Siapa kata Encik suami tidak kisah tentang penjagaan berat badan. Contohnya lelaki bernama Wan Muhammad Hafiz Satar ini. Dia begitu konsisten mengamalkan minum teh hijau demi untuk pastikan berat badannya kekal ideal.
Jom kita baca perkongsiannya semoga bermanfaat untuk yang ingin maintain berat badan sepertinya.
Amalan saya sejak dari usia muda lagi meminum Teh Hijau utk maintain berat badan.
Ads
Percaya atau tidak dengan meminum secawan Teh Hijau satu jam sebelum tidur ia membantu membakar lemak ketika tidur dan takkan halang kita dari tidur nyenyak…. selain itu takdelah kita nak bangun buang air kecik tengah² mlm.
Caranya Begini
Ads
Tapi perlu ingat.. teh hijau perlu direndam dalam air panas selama 2 minit shj dan pengambilan teh hijau hanya diperlukan 3-5 cawan sahaja sehari tak tak boleh diambil secara berlebihan kerana pengambilan teh hijau yang kerap juga boleh menimbulkan masalah pada ginjal…. Fluoride biasanya dikeluarkan secara semulajadi oleh badan melalui buah pinggang. Tetapi apabila terlalu banyak, ia bakal membentuk mendakan kristal pada tulang,..
Ads
Perlu Tahu
Tindak balas teh hijau sangat berbeza walau mampu menurun kan berat badan dengan baik,..tetapi ianya juga bukannya menghilangkan penyakit, malah mampu mendatangkan berbagai penyakit yang kronik, terutama bisa2 badan dan lemah2 badan tanda2 awal nya,..
Sumber : Wan Muhammad Hafiz Satar via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Eksklusif pada Hari Malaysia, Kopi Wonda akan meraikan wira wira harian di kalangan kita yang sedia membantu tanpa memikirkan diri sendiri. Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan Wira Wonda Kita.
Anda akan menyaksikan Wonda mengambil alih saluran Astro Ria dan Astro Radio, menukar nama mereka kepada Astro Wonda Ria dan Wonda FM sepanjang hari. Dua saluran ini akan memaparkan kisah-kisah khas inspirasi tentang wira-wira yang diberi gelaran WIRA WONDA KITA, sesuai dengan jasa mereka yang sentiasa ada saat diperlukan dan membuatkan kita bangga menjadi rakyat Malaysia.
Wira Tanpa “Superpower”
Bila bercakap tentang ‘hero’, kita sering kaitkan dengan individu yang mempunyai kuasa luar biasa dan keupayaannya menyelamatkan dunia. Hakikatnya, di dunia realiti orang biasa juga boleh diangkat sebagai wira sejati. Sebagai contoh, individu yang bantu orang tua melintas jalan. Tak perlu sampai selamatkan bumi, cukup hanya dengan lakukan perkara ‘basic’ tapi mampu memberi inspirasi kepada orang lain supaya sentiasa membantu.
Sebagai contoh, satu kisah yang menyentuh hati dan penuh inspirasi, Uncle Mike (Micheal Tong Wai Siong) yang ikhlas menjaga dan membesarkan 3 adik beradik anak yatim yang berlainan bangsa darinya, Dr Haniif Ahmad Mazian yang berani membantu & mempertaruhkan nyawa dalam menjalankan kerja sukarelawan di bumi Palestin, dan Puan Matron Fadzilah Abdul Hamid yang banyak memberi perlindungan kepada pesakit-pesakit HIV di Rumah Solehah miliknya.
Calonkan Wira Wonda Anda
Berikut adalah kisah wira yang telah kami kongsikan, kini giliran anda untuk mencalonkan wira sejati yang telah membantu anda atau orang lain.
Dengan diberikan gelaran sebagai WIRA WONDA KITA, mereka yang dicalonkan ini boleh diibaratkan sebagai hero yang sentiasa ada di saat kita memerlukannya.
Inilah masanya untuk kongsikan kisah-kisah wira penuh inspirasi yang harus diberikan penghormatan yang selayaknya. CALONKAN MEREKA di www.wirawondakita.comdan lima kisah wira terpilih akan berpeluang membawa pulang RM10,000 dan akan diraikan di rancangan MELETOP pada 1 Oktober di Astro Ria (saluran 104).
Hasil gabungan inisiatif ini diwujudkan bagi memberi penghargaan khas untuk wira-wira yang sentiasa sedia membantu masyarakat tanpa mengira waktu dan batasan sekaligus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar sentiasa membantu antara satu sama lain.
