Selain jerawat dan jeragat kemunculan bintik hitam dan bintik putih akan menjadikan kulit wajah nampak kusam dan tidak berseri.
Bintik hitam selalunya boleh kelihatan di bahagian hidung, dahi dan dagu. Ia berpunca dari muka yang berminyak dan debu serta kekotoran yang melekat di bahagian tersebut. Kurang menitikberatkan penjagaan wajah akan menyebabkan lebih banyak bintik hitam dan bintik putih.
Ada segelintir individu yang gemar memicit keluar bintik hitam dan bintik putih. Biarpun cara ini dirasakan praktikal untuk menghilangkan bintik hitam namun ia sebenarnya menyebakan pori-pori bertambah besar dan membuatkan jerawat mudah tumbuh.
Adakah anda salah seorang yang mempunyai masalah bintik hitam pada muka? Jangan risau, ini ada jalan penyelesaian mudah yang anda boleh cuba buat di rumah. Dengan menggunakan berus gigi, masalah bintik hitam akan hilang dengan segera.
Bahan-bahan:
Sediakan 1 sudu teh ubat gigi
1 sudu teh serbuk penaik
Air suam secukupnya
Langkah-langkah penyediaan:
1. Cuci wajah sehingga bersih terlebih dahulu
2. Ambil tuala dan celup ke dalam air suam, kemudian usap tuala tersebut pada kawasan berbintik. Tujuan ini adalah untuk membuka liang pori serta mencegah bakteria dari tangan dan kuku masuk ke liang pori.
3. Sediakan satu bekas, campur ubat gigi, serbuk penaik dan air kedalam bekas tersebut. Kacau hingga rata.
4. Sapu campuran ubat gigi tadi di bahagian berbintik hitam, gosok dengan berus gigi selama beberapa minit.
5. Selepas gosok, korang biarkan 1-2 minit sebelum cuci muka korang dengan air suam.
Selamat mencuba!
Jika pori-pori nampak agak besar saiznya, anda boleh tekapkan ketulan ais untuk mengecilkan saiz pori. Pastikan anda menjaga kebersihan kulit wajah secara teratur. Gunakan produk pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda. Dan gunakan tuala yang kering dan bersih setiap kali selepas membasuh muka.
Apa yang penting adalah minum air suam secukupnya, kerana kekurangan air juga antara penyebab bintik hitam.
sumber: Sehinggit
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentunya sepanjang bulan Ramadan ini ramai antara kita akan kerap melayari internet untuk melihat pelbagai jenis resipi daripada perkongsian warganet untuk dijadikan panduan dan idea untuk menyediakan juadah untuk keluarga tercinta.
Pastinya juga, perkongsian resipi daripada youtuber Che Nom menjadi antara yang ditunggu-tunggu oleh warganet untuk memperolehi resipi menarik dan pastinya menjadi daripadanya.
Jika sebelum ini Che Nom lebih selesa berkongsi dengan hanya menunjukkan tangannya dengan lontaran suara yang lembut dan tenang, namun baru-baru ini Che Nom ada membuat penampilan istimewa. Selain berkongsi resipi Tepung Pelita , Che Nom turut membuat ucapan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.
Apa yang menarik perhatian warganet mengenai kemunculan Che Nom ini, ada yang menyamakan wajahnya seiras Uqasha Senrose. Memang cantik!
Menerusi komen di video tersebut, Che Nom telah mendapat banyak pujian dan ramai juga perasan dan mengatakan wajah Che Nom seiras pelakon Uqasha senrose.
Untuk anda yang ingin mencuba resipi yang dikongsikan oleh Che Nom di dalam video tersebut, ini resipinya.
RESIPI TEPUNG PELITA
Resepi kali ini ialah resepi Tepung Pelita, antara kuih Melayu yang paling famous di bazar Ramadan. Hi Semua…Dalam video ni Che Nom akan tunjukkan cara untuk membuat acuan tepung pelita menggunakan daun pisang…kalau takda daun pisang, boleh guna bekas plastik aja.
Kuih ni ada 2 lapisan, lapisan hijau atau lapisan pandan dan lapisan putih yang lemak bersantan. Sedap dan lembut sangat bila dimakan.
