Ibu bapa mana yang tidak bahagia apabila melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran. Pantas masa berlalku, pelakon, Sari Yanti baru-baru ini meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya meraih anugerah kecemerlangan akademik.
Pelakon kecil molek yang popular dengan drama siri Kisah Kaisara itu berkongsi momen ini di laman Instagramnya dengan memuat naik foto di samping anak lelakinya, Barr Al-Aliy, 13, yang lengkap berpakain akademik iaitu jubah dan mortarboard.
“Kejap je dah naik tingkatan 1, Dia dapat anugerah hari ni. Anugeah kecemerlangan akademik. Tahniah anak mama. Syukur alhamdulillah. Rabbi Habli Minassholihin” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut mengucapkan tahniah dan
mendoakan kejayaan Barr Al-Aliy di dunia dan akhirat serta menjadi anak yang soleh. Tidak kurang juga ramai yang memuji kecomelan dan kecantikan Sari Yanti, ibarat ‘kakak dan adik.
Sekadar info, Barr Al-Aliy adalah anak Sari Yanti bersama bekas suami, Mohd Edy Casmadi Che Hussin. Selain Barr, Sari turut memiliki seorang lagi cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Baasit Al-Hag, 12.
Ads
Sari Yanti yang kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 5, Muhammad Khidir, 3, dan Abu Bakr, 21 bulan.
Sumber : Instagram Sari yanti
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dua beradik ini memang menajdi perhatian warga maya, apa sahaja yang dibuat pasti mencuit hati ramai terutama sekali Alisa Aisyhah. Bahkan populariti dua beradik ini sama naik dengan ibu bapa mereka.
Masing-masing memiliki pengikut sendiri di laman media sosial. Setiap kali baik Hanis mahupun Hairul memuat naik gambar atau video dua beradik ini, pasti mendapat perhatian.
Terbaru, Hanis memuat naik video Alisa bersama abangnya Yusuf Iskandar berkunjung ke sebuah pasaraya. Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi instagram Alisa.
Menerusi vidoe tersebut, kelihatan Alisa teruja membelek barangan termasuklah satu dompet yang sesuai dipakai oleh budak lelaki.
Dalam keterujaan tersebut, dia terlepas pandang abangnya membuatkan dia tercari-cari.
Setelah bertemu , Alisa dengan manja meminta abangnya memegang tangan.
Gelagat dua beradik ini mencuri perhatian. Yusuf yang sememangnya seorang abang yang penyayang terus memenuhi permintaan adiknya itu.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar semalam berkongsi satu kisah yang cukup mencemaskan bila mana kandungan isterinya tidak bergerak akibat satu insiden.
Dalam perkongsian tersebut, Angkasawan Negara ini memuat naik satu video isterinya Datin dr Halina yang sedang melakukan scan untuk mencari degupan jantung bayi kembar mereka
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, malam tadi bayi kembar dalam kandungan tidak bergerak selepas berlaku satu kejadian yang tidak diingini di mana anak kembar mereka secara tidak sengaja terjatuh atas perut isterinya itu.
“Kami mengalami pengalaman yang cukup traumatik malam tadi. Ketika kembar Adam dan Noah sedang bermain, secara tidak sengaja mereka terjatuh di atas perut Dr Halina. Mereka jatuh dengan kuat. “Dr Halina hanya mendiamkan diri sepanjang masa dan hanya memberitahu saya salah seorang kembar di dalam perutnya tidak bergerak atau menendang sudah lebih dua jam. Biasanya kembar di dalam perut sangat aktif pada waktu malam terutamanya kembar perempuan. “Tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi, kami terus ke Bahagian Kecemasan pada pukul 1:00 pagi. Perjalanan 20 minit ke hospital seperti terlalu lama. Saya lihat Dr Halina menangis.
“Did an urgent Ultrasound Scan and Alhamdulillah both heartbeats were detected. Syukur sangat kepada Allah. Saya tak dapat bayangkan jika sesuatu berlaku kepada kembar yang belum lahir atau mana-mana anak kami. Minta Tuhan jauhkan,” tulis Dr. Sheikh Muszaphar lagi.