Diinspirasikan oleh Wonda Kopi Kluang baharu. Cita Rasa Kita, Wira Kita.
(Tertakluk terma dan syarat)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cabaran mendidik anak-anak sebenarnya cukup besar dan tidak dinafikan ia adalah satu ujian terbesar buat mak ayah. Terutama dalam berlaku adil sekali gus tidak membeza-bezakan anak-anak. Dengan kata lain, tiada istilah anak kesayangan sebaliknya semua harus dilayan sama rata.
Begitu juga dalam hal jantina anak. Usah membeza-bezakan anak-anak baik lelaki mahupun perempuan. Semuanya sama sahaja, lahir dari kasih sayang anda berdua, justeru kenapa perlu nak pilih kasih.
Perkongsian oleh Hj Hushim Hj Salleh, Kaunselor Motivasi ini wajar dijadikan peringatan buat mak ayah dalam mendidik dan membesarkan anak-anak sebaik mungkin tanpa perlu membanding atau membeza-bezakan mereka.
Beliau berkongsi pengalaman mengendalikan kes seorang anak yang masih berdendam dengan arwah bapanya. Menurut empunya diri, sejak kecil dia selalu dibeza-bezakan antara adik beradiknya.
Baik dari segi akademiknya berbanding adik beradiknya yang lain. Sehingga meninggalkan trauma pada si anak tersebut. Parutnya masih berbekas sejak kecil sehingga membawa ke alam dewasa dan mempunyai anak sendiri.
‘Kita jangan melihat anak semuanya negatif. Paling tak bagus sekali kita membeza-bezakan anak kita. Anak nombor satu pandai, mendengar kata. Sehinggakan ada anak berdendam dengan ayahnya.
“Walaupun umur sudah tua, si anak ini menangis-nangis dan bercerita bagaimana arwah ayahnya dulu selalu beza-bezakan anak-anak. Katanya dia yang paling tak pandai dalam adik-beradik. Adik -beradik lain semua pandai masuk asrama berbanding dia. Ayahnya cakap semua anaknya pandai kecuali dia seorang. Si anak ini simpan dalam hati.
Pesan Haji Hushim lagi, usah beza-bezakan anak baik dari segi warna kulit, pencapaian akademik mahupun akhlak moral.
“Dalam banyak kes saya, akhirnya yang bela ibu bapa adalah anak yang tak pandai. Manakala yang pandai semua sibuk.
“Sebab tu jangan beza-bezakan kerana kesannya membawa kepada dewasa. Kerana itu ibu bapa kena kawal mulut dari mengeluarkan perkataan tak sepatutnya. Budak ni akan simpan sampai dewasa,”jelasnya lagi.
Tonton video ini untuk mengetahui lebih detail tentang perkongsian ini. Semoga bermanfaat buat semua!
Masih ingat dengan kisah Abil Fikri Ahmad, seorang suami satu dalam sejuta yang telah berkorban segalanya untuk menjaga isterinya yang terlantar sakit?
Kisahnya pernah tular suatu ketika dahulu selepas mengambil keputusan berhenti kerja dan menjaga isterinya sepenuh masa. Mendapat jolokan Duda Idaman Malaya, kisah ketabahannya menjaga isteri Fauziah Muhamad yang menderita penyakit saraf otak sehingga meninggal dunia pada 2 April 2013 diingati sehingga kini.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 13 Mac 2009, namun selepas dua tahun merasai nikmat alam rumah tangga, isterinya mendapat serangan asma pada 22 Jun 2011 dan sejak itu dia disahkan lumpuh selain saraf otaknya tidak lagi berfungsi.
Akhiri zaman duda selepas lima tahun
Selepas lima tahun hidup menyendiri, Abil Fikri Ahmad, mengakhiri zaman dudanya dengan suri hati Nor Aida Mohamad pada Julai tahun lalu.
Dia dalam pada itu, meluahkan rasa syukur kerana kekosongan jiwanya selepas pemergian isteri kini terisi dengan kehadiran isteri baru yang disifatkan seorang yang memahami.
Isteri baru sama negeri dengan arwah
Menurutnya, perkenalannya dengan isteri bermula sebagai rakan blogger, namun masing-masing tidak pernah meluahkan isi hati.
