Berbanding ibu beranak dua yang sudah banyak pengalaman, bakal ibu pastinya tidak tidak pernah mengetahui cara tepat untuk meneran atau push ketika detik melahirkan tiba nanti.
Apa cara yang betul nak meneran? Betul ke? Pelbagai persoalan yang selalu terjadi bagi bakal ibu. Tak perlu gusar, Dr Maiza Tusimin, Consultant Obstetrician & Gynecologists dari Prince Court Medical Centre kongsikan tipnya.
Fakta Femina : Push @ Teran
Dear mommies to be, memang ada macam-macam tips nak teran. Tapi bila dah sakit, semua lupa. Jadi, bila dah sampai masa nak teran, ini yang Dr Maiza Tusimin, Prince Court Medical Centre & team akan nasihatkan.
Teran dari abdomen ke Miss V
• Teran baby menggunakan otot dalaman abdomen yang membantu rahim untuk menolak baby keluar. Team kami akan kata “mommy, teran macam berak keras.
Ads
Dagu ke dada
• Posisi ini membantu mommy untuk fokus tenaga & ‘kuasa meneran’ ke bawah. (Banyak mommy teran @muka & dada)
Tangan ke kaki
• Jika mommy sampai, pegang pergelangan buku lali semasa teran (semi-upright position). Ketika ini Mr.hubby boleh support belakang badan bila mommy berada dalam posisi ini.
Ads
Kontraksi sebagai panduan
• Di antara kontraksi, mommy rehat kejap & mula tarik nafas bila kontraksi bermula. Teran seiring dengan kontraksi yang kuat. Bagi mommy on epidural, doktor akan guide bila untuk teran & teran dengan kiraan sekurang-kurangnya 10 kiraan setiap kali teran.
Luaskan bukaan peha
• Bukaan yang luas memberi ruang yang lebih kepada kepala baby untuk keluar.
Percaya naluri mommy
• Lakukan apa yang datang secara semula jadi. Ikut naluri & gesaan ‘urge to push’. Ada ketika, mommy on epidural tiada naluri ini. Tetapi sebenarnya bila baby dah sampai bahagian paling bawah pelvik (pelvic outlet), mommy akan rasa berat / tekanan seperti ingin membuang (even with epidural).
Berhenti bila crowning
• Apabila kepala baby sampai ke permukaan faraj (crowning), doktor akan minta untuk kawal pernafasan. Mommy letakkan kepala ke belakang, baring & bernafas dengan perlahan & cepat (seperti meniup beberapa batang lilin). Gaya pernafasan ini menghalang mommy daripada meneran kuat & membolehkan kepala baby dilahirkan dengan lebih perlahan & mengurangkan koyakan perineum.
Kemunculan anak-anak datang kehidupan suami isteri bukan sahaja pengikat kasih ibu ayah, malah mereka jugalah yang menjadikan orang tua menjadi lebih bertanggungjawab dan mengenali erti kehidupan berkeluarga.
Malah, ibu bapa juga tidak pernah berkira untuk anak-anak dan sentiasa menyayangi kesemua mereka sepenuh hati serta sanggup melakukan apa sahaja demi darah daging mereka sendiri.
Termasuklah pengacara terkenal, Dato AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida yang tidak berkira dan sanggup berhabis demi anakanda tercinta dengan membuat kejutan istimewa menghadiahkan sebuah kereta mewah pada hari jadinya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram dan TikTok miliknya, Datin Emylia Rosnaida memuat naik rakaman yang memaparkan reaksi teruja anaknya yang baru mencecah 18 tahun, Muhammad Reeve Damien atau lebih dikenali sebagai Damien tatkala mendapat kejutan istimewa tersebut.
Di hujung rakaman itu, Datin Emylia berharap puteranya itu semakin belajar bersungguh-sungguh setelah menerima hadiah berkenaan.
Selain memberi ucapan tahniah, para peminat serta rakan selebriti menyifatkan remaja itu sangat beruntung kerana dapat memiliki sebuah kereta mewah pada usia yang sangat muda.
Mereka turut percaya ia dilakukan bukan semata-mata demi manjakan anak, sebaliknya Datuk AC tidak mahu anak-anak merasa kesusahan yang pernah dialaminya dulu.
