Mencipta ruangan di dalam kediaman untuk nampak mewah pastinya akan terkesan dengan pemilihan perabot yang digunakan. Umumnya perabot bersaiz besar daripada material kulit atau fabrik berkualiti tinggi dan kaki perabot pula diperbuat daripada kayu rona gelap atau besi berwarna kuning keemasan. Ciri-ciri ini jelas sekali akan menampakkan gaya dekorasi mewah yang diharapkan.

Selain itu menyerlahkan lagi elemen elegan dan mewah pada rekaan perabot, kebiasaannya turut diberi kemasan detail dengan penggayaan paku pada bahagian-bahagian tertentu. Ini sekali gus menampakkan perabot tersebut di dalam kelasnya yang tersendiri.

Pastinya harga untuk memiliki perabot dengan citarasa mewah seperti itu ada nilai yang tinggi perlu dibayar.

Mahukan Mood Mewah Di Meja Makan, Ibu Ni Pakukan Sendiri Kerusi Dengan Bermodalkan RM70 Sahaja!

Pun begitu, hendak seribu daya dan kalau sudah namanya kreatif ada sahaja yang boleh dilakukan untuk mencapai keinginan memiliki ruangan yang serba mewah.  Ini sebagaimana apa yang diilhamkan oleh Puan Amy Sharina Kaneshiro yang kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah dalam memperindahkan lagi kerusi makan dengan menambah paku sendiri menjadikan kerusi yang sedia ada nampak mewah dan istimewa.

Perabot SSF beri inspirasi

Saya buat begini, sebab saya suka barang-barang di ssf tu, kebanyakan barang-barang mewah dan sofa/armchair dia mesti ada paku2-paku ni. Tapi harga selalunya mahal,so saya nak jimat, dan tak mahu  membazir buang kerusi lama so saya makeoverkan dia nampak ala-ala kerusi kat ssf tu. Jadi saya beli paku tersebut di shoppee. AliExpress pun ada tapi tak sampai lagi pakunya.

IKLAN
Mahukan Mood Mewah Di Meja Makan, Ibu Ni Pakukan Sendiri Kerusi Dengan Bermodalkan RM70 Sahaja!
Ingin tiru gaya sebegini

Kos hanya RM70 je

Kos cuma RM70 untuk 1000pcs paku. Sebijik kerusi saya paku sebanyak lebih kurang 130pcs paku. Total ada 6 kerusi saya ambik masa dua hari untuk menyiapkannya dan hanya belah siang je, malam saya tidak bertukang.

Mahukan Mood Mewah Di Meja Makan, Ibu Ni Pakukan Sendiri Kerusi Dengan Bermodalkan RM70 Sahaja!Mahukan Mood Mewah Di Meja Makan, Ibu Ni Pakukan Sendiri Kerusi Dengan Bermodalkan RM70 Sahaja!

Selepas diberi sentuhan DIY

Mahukan Mood Mewah Di Meja Makan, Ibu Ni Pakukan Sendiri Kerusi Dengan Bermodalkan RM70 Sahaja!

IKLAN

Macam-macam lagi DIY 

Ya kebanyakan saya diy, kat dinding wainscoting tu pun saya buat sendiri. Biasanya mana yang kalau upah orang buat tu mahal saya akan ambil inisiatif buat sendiri.

Mahukan Mood Mewah Di Meja Makan, Ibu Ni Pakukan Sendiri Kerusi Dengan Bermodalkan RM70 Sahaja!

Cermin petak-petak kat dinding tu saya tampal-tampal sendiri guna cermin ikea. Kos jauh lebih murah dari tempah. Tapi belum siap sepenuhnya cermin tu actually, sebab saya kat kk. Belum ada masa lagi nak pergi beli cermin lagi di ikea. Nak potong-potong cermin tu, nak bubuh frame.

IKLAN

Sentiasa Kemas, Anak Perlu Disiplin

Mahukan Mood Mewah Di Meja Makan, Ibu Ni Pakukan Sendiri Kerusi Dengan Bermodalkan RM70 Sahaja!

Saya housewife ada anak 3 orang, dua bersekolah rendah lagi dan seorang berumur 2 tahun lebih. Walaupun anak kecil saya tu memang suka sepah barang mainan dia. Saya biar dia sepah main.

Tapi lepas tu ajak dia kemas balik. Yang anak besar-besar tu saya disiplinkan untuk simpan balik barang sebaik je lepas guna jangan tinggal-tinggalkan merata. Untuk barang-barang deko dan kaca-kaca tu alhamdulillah anak-anak tak kacau sangat. Mula-mula tu sibuk gak la nak tengok-tengok tapi lepas tu sudah tidak hairan lagi, dia main mainan dia sahaja.

Sumber: Amy Sharina Kaneshiro

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI