Sebagai ibu bapa tentunya jauh di sudut hati kita ingin melihat kejayaan anak-anak di dalam membina kerjaya bila telah dewasa kelak. Bahkan bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat juga, insyaAllah.
Begitu juga yang diharapkan oleh Lisa Surihani, mahukan yang terbaik kepada anak-anaknya iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne serta Yunos Laith.
Meskipun ibu kepada tiga cahayamata ini pernah bergelar anak seni, namun dirinya tidak bercadang untuk mendedahkan anak-anaknya di dalam dunia lakonan. Apatah lagi usia mereka masih kecil.
“Saya tidak boleh memberi kata putus berkenaan hal itu lagi, terlalu jauh lagi dan mereka masih muda.
“Saya masih memikirkan zaman kanak–kanak mereka, persekolahan, pendidikan dan juga agama di dalam diri mereka.
Ads
“Saya terungin melihat anak saya berjaya sebagai seorang doktor, peguam dan sebagainya,” ujarnya lagi.
Menerusi laporan Gempak, Lisa ada memberitahu dia tidak boleh membuat keputusan lagi namun sebagai ibu pastinya dia mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.
Meskipun begitu, Lisa meluahkan rasa keterujaan apabila kedua–dua anaknya, Yahaira dan Yusof terlibat dalam penggambaran video keselamatan dalam pesawat syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Enfiniti (M) Sdn. Bhd.
Ads
Kemunculan Satu Keluarga
Sebelum menerima tawaran Datin Seri Tiara Jacquelina, Lisa mengambil sedikit masa untuk memikirkan keselesaan kedua–dua anaknya.
“Sebenarnya Puan Seri Tiara pada mulanya memanggil suami saya bekerjasama untuk mengarahkan muzik video tersebut, kemudian beliau mempelawa saya untuk turut serta sekali.
Ads
“Dan akhirnya saya memutuskan untuk bawa mereka bersama, ini juga merupakan kemunculan kami satu keluarga di dalam muzik video.
“Bila mereka dah berlakon tu, pada mulanya mereka tidak faham berkenaan apa muzik video ini, jadi saya perlu menjelaskan kepada mereka sehingga mereka memahaminya dan saya melihat reaksi mereka sangat seronok,” ujarnya.
Tahukah anda, bahawa tidur memainkan peranan penting bagi perkembangan otak kanak-kanak dan remaja. Tidur yang cukup memastikan otak dan tubuh sihat dan aktif.
Dalam hal ini, sudah tentu ibu bapa, sangat merunsingkan apabila anak sukar untuk tidur malam. Setelah seharian bekerja, tentunya sangat meletihkan untuk berjaga anak-anak terutama anak kecil.
Nak tahu tipnya, boleh cuba perkongsian ini.
Nak didik anak tidur awal?
1.Ibu ayah kena belajar ‘tidur’ awal
2.Didik dari awal kelahiran (baby perlu masa untuk adjust waktu tidur)
✅Make sure anak selesa sebelum bawa dia tidur
✅Tetapkan waktu anak untuk tidur. (tengah hari dan malam)
✅Ajar waktu siang dan malam kepada baby baru lahir.
🌞Waktu siang, letak anak dekat luar bilik
🌙Waktu malam, masukkan dalam bilik
3.’Matikan’ suasana rumah pada waktu tidur.
Contohnya tiada bunyi television dan bunyi bising yang lain
4.Jangan ganggu waktu anak tidur.
Elakkan bawa anak berjalan pada waktu sepatutnya anak tidur.
Biarkan anak serasi dahulu dengan jadual tidur yang sudah ditetapkan.
Tips ini saya praktikkan untuk kedua dua anak. Alhmdulillah setakat hari ini dua orang anak saya tidur awal dan bangun juga awal.
InsyaAllah ibu dan ayah boleh praktikkan tips ini.
5.Rutin sebelum tidur
Kalau saya, sebelum tidur saya akan buat pillow talk/bed time story.
So, bila masuk saja waktu tidur, saya ajak anak anak ke dalam bilik dan bersedia untuk mulakan rutin.
Setiap keluarga mempunyai pendekatan tersendiri dalam membesarkan anak-anak. Ada yang lebih menekankan aspek pemakanan, pembelajaran atau rutin harian, namun bagi pelakon dan usahawan Hanis Zalikha, penjagaan waktu tidur anak adalah antara perkara paling asas yang tidak boleh dipandang ringan.
Menurut Hanis, walaupun setiap keluarga mempunyai gaya keibubapaan yang berbeza, waktu tidur anak tetap menjadi salah satu perkara penting yang memberi kesan besar terhadap perkembangan mereka sejak usia bayi lagi.