Bahagia itu kita yang ciptakan bukan siapa-siapa. Itulah ungkapan yang sering kita dengar bila berbicara tentang mencari kebahagiaan hidup. Namun, untuk merasai bahagia untuk diri sendiri bukan semudah yang diucapkan buat wanita bergelar isteri dan ibu bila ketika itu sedang berada dipersimpangan delima.
Ini dijelaskan sendiri oleh Peguam Syarie Fahmi Ramli ini yang mengatakan lazimnya demi anak ramai ibu memilih untuk terus bertahan dalam derita.
Apa yang cuba disampaikan olehnya menarik perhatian warganet untuk memahami situasi atau realiti kehidupan.
Ini perkongsiannya;
Tanyalah mana-mana isteri sekalipun, siapa saja yang sanggup nak kahwin tapi menderita dalam perkahwinan. Semua orang tak nak.
Di luar sana saya percaya ramai wanita yang kini, dialah ibu dan dia jugalah bapa kepada anak-anaknya. Bukan kerana dia ibu tunggal, tapi keadaan dia yang membuatkan seolah-olah dia ibu tunggal.
Ibu itulah yang uruskan hal ehwal anak-anak sendirian, ibu itu jugalah yang bekerja siang malam untuk cari nafkah kepada anak-anak. Ada sebilangan kecil yang mungkin dia terpaksa lakukan begitu sebab suami lumpuh, sakit, kematian suami dan hal-hal yang tak dapat dielakkan.
Tapi,
Lebih teruk bila dia jadi ‘Ibu Tunggal’ menanggung segala perbelanjaan diri dan anak-anak, WALAUPUN wanita itu sebenarnya ada suami. Ada beberapa contoh mengapa ibu yang tanggung segala perbelanjaan anak walaupun ada suami yang sihat:
1. Suami banyak hutang peribadi
Kadang-kadang banyak suami yang terpaksa abaikan tanggungjawab menyediakan nafkah wajib kepada anak isteri disebabkan banyak buat Personal Loan, Overlap loan, kereta mahal lebih daripada kemampuan, hutang kad kredit dan macam-macam hutang lain lagi.
Perkara ini berlaku disebabkan lelaki itu sebelum kahwin tidak ada perancangan kewangan yang betul bagaimana nak survive dalam kehidupan selepas kahwin. Dan ada juga disebabkan, hutang yang tinggi ini disebabkan nafsu sendiri seperti nak pakai kereta mahal, hingga bayaran bulanan lebih daripada RM1000, sedangkan gaji baru dalam RM2500.
2. Suami banyak membazir
Pembaziran ini sangat kerap berlaku. Kadang-kadang, benda yang tak patut beli pun dibeli juga. Contohnya, bayaran bulanan Astro/Netflix. Itu satu kehendak sahaja. Kalau tak ada pun, masih boleh hidup. Satu lagi, yang paling ketara adalah, pembelian rokok atau vape. Walaupun ada banyak pandangan ulama’ sudah sebut Haram, tapi, masih lagi ada pembaziran untuk perbelanjaan rokok setiap bulan. Pembaziran itu berlaku bila, benda yang tak diperlukan, kita tetap nak beli. Ia masih berkaitan tentang nafsu.
3. Suami tak bekerja/malas
Ini satu perkara yang paling membuatkan wanita takut nak berkahwin. Bila dapat suami yang malas nak kerja, atau bila dah tak cukup pendapatan tapi tak mahu usaha lebih untuk cukupkan keperluan anak isteri.
Kadang-kadang masih ada lagi suami yang tahu kahwin saja, tapi segala perbelanjaan isteri dan anak-anak, mak dan ayahnya yang tanggung. Ishhh, malu sangatlah kalau nak kahwin, tapi tak mampu berdikari. Lebih baik tak payah kahwin kalau macam tu. Biasa sangat jadi anak manja kalau macam ni.
4. Suami ada banyak isteri
Sepatutnya, orang yang poligami kena ada banyak duit. Sebab setiap bulan mesti banyak perbelanjaan untuk dirinya, isteri-isterinya dan anak-anaknya. Ye lah, lebih besar periuk, lebih banyak keraknya.
