Macam-Macam Menu Boleh Masak Dengan Bayam Brazil. Wanita Ni Kongsikannya!

Share

Boleh dikatakan dikalangan ibu-ibu peminat bercucuk tanam di laman rumah, sekarang ini sedang hangat bercerita tentang bayam brazil. Sejenis tanaman sayuran yang mudah ditanam. Malah apa yang lebih menarik tentang bayam brazil ini, selain enak dibuat ulam malah sangat sedap rasanya jika dimasak dengan pelbagai menu seperti digoreng, ditumis, direbus dan sebagainya.

Tidak hanya sedap, bayam brazil juga mengandungi banyak khasiat dan rugi jika dimakan.  Ini sebagaimana info yang dikongsikan oleh Zyka Kepochi untuk manfaat bersama. Jom semak.

BAYAM BRAZIL

Bayam Brazil atau nama lainnya Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu Lettuce. Ianya juga dirujuk secara saintifik sebagai Althernanthera sissoo adalah tanaman sayuran yang mudah hidup dengan hanya ditanam secara keratan batang yg berasal daripada Brazil.

Daunnya yang tidak berlendir dan boleh dikatakan sedikit ranggup sesuai dijadikan sebagai bahan masakan seperti salad, masak tumis atau sayuran di dalam masakan barat. Lain pula bagi masyarakat Brazil dimana ianya dimakan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan minyak atau cuka.

Khasiat yang tidak diketahui oleh orang ramai tentang pengambilan bayam brazil adalah:-

1) melawan kanser
2) mengekalkan kesihatan mata
3) salah satu sumber vitamin K
4) menguatkan tulang
5) membantu menurunkan berat badan
6) meningkatkan sistem imuniti badan
7) membantu sistem penghadaman
8)mengelakkan daripada sembelit
9) membantu melancarkan darah
10) mencegah anemia
11) mengatasi masalah gusi
12) nutrisi yang baik untuk pembesaran
13) mengekalkan stamina
14) mengekalkan kesihatan mulut
15) mengikat kalsium
16) mencegah penuaan pramatang
17) mengekalkan kesihatan ibu mengandung

Hakikatnya bayam brazil adalah tanaman yang amat baik dan sangat bagus untuk tubuh badan kita.

Berikut adalah menu-menu yang anda boleh anda jadikan resepi hidangan tenghari dan malam yang enak :

1. sup bayam brazil@ Bayam brazil dengan suhun@ Sup sayur campur bayam brazil

2. Gulai lemak bayam brazil @ Gulai lemak bayam brazil dengan udang@ Gulai lemak bayam brazil dan labu

3. Tumis bayam brazil

4. Bayam brazil goreng belacan

5. Bayam brazil goreng tepung

sumber : Zyka Kepochi via Berkebun D Rumah 

IKLAN