Dalam pada itu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar menasihati semua ibu yang sedang mengandung di luar sana supaya tidak mengambil mudah dalam apa jua keadaan yang berlaku. “Ikut firasat dan rasa anda kerana seorang ibu lebih mengetahui. Pastikan anak dalam kandungan sentiasa menendang, sekurang-kurangnya 10 kali dalam sejam.
“Jangan tangguh untuk ke hospital. Setiap saat sangat getir. Setiap ibu mengandung perlu ada pengetahuan tentang anak yang dikandung dalam apa juga keadaan. Expect the unexpected. Pasangan juga perlu ada bersama setiap masa untuk menyokong. Ianya boleh berlaku pada sesiapa sahaja,” ujar Dr Sheikh Muszaphar lagi.
Dr Sheikh Muszaphar dalam pada itu turut memohon doa dari orang ramai semoga dipermudahkan buat Dr Halina sepanjang kehamilannya.
Hubungan suami isteri bukan sekadar saling memahami, tetapi juga menjadi teladan terbaik untuk anak-anak. Namun, tanpa kita sedar, kadang kala perasaan tidak puas hati terhadap pasangan terlepas dalam bentuk kata-kata negatif di depan anak-anak. Perkara kecil seperti mengeluh atau mengumpat pasangan boleh memberi kesan besar kepada cara anak-anak memandang ibu bapa mereka.
Kata-kata seperti, “Bapak kau ni pemalas!” atau “Mak kamu menyusahkan betul,” mungkin nampak ringan, tetapi sebenarnya ia menggugat rasa hormat anak terhadap ibu bapa. Bila anak-anak sering mendengar kritikan sebegitu, ia membentuk persepsi buruk yang kekal hingga mereka dewasa. Lebih buruk lagi, ia boleh menyebabkan hubungan yang renggang dan hilangnya rasa kasih serta hormat dalam keluarga.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh saudara Khairul Nadzir perlu kita ambil peduli untuk kesejahteraan rumah tangga.
MENGUMPAT DI BELAKANG PERIHAL PASANGAN DEPAN ANAK-ANAK “Saya dengar dengan telinga saya sendiri tuan, saya balik dengan penatnya, isteri saya suruh anak-anak masuk bilik sambil cakap ‘binatang tu dah balik’!” Sambil berkaca matanya bercerita.
Saya tak tahu apa yang berlaku antara dia dan isteri, tapi masih terngiang ceritanya walaupun dah bertahun kisah ini berlaku. Kita tak sedar, kadang kala kita ini ter’mengumpat’ dengan anak-anak di belakang suami atau isteri. Padahal benda kecik je. Tapi anak-anak akan ingat sampai bila-bila walaupun dalam usia kecil terhadap ‘umpatan’ di belakang. “Aish, mak kamu ni, menyusahkan betullah” “Itulah perangai bapak kau, pemalas!” “Jangan jadi macam mak kau tu, comot!”
Perkataan yang tanpa sedar, kita sebut depan anak-anak, tapi tidak diketahui oleh sang suami atau isteri. Anak-anak ambil perkataan ini sebagai ‘judge’ kepada ibu ayahnya, dan tak sedar, anak-anak hilang respect perlahan-lahan sampai mereka besar, dan tiada masalah untuk merasa hina terhadap kita sebagai makayah, maka, biadab adalah intonasi yang jadi kebiasaan kepada kita daripada anak-anak. Nauzubillah. Saya banyak belajar dengan orang keliling terutama isteri saya, apa yang nak disebut dengan anak-anak ketika pasangan tiada bersama untuk bekerja atau sewaktu dengannya supaya anak-anak kita boleh tahu erti kemuliaan kepada ibu ayahnya.
Buatlah 5 ‘skrip mengumpat’ di belakang pasangan kita ni depan anak-anak, insyaAllah tanpa sedar, walaupun kita jarang dengan anak, anak mampu jadikan kita ni hero/heroin di mata mereka.
