Bijak dan comel. Itu antara pujian yang diberikan oleh warganet kepada anak pelakon Anzalna Nasir.
Baru-baru ini, pelakon tersebut memuat naik satu video yang menunjukkan anak sulungnya iaitu Mohamad Eidrees sedang rancak membaca zikir dengan penuh penghayatan.
Walaupun Eidrees kini baru sahaja berusia 19 bulan, namun si kecil ini sudah mampu untuk mengingati banyak zikir yang sering kita baca dalam kehidupan seharian.
rata-rata yang menonton melahirkan rasa terharu melihat aksi si kecil itu dan mengucapkan tahniah kepada Anzalna dan suami kerana kecil-kecil lagi sudah menanamkan ayat-ayat suci al-Quran kepada anak mereka.
Syukur Alhamdulillah At the age of 19 months he can zikir already. Eidrees can zikir Hasbi Rabbi, Ya rabanna Tarafna and zikir sebelum tidur.
Setiap kali dia zikir susah betul nak record dia tak bagi! No camera katanya! Hahhahahahahha Akhirnya dapat juga! Semoga membesar menjadi anak yang soleh. Amin
Ads
Demikian kapsyen yang dimuat naik oleh Anzalna menerusi video tersebut.
Mengenakan jubah putih sambil mengalunkan bacaan zikir, gelagat si kecil ini menggeleng-gelengkan kepala sambil pejam mata cukup mencuit hati.
Nampak tenang dan pandai menyebut bacaan zikir mengikut alunan yang didengarinya.
Betul-betul menghayati kata warganet.
aqilah_aman Hes so adorable.. Gaya kedip2 mata sambil zikr tu…aishhh..
miznuryanaEidres anak soleh..feeling tawaduk betol tu 😍😍
charmsipoh_eynaagent❤️❤️❤️ pandainya eidrees..muka menghayati sgt siap geleng2 kepala 😍 chomell
zainapibrahim_myAlhamdulillah…semoga menjadi anak yg soleh pembela ibu dan ayah di sana nanti…comelnya dia gelak…❤️❤️❤️❤️❤️
azlina_nazaAmboi menghayati betul dia..dgn mata2 pejam ye…good boy betul dia
aishahhazwan91Alhamdulillah ini la masa y ckup ssuai unk ddik anak2 mcintai allah krna merka snang trima dan masuk apa y di ajar…semoga anak kcil ini mdpt haffiz alquran besar nty syurga unk kdua ibubapa aameen.❤️
paperossesGood boy and good momma …Alhamdullilah.Repeated many time to watch, don’t know why.❤️
Potty training adalah salah satu perkembangan sosial kanak-kanak yang berlaku secara perlahan-lahan. Berapa lama masanya si manja perlu untuk bebas lampin bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri.
Namun ia perlu dibantu dengan sokongan dan usaha kuat dari mak ayah sendiri.
Menurut perkongsian Dr Ong Sik Yong, Pakar Perunding Pediatrik & Pediatrik Gastroenterologi dan Hepatologi dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, walaupun disyorkan potty training boleh bermula daripada umur 18 bulan tetapi bergantung juga kepada tahap perkembangan setiap kanak-kanak misalnya dah boleh berjalan dan dah boleh faham arahan mudah.
Paling penting kanak-kanak tersebut menunjukkan tanda-tanda tertentu contohnya dah boleh bagitahu lampin penuh.
Potty training nampak mudah namun bukan perkara yang senang malah mengambil masa yang panjang dan sebab itu jugalah ia mencabar kesabaran ibu dan ayah.
Dalam proses potty training, kita harus elak daripada perkara negatif seperti memaksa, marah dan sebagainya. Jika berlaku, si manja akan merasakan potty training ada unsur negatif dan mula takut dengan tandas atau potty.
Pilih waktu yang sesuai dan jangan pilih waktu di mana anak itu berubah suasana baru seperti baru masuk ke taska baru dan stres dengan suasana baru. Pilih waktu di mana ibu bapa tidak terlalu terdesak terutama bagi ibu bapa yang bekerja seperti waktu hujung minggu untuk melatih anak bebas lampin.