NOTA PENTING: Masuk tepung dan kacau sekata dulu kemudian baru pasang api dan kacau di atas api perlahan
Bahan-bahan untuk lapisan hijau:
7-8 helai daun pandan
5 cawan air
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur (bancuh cair)
1 cawan gula
sedikit pewarna hijau
½ sudu kecil gula (kasar atau halus)
Bahan-bahan untuk lapisan santan:
4 cawan santan
5 sudu besar tepung beras
garam secukup rasa
Tiada yang lebih bermakna bila dapat bersama yang tersayang. Ikatan kasih sayang lebih kuat dan bermakna. Lebih-lebih lagi jika lama berjauhan.
Penyanyi bernama Fitri Haris atau nama sebenarnya Mohamad Fitri Mohamad Haris,33 mengakui 8 tahun adalah tempoh yang cukup lama yang terpaksa berjauhan dengan buah hati pengarang jantungnya, sofea Solehah,13 tahun.
“Saya sangat rapat dengan anak. Disebabkan dia juga, saya berhenti belajar 5 tahun demi nak menjaga sendiri kerana tak percaya orang luar. Kebetulan waktu itu, saya dan bekas isteri masih belajar.
“Jadi saya ambil keputusan untuk jaga sendiri. Yakin anak kita, kita yang kena jaga sendiri. Tak harapkan orang lain. Saya sambung belajar umur 25 tahun ketika anak dah besar umur 4-5 tahun.
“8 tahun tak bersama kerana sambung belajar dan tahun ini baru balik, memang sukar nak ungkapkan dengan kata-kata. Bila dah dapat bersama semula rasa hidup lengkap.
“Sebelum ini memang selalu berhubung Cuma tak ada sentuhan kulit seperti pelukan, bawa jalan-jalan dan sebagainya dulu tak de, tapi sekarang dah sempurna,”ungkap Fitri lagi.
Sesetengah orang kebahagian mereka di ukur dengan kesibukan kerja tapi penyanyi ini pula sibuk dengan anak itulah bahagia yang sebenar bagi dirinya.
“Dugaan paling mencabar waktu berjauhan dengan anak bila dia sakit. Saya terasa tak tenang kerana berada jauh. Jadi saya minta famili untuk jenguk. Selain itu, saya bertanya khabar dengan hubungi bekas isteri. Mak mentua dan sebagainya. Satu perangai anak saya kalau sakit dia akan cari saya walaupun sakit perut, sakit kepala dan sebagainya.
“Anak saya sejak kecil sudah dibesarkan dengan makanan barat seperti pizza, burger, kentang dan sebagainya. Dia jarang makan nasi, sebaliknya membesar dengan susu, itulah bezanya orang perempuan dan lelaki jaga anak. Sampai besar anak dah biasa makanan tersebut tapi pada saya yang penting makanan tu halal,”ujarnya lagi.
Sejujurnya sebagai ayah, Fitri mengakui jarang jumpa anak menyebabkan dia terlalu manjakan anak sehingga menganggap anaknya itu macam baby.
“Cuma suami pada bekas isteri menyedarkan sesuatu yang anak saya ini sebenarnya sudah besar, matang, datang bulan dan sebagainya.
“Jadi, saya tengah belajar layan dia seperti kawan. Tapi saya masih belajar Cuma tetap nak layan dia macam baby nak kiss dan sebagainya kerana sudah biasa dari dulu.
“Jadi sekarang saya tengah belajar jadi kawan. Saya kurangkan bercakap sebaliknya bertanya jadi dia banyak bercakap terutama bab sekolah, pelajaran dan juga kawan-kawan dia.
“Selain itu saya pun macam tak percaya kerana dia dah pandai nak melawa. Tapi anak saya akan bertanya terlebih dahulu sebelum buat sesuatu misalnya pakai baju mesti labuh dan menutup aurat.
“Saya cuba dan masih belajar untuk berkawan dengan anak serta belajar lebih memahaminya. Saya tak nak menimbulkan rasa rimas padanya kerana saya sendiri pernah remaja sebelum ini.
Mengulas mengenai status duda yang disandangnya, akui Fitri sekarang dia lebih kepada komitmen, serik atau sebagainya tidak timbul Cuma menjadi lebih memilih.
“Tipu andai saya kata takde orang yang saya suka, tak de orang yang suka saya. Memula okey tapi lama-lama berlaku satu isu yang mana bukan semua orang boleh faham kita yang ada anak dan sebagainya.