Cuma, ada sebilangan suami, yang tak ada kemampuan kewangan pun, tapi nak kahwin lebih juga. Tak boleh cara baik, dia nikah pula dekat Siam. Tak boleh pergi Siam, nikah pula cara sindiket. Lepas tu, anak isteri sedia ada terabailah dari sudut nafkah. Ye la kan, ada isteri baru.
5. Bekas suami jahil
Bila sudah berpisah, biasanya anak-anak diletakkan di bawah jagaan ibu. Jadi, ada sesetengah lelaki yang tak faham, walaupun diterangkan berkali-kali. Hak jagaan tetap di bawah ibu, bapa pula wajib bagi Nafkah.
Ada yang faham, mudah. Tapi bila ada yang tak faham, dia akan mengelak dan buat tak tahu saja bab perbelanjaan wajib anak. Lelaki ini selalu akan cakap, “dah mak dia yang jaga, mak dia la yang tanggung.” Kemudian bila bawak tuntutan ke Mahkamah, mulalah nak marah-marah dan cari seribu satu jalan elak bayar nafkah.
Kenapa ramai wanita tak mahu cerai sebab anak?
Biasanya jawapan yang akan saya dapat adalah bimbang anak itu dibesarkan tanpa bapa.
?????? Saya pun bingung sebenarnya…Adakah bapa kepada anak tersebut akan mati kalau mereka berpisah?
Mungkin pada saya, ramai orang tak nak pisah kerana anak ada sebabnya tersendiri. Cumanya, semua ini bergantung kepada wanita tersebut. Sekiranya, dia sanggup beri peluang untuk suaminya berubah, maka berikhtiarlah sesuatu.
Namun, jika sekiranya anda sudah tidak sanggup lagi menanggung derita, Islam tidak pernah mengHARAMkan atau meMAKHRUHkan berpisah. Bahkan, perceraian itu sendiri adalah Harus jika perkahwinan tersebut mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Kalau tidak, Islam itu akan dilihat sebagai agama yang tidak adil kerana memaksa wanita itu hidup dalam penderitaan dek kerana perbuatan suaminya yang abaikan tanggungjawab.
Semoga dengan pengorbanan anda sebagai isteri dan ibu, dapat suatu ganjaran yang besar dan dipermudahkan Allah atas apa jua urusan anda. Pilihan ditangan anda. Anda yang tentukan kehidupan anda dan anak-anak anda wahai wanita yang kuat dan hebat.
Kebenaran teman isteri bersalin di mana-mana wad bersalin hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkuat kuasa sejak Oktober 2021.
Bagaimanapun, KKM menerusi perkongsian dalam laman Facebook rasminya memaklumkan kebenaran bagi suami atau waris terdekat menemani isteri semasa proses kelahiran anak itu tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Menurut KKM, polisi serta garis panduan itu bersifat dinamik bergantung kepada situasi Covid-19 semasa pelaksanaannya di hospital tertakluk kepada situasi serta kapasiti atau kekangan tertentu bagi memastikan aspek penjagaan rawatan pesakit, keselamatan pesakit serta petugas kesihatan diutamakan.
“KKM sangat prihatin dan teliti dalam pelaksanaan polisi ini bagi memastikan wanita hamil serta bayi baru lahir terjaga kerana mereka merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19,” menurut perkongsian itu.
Orang ramai dinasihati agar menyemak dengan hospital terdekat mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin.
Suami atau ahli keluarga telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 iaitu 14 hari selepas menerima dos kedua vaksin Pfizer, Sinovac serta Astra Zeneca atau 28 hari selepas menerima vaksin CanSino dan Johnson & Johnson.
Selain itu, mereka juga perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 dalam tempoh 72 jam dan membawa keputusan ujian ke hospital atau membeli kit ujian kendiri dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan di tempat saringan yang disediakan.
Bagaimanapun semuanya tertakluk kepada kemampuan sumber manusia dan ruang wad bersalin bagi melindungi privasi pesakit, demikian menurut KKM dalam perkongsian tersebut.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.