Jangan Streskan Anak
Alihkan perhatian anak-anak kepada pencapaian mereka walapun pencapaian kecil seperti mampu ke tandas sendiri, berikan mereka pujian. Jika anak terkencing di dalam seluar, ibu ayah boleh menasihati anak supaya memberitahu apabila rasa ingin membuang air.
Petanda anak bersedia untuk Potty Train
Tip Mudah Latih Anak Potty Train
Isyarat yang sama antara ibu ayah dan anak. Bahasa yang dipakai kalau boleh sama contohnya shi shi (kencing). Kalau perkataan yang digunakan berbeza-beza, sekejap shi shi sekejap kencing akan membuatkan anak confuse. Ini untuk memudahkan anak untuk memberitahu waktu nak kencing nanti.
Beritahu anak untuk kencing di tandas/potty. Boleh pakai buku bergambar dan cerita kepada anak untuk lebih jelas.
Biasakan anak pakai tandas kecil. Bagi anak biasakan dengan potty, contohnya letak sticker kegemaran atau pilih warna kegemaran supaya anak rasa potty khas untuknya.
Kerjasama antara suami isteri. Kalau boleh biar ibu dan ayah ada di rumah ketika melatih anak supaya tidak rasa stres dan terbeban untuk mengajar anak ke tandas.
Banyakkan pujian. Banyakkan pujian dan jangan marah mereka kerana mereka masih kecil dan memerlukan masa dan setiap kanak-kanak tak sama masanya untu latihan ke tandas.
Cuti Bersalin 98 Hari, Kerja 45 Jam Seminggu Bermula 1 Januari. Ramai Sambut Baik!
Penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja 1955 yang ditangguhkan sebelum ini, akan dilaksanakan bermula 1 Januari depan tanpa penangguhan lagi.
Memetik kenyataan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, kandungan pindaan itu melibatkan penambahan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari, penetapan cuti paterniti tujuh hari, pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam serta aturan kerja fleksibel untuk pekerja.
Katanya, perkara ini harus diteruskan kerana undang-undang ini sudah pun diluluskan Parlimen.
“Sebahagian besar pindaan yang dibuat adalah berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
“Pelaksanaan perkara ini yang tertangguh sebelum ini adalah penting untuk kita laksanakan, ia jaminan kepada pekerja,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pelaksanaan akta itu perlu ditangguhkan hingga 1 Januari 2024 bagi memberi lebih masa kepada pemain industri dan majikan.
Media sebelum ini melaporkan pindaan Akta Kerja 1955 sepatutnya berkuat kuasa 1 September lalu, tetapi ditangguhkan ke 1 Januari 2023.
Penangguhan itu dibuat susulan pemain industri dan majikan sebulat suara memohon penangguhan atas beberapa faktor termasuk memerlukan sedikit masa berikutan masih dalam proses pemulihan ekonomi.
Sivakumar berkata, selain itu, pindaan Akta Kerja 1955 juga mewajibkan keperluan mendapatkan kelulusan penggajian pekerja asing daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ( JTKSM) di bawah Seksyen 60K (4) Akta Kerja 1955.
“Kelulusan penggajian ini untuk penggajian semua kategori pekerja asing di negara ini. Kewajaran untuk majikan mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah JTKSM kerana permohonan yang ditolak sebelum ini susulan kegagalan majikan mematuhi undang-undang perburuhan.
“Seksyen 60K(4) Akta Kerja 1955 akan bertindak sebagai saringan awal yang efektif di dalam memastikan majikan yang bakal menggajikan pekerja asing di negara ini mempunyai rekod yang bersih dari aspek kepatuhan kepada standard perburuhan,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kementeriannya dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi perhatian khusus kepada isu kelulusan membawa masuk pekerja asing dalam sektor perladangan, perkhidmatan dan pembinaan, beliau berkata, kemasukan 700,000 pekerja untuk pelbagai sektor sudah diluluskan.