1. Selalu sebut ayah/ibu tiada di rumah sebab apa. “Ayah pergi kerja, nak bawak balik rezeki” “Ibu pergi berniaga, sebab nak tolong ayah” “Ayah keluar lama-lama, sebab ayah pergi tolong orang/ dakwah,” “Mak keluar dengan kawan-kawan, sebab nak rehat kejap, kan ibu dah lama dengan korang,” Nampak simple, tapi anak tahu pasangan kita keluar rumah ada tujuan yang jelas. Elakkan guna ayat-ayat yang anak kita ada soalan kedua, contohnya, pergi meeting, dan pergi jumpa kawan atau lain2. Anak kita tak sampai lagi level kena tahu benda-benda ni. Biar kita sebagai pasangan je simpan.
2. Sebut timeline waktu balik pasangan. “Ayah/mak kau kalau dah jumpa kawan, tak reti balik!” “Ayah/mak kamu mana reti balik bila dah kerja, tak payahlah tunggu!” “Ayah/mak kau kalau dah keluar, jalan balik rumah pun lupa!” Boleh bayang tak apa yang anak akan proses dalam otak bila pasangan sebut begini? Kita tak puas hati pada pasangan tu satu hal lah. Tapi janganlah drag anak kita sekali utk bencikan ibu ayah mereka sendiri. Sebutlah, contoh.. “Ayah/mak keluar sekejap dengan kawan-kawan tu, nanti baliklah,” “Ayah/mak keluar 2-3 hari je tu.”
3. Puji penampilan dan sikap positif pasangan depan anak-anak “Cantiknya anak ayah pakai tudung, macam mak laaa,” “Sihatnya anak umi, macam abinya’” “Along ni rajinlah, macam abi,” “Adik ni sopan je, macam umi,” Perkataan yang kecil, tapi impaknya teramat dahsyat, terutama sekali kepada anak perempuan. Tanda-tanda anak-anak tak boleh jadikan ibu ayahnya sebagai hero/heroin hidup mereka, apabila pasangan gagal bercerita hebatnya ibuayah mereka daripada kita sendiri. Tak sedar kita selalu ‘ejek’ pasangan depan anak-anak dengan bentuk fizikal, rupa paras, sikap dan tingkahlaku yang negatif, sehingga anak-anak berani ‘ulang’ perkataan itu depan orang ramai. Buanglah benda ni. Rugi untuk kita sekeluarga.
4. Selalu rasionalkan anak, apabila pasangan kita buat sesuatu pada anak. “Along kena tahu kenapa abi marah, sebab apa yang along buat tu salah,” “Abi bawak awak makan-makan ni sebab, nak hargai umi yang banyak jaga awak semua,” “Adik cuba tengok umi, penat tak? Sebab umi nak bagi yang terbaik pada adik” Siapa lagi yang nak jadi backup besar kepada kita kalau bukan pasangan kita sendiri. Jangan manipulate situasi depan anak-anak untuk dilihat ‘sayang sebelah pihak’ kalau pasangan kita buat sesuatu pada anak, apatah lagi dalam situasi menghukum anak oleh salah seorang daripada pasangan.
5. Ajar anak bacakan doa dan al fatihah untuk makayah dia secara kerap jika berjauhan. Saya rasa inilah asas paling besar dalam memastikan kita beri perkataan yang terbaik pada anak ketika pasangan kita berjauhan atau berada di ‘belakang’ kita. Seawal usia kecil dah diajar untuk doakan ibu bapanya. Bukan hanya bila dah tiada, baru nak dibacakan doa, kerana hati kita ini ada pemilik-Nya. Bila tidak berdepan dan bersua, yang mengikat kita ini hanyalah Allah. Tanamkan anak-anak kita ni dengan ikatan yang paling mulia, iaitu doa kepada Allah. InsyaAllah, pandangan sakinah dan mawaddah sentiasa akan terbit walaupun berjauhan, dan insyaAllah juga hati ini akan tidak tergamak berkata yang buruk-buruk di depan anak terhadap pasangan kita. Begitulah . So, silalah mengumpat yang baik-baik ye pada pasangan kita di depan anak
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.