Isteri selalu komplen, semut selalu naik atas meja. Buka tudung saji, tengok semut tengah kendurikan makanan.
Terus tak de mood nak makan then ajak kita makan kat luar. Selalu makan kat luar tak elok tuan-tuan, tak sihat, poket suami demam nanti.
Jom praktik kan petua ini.
Memang tuhan buat orang lelaki ni pantang dengar masalah, mesti otak berputar mencari penyelesaiannya. Bercampur pulak darah patent dalam diri, lagi lah laju (sebenarnya dah tak larat nak dengar hehe).
1. Mula-mula cari stokin yang kau sendiri dah menyampah nak pakai. Atau kau dah jadi pengikut tegar Wak Doyok yang memang tak pakai stokin lagi senang, ambik je mana stokin kau suka.
Ads
2. Pastu potong 4. Lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja kau 6, potong 6 lah.
Ads
3. Sarungkan kat kaki meja, pastu spray perfume. Ikutlah jenama apa yang isteri kau suka, Ridsect pun boleh, Baygon pun boleh. Jangan guna Versace sudah lah.
Spray keliling untuk kesan yang lebih efektif.
Ok sekarang bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun dah malas nak panjat meja makan tu.
Setiap orang mengimpikan untuk memiliki sebuah majlis yang istimewa untuk hari-hari yang tertentu mengikut citarasa tersendiri dalam sentuhan hiasan dalamannya seperti majlis perkahwinan atau pertunangan.
Namun begitu, berbeza pula dengan seorang gadis ini merisik hanya di kedai makan telah tular beberapa hari ini di laman Tiktok.
Video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang bernama @aidadaud7yang juga merupakan kakak sulung kepada seorang adik lelaki yang ingin merisik buah hatinya telah mendapat perhatian ramai dan menjadi tular kerana majlis merisik adiknya yang begitu sederhana.
Dalam video tersebut juga dapat dilihat ibu dan ayah kepada wanita yang dilamar tersebut. Ibu wanita yang dilamar iaitu wanita yang memakai tudung merah dan kelabu itu pada awalnya tersilap ingin menyarungkan cincin kepada anak perempuannya.
Kemudian, kakak lelaki yang ingin melamar tersebut atau dengan panggilan kaklong telah menegur dan mengambil tugasan menyarungkan cincin tersebut. Mereka kelihatan sangat mesra dan mendapat pujian daripada orang ramai kerana kelihatan tidak kekok dan bersahaja.
Kaklong yang merupakan bakal kakak ipar gadis tersebut juga sempat ‘sound’ dengan nada bergurau dengan mengatakan “kahwin elok-elok, kalau berkelahi aku rembat”. Kesemua mereka tertawa dengan jenaka tersebut dan dipersetujui oleh ibu kepada wanita yang dilamar itu. Berdasarkan video itu, ramai yang memuji dan menyatakan hasrat mereka untuk mengadakan majlis sederhana seperti tu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji majlis yang dibuat secara ringkas ini kerana lebih memudahkan dan tidak perlu berbelanja lebih. Malah, ada juga individu lain yang berkongsi cerita mereka turut buat majlis sebegini sebelum ini.
Sumber: Tiktok aidadaud7
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lantai vinly mungkin tak ramai yang tahu cara memasangnya. Tetapi sebenarnya kaedah ini cukup menjimatkan malah tuan rumah boleh memasangnya sendiri.
Cukup mudah, tak perlu membazir upah kontraktor untuk melakukannyta.
Nak tahu caranya boleh baca perkongsian dari saudara Izzul Islam. Jelasnya lagi, dengan kaedah itu, dia dapat menjimatkan modal sebanyak RM2500 dan hanya mengeluarkan belanja kira-kira RM532 sahaja.
Tak sangka boleh jimat hampir RM2500. Sebenarnya dah lama survey laminate flooring, tapi tak jumpa yang melekat di hati. Mozek dekat rumah ni memang agak kurang memuaskan. Ada yang retak, ada bahagian kotoran tak hilang dan ada bahgian yang kopak sedikit. Baru-baru ni nampak makin ramai orang post pasal vinyl. Harga pun agak murah berbanding laminate flooring. So apa lagi.. Terus bertindak.
Untuk vinly ni, ada 3mm dan 2mm. Untuk 3mm perlu guna vinyl adhesive. Untuk 2mm macam sticker, buka terus boleh tampal. Apa yang paling penting vinyl ni ada texture. Tu yang sedap memijak tu. Saya pilih 2mm memandangkan harganya agak murah. 1 box RM29, ada 16 pcs dengam size 36in x 6in / pcs. Saya beli 17 box. Kalau nak ikutkan hanya perlu 16 box. Saja beli lebih untuk standby. Walaupun vinyl ni dah ada pelekat, saya beli lagi gam tambahan untuk kasi lebih kuat melekat. Total spent dekat sini RM532.
Nak pasang pun mudah. Susun macam main puzzle je. Bila dah siap, nampak macam ada yang kurang. Rupanya skirting tak ada. Maka beli lah dekat shopee 27 meter. Total semua RM130.25. Total keseluruhan RM682.25 termasuk tools RM20. Nak pasangnya mudah, tapi paling baik buatlah lebih daripada seorang.
Bukan apa, tangkap pinggang oii.. Saya buat demam 2 hari. Oh ya.. Saya beli vinyl ni dekat Nilai 3. Boleh tengok alamat di resit gambar last sekali. Tag la pasangan korang. Mana tau ada rezeki boleh buat
…………………………………………………… Nak baca lagi perkongsian saya?Jom join channel saya untuk dapatkan tips, panduan dan info terkini tentang hartanah, kewangan dan perlindungan. 1. Klik https://t.me/IzzulislamSK
2. Klik JOIN. #izzulislam
Selain itu, bagi anda yang mempunyai masalah pada lantai rumah terutama bagi masalah tikar getah selalu terkoyak. Boleh cuba tip mudah ini iaitu cat lantai tersebut.
Tip ini dikongsikan oleh Man Masyitahmenerusi Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY ini.
Hanya DIY sendiri dengan menggunakan cat epoxy ini bagi menggantikan tikar getah yang terkoyak.
Sorry u all since posting sy pasal cat epoxy ganti tikar getah lma yg koyak tu bertubi-tubi comments masuk sorry x dpt nk response smua comment coz terlalu bnyak sgt..
Sy pn bru 1st time cat epoxy ni dkt rmah yg sy swa ni sblum ni pon pkai tikar getah jer..idea ni dpt dri member kita jgk dlm group ni thanks ya..
Cat ni nma epoxy ivory heavy duty
Sy bli 5 liter rm135 jer
Cara2 pengunaan nya
-cat ni kna bancoh dgn epoxy hardener
– once dh bancoh kna gunakan sampai hbis klu x cat akn membeku.
-tempoh masa utuk kering lbih kurang 2 jam tp lg better biarkn seharian
-bnyak pilihan warna jga antarany grey,green yellow n bnyak lg lh..
-sy cat mngunakn brush roller yg kecil ada contoh dlm gambar kt bwah..
-klu bleh guna kn brush kicil untk sapu d bahagian tp dahulu kmudian bru lh guna roller di bahagian tgh..
Apa lg ya ok cukup kot..
Slamat mncuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.
Sebagai seorang sahabat dan ibu, Didie memahami kesukaran yang sedang dihadapi oleh Amyza dan keluarganya. Didie atau nama sebenarnya Nur Fadzilah Ali, 54, berkata walaupun sibuk dengan urusan lain, dia tetap mencari ruang untuk bertemu Amyza bagi memberi semangat.
“Walaupun ujian ini berat untuk diterima, mummy (Didie) tetap luangkan masa walaupun sekejap untuk bersama Amyza. Saya memberikan semangat dan cuba menceriakan dia. Sama-sama kita doakan buat sahabat mummy,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Selain memberikan sokongan moral kepada Amyza, Didie turut mengambil kesempatan untuk meraikan ulang tahun ke-19 anak Amyza, Andre Mikail, di Wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Didie dan Amyza menyanyikan lagu selamat hari jadi buat Andre, yang tidak dapat menahan air mata kerana terharu dengan kejutan tersebut.
“Sebenarnya berat hati nak muat naik video ini, tapi hari ini adalah hari istimewa buat Andre. Hari ini ulang tahunnya yang ke-19. Mummy doakan Andre terus kuat ya sayang. Mummy juga mohon doa dari semua, semoga ada keajaiban buat Andre dan dia cepat sembuh,” ujar Didie.
Sebelum ini, Amyza memaklumkan bahawa anak sulungnya, Andre, telah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga pada 15 Februari lalu. Selepas tiga minggu menerima rawatan di Hospital Ampang, Andre telah dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.