“Bukan semua orang nak kita dan kehidupan kita yang boleh jaga nama baik kita dan keluarga. Ada yang mementingkan diri. Alhamdulillah, Allah membantu untuk mengenali orang sebelum berkahwin. Kalau dah kahwin susah.
“Saya tak letak syarat atau serik tetapi saya lebih kepada melihat kesabaran orang tersebut. tetapi ini bukan bermakna saya mencari yang sempurna.
“Cuma saya berdoa pada Allah ada seseorang yang akan membuka hati saya kerana jodoh itu sudah ditetapkan yang terbaik olehnya. Saya mencari yang faham, terima dan percaya pada saya memandangkan karier saya dalam bidang ini.
Fitri yang juga juara program Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua, mengakui kini dalam proses mencari sekolah baru untuk anaknya di sekitar Changlun atau Alor Setar, Kedah.
“Saya dan bekas isteri tetap baik jadi bab jaga anak memang sudah lama berbincang. Saya sudah cakap lepas habis belajar mahu jaga anak dan tunaikan tanggung jawab dalam mendidik benda asas seperti fardu ain, solat dan sebagainya. Jadi sekarang saya mencari sekolah yang bersesuaian.
“Sekarang ini anak saya tinggal di Singapura, jadi kalau tak jumpa sekolah yang sesuai mungkin anak akan tinggal di sana. Tetapi bekas isteri setuju jika anak dijaga oleh saya.
“Tak sabar sebenarnya nak bangun pagi untuk sediakan sarapan, hantar dia ke sekolah dan sebagainya. Hidup saya ada hala tuju, sebelum ini ada tapi lebih kepada kerjaya tapi sekarang keutamaan adalah anak.
“Inilah impian saya dan jika terlaksana, lengkap lah sudah,”ujar Ftri sebelum menutup perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Diakui menabung itu merupakan suatu amalan yang lazim kita lakukan sejak kecil lagi. Apa yang pasti, pelbagai cara dan kaedah menabung dipraktikkan untuk pastikan tabungan dapat dibuat.
Sama ada menabung duit syiling, mungkin ada hanya menyimpan duit RM5 atau pelbagai cara lainnya yang dipraktikkan secara bersahaja.
Namun ada satu cara yang lebih mudah untuk menjadikan kita lebih konsisten menabung dengan cara yang lebih mudah iaitu dengan menggunakan Maybank2u.
Mungkin ada yang belum tahu cara ini dan untuk itu wanita ini kongsikan semoga bermanfaat.
| TABUNG MAYBANK |
Hi semua, hari ni saya nak kongsi bagaimana ingin membuat tabung simpanan paksa menggunakan Maybank2U. Biasanya kita buat tabung ringgit – contoh tabung hijau (rm5), tabung oren (rm20), tabung rm50 dan tabung rm100 kan.
Kali ni kita buat tabung melalui M2U lak. Tabung ni bagus untuk mudahkan membuat bayaran road tax, untuk yuran tahunan sekolah anak-anak, hadiah akhir tahun, pelancongan dan macam-macam lagi.
Cara-cara ada pada gambar ye.
Semoga berjaya semua.
Langkah 1 : Log masuk guna M2U paparan baharu ye.
Langkah 2 : Selepas berjaya log masuk, scroll ke bawah sampai jumpa ‘creat goal’
Langkah 3 : Tekan create goal
Step 4 : Pilih kategori tabung yang ingin dibuat
Langkah 5 : Ini contoh ye. Namakan tabung pilih komitmen (secara bulanan atau tempoh masa) tetapkan sasaran tabungan, dan tetapkan simpanan bulanan.
Ekstra info
Kita boleh pilih tarikh hari tabungan dibuat.
Bila semua telah ditetapkan, tabung boleh dimulakan. Hanya tekan start.
Di goal ada 3 titik, tekan untuk tahu detail, untuk tambah jumlah sasaran atau untuk tamatkan tabung sebelum tarikh matang. Selamat berjaya.
Dr Heama peluk Islam selepas berjaya meyakinkan keluarga demi berkahwin dengan penyanyi Zubir Khan. Kini beliau teruja mendalami agama Islam sebagai saudara baharu.