Katanya, jika ada satu perkara yang boleh dikaitkan dengan hampir semua aspek penting dalam tumbesaran anak, ia adalah menjaga waktu tidur mereka dengan baik.
“Setiap keluarga mempunyai gaya yang berbeza.
“Tetapi jika ada satu perkara sahaja yang boleh saya kaitkan dengan hampir semua aspek penting adalah menjaga waktu tidur anak.
“Ini adalah asas utama kerana perkara itu membentuk segalanya dari seawal bayi, daripada tumbesaran, pembentukan disiplin, perkembangan mental, keupayaan mengawal emosi, ketinggian, fokus dan banyak lagi yang boleh saya senaraikan,” katanya.
Jelas Hanis, rutin tidur yang baik bukan hanya membantu anak mendapatkan rehat yang mencukupi, tetapi turut mempengaruhi banyak aspek lain dalam kehidupan mereka. Antaranya termasuk tumbesaran fizikal, pembentukan disiplin, perkembangan mental, keupayaan mengawal emosi serta tahap fokus anak-anak.
Dalam kehidupan seharian yang semakin sibuk, ramai ibu bapa kadangkala terlepas pandang perkara yang nampak kecil ini. Sedangkan waktu tidur anak yang teratur boleh memberi kesan jangka panjang terhadap kesejahteraan mereka. Anak yang mendapat tidur mencukupi lazimnya lebih cergas, mudah memberi tumpuan dan lebih bersedia menjalani rutin harian dengan baik.
Hanis menekankan bahawa perkara ini bukan sesuatu yang hanya perlu diberi perhatian apabila anak sudah besar, sebaliknya bermula sejak mereka masih bayi. Pada fasa awal kehidupan, tidur memainkan peranan penting dalam menyokong proses perkembangan otak dan tubuh badan.
Apabila waktu tidur anak dijaga dengan konsisten, ia membantu membentuk rutin yang lebih stabil. Anak juga cenderung membesar dalam persekitaran yang lebih teratur, sekali gus memudahkan ibu bapa mengurus jadual harian mereka. Perkara seperti bangun pagi, waktu makan, waktu bermain dan waktu belajar biasanya menjadi lebih seimbang apabila tidur mereka cukup.
Bukan itu sahaja, anak yang mendapat tidur berkualiti juga lazimnya lebih tenang dari segi emosi. Mereka kurang meragam, lebih mudah menyesuaikan diri dan mempunyai daya tahan yang lebih baik dalam menghadapi aktiviti harian. Sebab itu, ramai pakar turut melihat tidur sebagai salah satu komponen asas dalam perkembangan kanak-kanak.
Dalam pada itu, Hanis turut menasihatkan ibu bapa supaya tidak hanya mengambil pandangan berdasarkan pengalaman peribadinya semata-mata, sebaliknya merujuk juga kepada sumber yang lebih sahih seperti kajian dan pandangan pakar.
“Saya boleh bercakap panjang lebar tentang pentingnya tidur awal dan tidur yang berkualiti.
“Tetapi jangan hanya ambil daripada kata-kata saya, baca kajian, dan dengar pandangan pakar,” ujarnya.
Pendekatan itu menunjukkan bahawa perkongsian mengenai waktu tidur anak bukan sekadar pendapat biasa, tetapi satu perkara yang memang mempunyai sokongan dari sudut ilmu dan pemerhatian pakar. Nasihat seperti ini juga penting supaya ibu bapa tidak terlalu bergantung kepada trend atau petua tertentu tanpa memahami keperluan sebenar anak masing-masing.
Perkongsian Hanis itu sekali gus memberi peringatan bahawa rutin tidur anak bukan perkara kecil, sebaliknya satu asas penting dalam membantu membentuk perkembangan yang sihat sejak awal usia.
Apabila ibu bapa memberi perhatian serius terhadap waktu tidur anak, mereka sebenarnya sedang membantu membina asas kehidupan yang lebih baik untuk jangka panjang. Anak yang cukup tidur bukan sahaja mempunyai tubuh yang lebih segar, malah lebih mudah fokus ketika belajar, bermain dan berinteraksi dengan orang sekeliling.
Perkongsian Hanis Zalikha ini boleh dijadikan peringatan berguna buat ibu bapa agar tidak memandang remeh kepentingan tidur yang berkualiti dalam rutin harian anak-anak.
Aplikasi Nuramma ciptaan mahasiswa Indonesia, Ali An Nuur, menggunakan teknologi AI untuk membantu kanak-kanak menghafal Al-Quran. Inovasi ini turut melayakkan beliau memenangi Apple Swift Student Challenge 2026.