Berdasarkan rekod katanya, sebanyak 87,335 kelulusan pekerja asing diberikan bagi sektor pertanian, perkhidmatan (128,428) dan pertanian (27,053) setakat ini.
“Memang kita faham pelbagai sektor amat memerlukan tenaga kerja ini mengatakan bahawa aktiviti dan produktiviti mereka terkandas disebabkan tidak cukup tenaga buruh.
“Perkara ini dipandang serius kementerian saya… Kita akan lihat dan bantu sektor yang benar-benar memerlukan,” katanya.
Dalam perkembangan mengenai sistem pengambilan pekerja asing menggunakan One Channel System (OCS), Sivakumar berkata, isu sama ada OCS diletakkan di bawah KSM mahupun KDN bukan isunya.
“Apa yang penting adalah hasil akhirnya, sama ada kita dapat pekerja yang cukup atau tidak itu lebih penting,” katanya.
Sumber : Utusan Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Peribahasa ini kena dengan situasi apabila kita perlukan wang ketika dalam kecemasan, baru fikir menyesalnya tidak menabung dari awal.
Bila dah hidup berkeluarga ni, dah ada anak-anak ibu ayah sedikit sebanyak baru tersedar kepentingan untuk membuat tabungan, persis seperti yang dikatakan oleh pelakon, Datin Almy Nadia.
Kata Almy ketika dalam ucapannya ketika Majlis Keluarga Hi Tea baru-baru ini, dia sudah lama melabur untuk anak-anak dalam tabungan SSPN kerana baginya rancangan awal itu sangat penting terutamanya dalam pembelajaran.
“Saya ni simple je janji rancang awa.. Contohnye SSPN ni dah lama dah saya melabur tapi orang tak tahu. Setiap anak saya semua dah ada. Rancangan awal itu sangat penting, kena ada tabung kecemasan.
“Anak-anak saya pembelajaran tu sangat penting, itu yang saya buat simpanan tu awal. Simpanan dia di hari tua tu dah ada termasuk aset sendiri pun dah ada termasuk rumah, barang kemas, duit tu dah ada. ” katanya.
Tambahnya, dengan umur yang semakin meningkat sebagai ibu bapa tidak tahu sampai mana ajal mereka, jadi perancangan itu perlu teliti seperti bila anak-anak masuk ke universiti, mereka tidak perlu berhutang. Malah, suaminya yang juga pelakon, Datuk Fizz Fairuz juga tidak ajar isteri dan anak-anak mereka berhutang kerana bila dah mula berhutang, lama-lama anak kita akan ikut sama. Jadi, menabung ikut kemampuan diri.
“Tak kisah berapa pun janji menabung. Macam contoh anak saya, saya bagi RM5 si kakak la.. i dont care balik you kena bawa duit tu balik.. baki i dont care. Sebab duit tu akan masuk tabung, Sepuluh sen pun you kena bawa balik.
“Tapi alhamdulillah belum pernah lagi dapat sepuluh sen, ringgit tu mesti ada.. RM2 ke, saya sangar particular bab belanja. Saya ahar anak-anak saya duit tu bukan beli dengan daun.. Senang saya cakap, duit susah nak dapat. Saya ajar anak mesti kena ada baki.
“Bila dah hujung tahun, dia akan buka kira-kira contohnya 1 tahun dapat seribu atau 2 ribu, ok saya bagi limi.. Ni untuk beli barang kemas, ni untuk masuk bank. I bagi RM100 u nak beli apa? Untuk reward. Tapi selalunya reward dia makan lah… atau tidur hotel(bercuti),” tambahnya.
Malah, jujur pelakon yang terkenal dalam drama ‘Dunia Baru’ itu berkata sehingga kini dia tidak pernah mengajar anak-anaknya pegang duit sendiri dan kira-kira duit, dan biar dia sendiri yang simpan wang tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.