tengok pula. Dah la ada orang tua kat rumah ni kaki bahan jugak. Hahaha..
Macam dapat bonus bro! Nikmat apa lagi yang aku nak dustakan? Tak pernah mimpi boleh ada amount sebanyak ni tersimpan kat Akauntan Negara. Aku pun hairan apa yang aku buat dengan duit duit tu dulu..
Tak pernah peduli pun pasal wang tak dituntut sebelum ni. Rasanya pernah viral pasal wang tak dituntut ni 2-3 tahun lepas. Tapi tak ambil pusing sangat. Entah kenapa tiba-tiba pagi tu tangan ringan je register masuk nak tengok. Senyum sampai telinga wehh
U all kalau belum check wang tidak dituntut, cepat cepat pergi check. Mana tau ada duit terpijak jugak. Apapun, semestinya itu duit dan hak kita. Ada sikit boleh simpan bank, ada banyak terpaksalah bekukan tukar jadi emas. Itu rahsia duit kekal lama
Since ada yang tanya nak check kat mana, ni saya kongsikan :
1) Layari https://egumis.anm.gov.my/
2) Untuk yang pertama kali, register dulu (sign-in). Isi semua maklumat yang diperlukan.
Check email untuk verify link yang diberi.
3) Log in semula. Kemudian, masukkan semua maklumat yang diperlukan.
4) Masukkan IC kita. Boleh bantu check untuk ibuayah kat kampung jugak.
Maksimum boleh check dua nombor IC sahaja.
Sekian, semoga bermanfaat.
Sumber: Nurazlina Aini Mahamad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramadan tahun ini pastinya cukup berbeza buat pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu. Buat pertama kalinya, dia bakal menyambut bulan mulia ini tanpa isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin di sisi.
Berkongsi momen kenangan setiap kali ramadan, Shuib berkata, dia dan arwah suka pergi ke bazar bersama-sama untuk pilih dan membeli kuih-muih, termasuk mencari makanan kegemarannya iaitu pajeri nanas.
“Ini kali pertama Ramadan tanpa dia (Sarah). Sedih, gementar pun ya. Fikirkan perasaan anak-anak termasuk diri sendiri juga.”
“Kami suka pergi bazar Ramadan sama-sama. Pilih kuih, cari pajeri nanas. Dan kalau nak cakap apa yang tak boleh lupa ketika Ramadan, saya memang akan minta Sarah masakkan pajeri nanas.
“Dia pun tahu saya memang suka pajeri nanas. Jadi, dia memang takkan tak buat dan dia mesti buat (masakkan). Itu yang dirindui, pajeri nanas Sarah.
“Selain itu, ada lagi satu masakan kegemaran Sarah iaitu dia suka masak kerutup ayam atau kerutup daging. Ya Allah, sedapnya,” katanya.
Berbicara juga mengenai keperibadian arwah isterinya, Shuib berkata, aktiviti Sarah ketika Ramadan, dia kerja macam biasa dan di sebelah petang pasti akan banyak masa di rumah untuk masak dan menyiapkan juadah berbuka mereka sekeluarga.
“Jadi, Ramadan kali ini tak ada persiapan dan saya lebih kepada perancangan untuk bersahur serta berbuka dekat mana, dengan siapa. Sambutan pun biasa-biasa saja.
“Tak adalah ‘heavy’ sebab memikirkan hari pertama puasa ini sahur macam mana, berbuka macam mana, anak-anak punya perasaan termasuk ‘daddy’ dia punya perasaan juga,” katanya lagi.
Apa pun, Shuib berkata insya-Allah, bulan puasa ini adalah ruang terbaik untuk dia sekeluarga berbuat amal jariah, sedekah dan beribadat.
“Insya-Allah, harap tahun ini boleh menjalani puasa dengan baik dan dapat perbanyakkan lagi amal ibadat. Dapat buat banyak sedekah khususnya untuk Siti Sarah,” katanya.
Shuib bernikah dengan Allahyarham Siti Sarah pada 26 Februari 2011. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7 dan Ayash Affan.
Setiap kali melihat video yang dikongsikan oleh Nubhan bersama ibunya yang dikenali sebagai Mak Jenny, tentu ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati.
Bahkan tidak dinafikan perkongsian gelagat ibunya yang bersahaja dan kelakar digemari ramai dan ada antara video yang dikongsikan menjadi tranding di media sosial.
Umpamanya video baru-baru ini bilamana Nubhan membawa ibunya ke pusat membeli belah dan terlihat begitu bergaya dua beranak ini berjalan sambil berpimpin tangan.
“Reaction Mak Jenny bila tengok harga bag LV 🙊🙊🙊Tak pasal aku kena tempik! 😭”
Begitulah kapsyen posting video yang dikongsikan oleh Nubhan dan mendapat hingga share 12 000 kali.
Di dalam video yang dikongsikan itu Mak Jenny diberi peluang untuk memilih sendiri beg tangan yang disukainya di salah sebuah butik ternama.
Selepas memilih, dilihat ada beberapa buah beg bersaiz kecil yang menjadi pilihan Mak Jenny dan wanita tersebut membuat keputusan untuk memiliki semuanya apabila Nubhan berseloroh mengatakan harganya hanya beberapa puluh ringgit sahaja.
Apa yang buat menarik perhatian ramai malah ada yang tersenyum lebar adalah apabila melihat reaksi spontan ibunya setelah mengetahui harga sebenar beg tangan tersebut. Daripada wajah teruja berubah menjadi serius.
Gelagat dua beranak ini telah menerima pelbagai komen dan rata-ratanya memuji sikap keakraban dua beranak ini. Walau pun terlihat Nubhan sedikit nakal suka menyakat namun dapat dilihat ianya cukup menghiburkan hati Mak Jenny.
Dulu dipisahkan sebagai kembar siam, kini Muhammad jalani rawatan kanser di Riyadh. "Saya rindu dan tak sabar nak balik Malaysia," kata Muhammad Rosli, 27, yang kini dirawat di Hospital King Fahd National Guard, Riyadh, Arab Saudi selepas disahkan menghidap kanser pundi kencing.