“Macam interview Kerja,  Cara Jawab Sangat Yakin & Bijak.”  Anak Sheikh Muszaphar Minta Handphone Sendiri Siap Dengan 10 Alasan Raih Perhatian!

Share

Siapa yang tak kenal dengan Angkasawan Negara, Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Setiap kali berkongsi cerita di laman Instagramnya, pasti mendapat reaksi wargamaya.Selain berkongsi tip kekeluargaan, keluarga besar ini juga  meriah dengan telatah anak-anaknya. Setiap seorang mempunyai karakter dan perangai tersendiri.

Begitupun ramai kagum dengan sikap sabar dan prihatin suami kesayangan Datin Dr Halina ini tatkala melayani keenam- enam anaknya dengan penuh kasih sayang.

Namun, semua tahu disebalik sikapnya yang penyayang, Sheikh Muszaphar juga seorang ayah yang cukup tegas terutama dalam soal pendidikan. tiada kompromi bab ini sebab itulah anak-anaknya boleh berjaya.

Apa Yang diingini kena mendapatkan persetujuan Sheikh Muszaphar termasuklah soal gajet.Dalam satu perkongsian baru-baru ini, Sheikh Muszaphar memuatnaik perbualan bersama anak keduanya, Sophea Natasha.

Dalam Perbualan tersebut, Tasha meminta izin untuk memiliki handphone sendiri. Bagi menguatkan permintaan tersebut, dia turut  menulis 10 sebab mengapa permintaannya ini perlu dipenuhi.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah  cara Tasha menjawab ke semua soalan daripada daddynya ini.

Penuh yakin jawapan yang diberikan. Sehinggakan Ada yang berseloroh seolah-olah Tasha sedang menjalani sesi temuduga pula.

Dalam pada itu Sheikh Muszaphar meminta komen orang ramai samada perlu atau tidak permintaan Tasha ini dipenuhi. Rata-rata bersetuju dengan permintaan Tasha tersebut.

Sumber: drsheikhmuszaphar


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

IKLAN