“Isteri antara rakan blogger yang rapat dan banyak membantu saya. Lagipun kebanyakannya sudah berkahwin dan dia pula masih bujang pada waktu itu, sudah tentulah saya lebih rapat dengannya,” jelas Abil sambil mengakui Nor Aida yang berjaya mencuri hati Abil Fikri juga berasal dari Terengganu sama seperti Allahyarhamah Fauziah.
“Tapi, kami tak pernah declare sebagai pasangan kekasih pun. Cuma, Disember lalu saya mencuba nasib melamarnya dengan soalan bergurau sama ada sanggup berkahwin dengan saya. Tak sangka dia menjawab ok,” katanya.
Bekas perunding kewangan itu turut berkongsi rasa apabila bakal menimang cahaya mata sendiri dalam usia 50 tahun.
Allah sedia ‘hadiah’ istimewa
Malah, katanya, berita gembira itu dikhabarkan isterinya pada sambutan ulang tahun kelahirannya pada 28 Januari lalu sekali gus menjadi hadiah paling besar dalam hidupnya.
“Pada Julai tahun lalu, saya menemui pengganti teman hidup selepas lima tahun hidup sendiri dan tahun ini saya bakal bergelar bapa pula. Bayangkan dalam usia begini baru dapat rasa perasaan macam mana bergelar bapa.
“Awalnya saya seperti tak percaya, blur dan tidak terkata bila isteri memberitahu berita kehamilannya. Termenung seketika waktu itu, lama-kelamaan baru saya rasa seronok. Alhamdulillah, Tuhan nak bagi kita tak tahu, dulu saya jaga arwah sakit dan apabila dia ‘pergi’ saya rasa ‘alone’ kerana tak ada orang nak ceriakan hidup saya.
‘Rupanya Allah nak sediakan ‘hadiah’ yang cukup istimewa buat saya. Betapa besarnya nikmat yang Dia beri kepada saya. Saya sangat bersyukur dan gembira dengan kurniaan ini. Dapat isteri yang baik dan memahami. Kehadiran Aydan Mikail pada 19 September lalu cukup bermakna buat saya.
Kehidupan si kecil cukup bermakna
Malah pengalaman menjaga arwah isteri yan sakit juga memberi kelebihan untuknya menguruskan anak kesayangannya ini. Memang pada pandangan mata kasar, orang di luar sana sedih melihat dirinya yang berkorban menjaga isteri.
Sebaliknya bagi Abil, pengalaman enam tahun lepas banyak memberi pengajaran padanya tentang erti kasih sayang dan tanggungjawab.
Malahan terdapat juga pengalaman sampingan ketika itu yang dapat dirinya praktikkan hari ini. Seperti mana memandikan arwah, kini Abil dapat memandikan dan menukar lampin pakai buang anaknya tanpa kekok.
Pengalaman masa lalu dapat digunapakai Abil dalam kehidupan bersama isteri barunya, Nor Aida dan cahaya mata mereka. Kedatangan Aydan adalah pengganti kepada kesedihan yang telah dia lalui dahulu.
“Selama ini saya memang tidak pernah jangka akan berkahwin semula dan akan mempunyai anak, maklumlah saya menduda dalam usia lewat 40-an. Lagi pun ketika itu saya memang masih sayangkan arwah isteri, bahkan sehingga hari ni sayang dan cinta saya pada dia meningkat dari hari demi hari,” kata Abil lagi.
Rutin jenguk ibu arwah
Bercerita mengenai keluarga sebelah arwah, Abil Fikri berkata, saban tahun rutinnya adalah menziarahi ibu arwah isterinya di Terengganu.
” Walaupun sudah ada isteri baru tetapi ibu arwah Gee tetap ibu saya selamanya. Rutin saya melayaninya sehingga kini tetap sama.
Isteri bukan pengganti arwah
Malah, dia yang kini aktif sebagai penceramah bersyukur kerana Nor Aida sangat memahami dan tidak pernah cemburu.
“Saya tak pernah anggap Aida sebagai pengganti arwah kerana pada saya mereka adalah dua insan yang berbeza. Saya berkahwin bukan kerana nak cari ganti kerana arwah tiada galang gantinya. Tetapi saya kahwin lain kerana nak cari isteri baru. Mereka ada keistimewaan masing-masing dan saya tidak pernah terfikir untuk membandingkan mereka berdua.
“Kahwin kena ada rasa suka dan sayang, tapi sebab kami dah biasa buat kerja bersama memandangkan dia PA saya, jadi apa jua masalah saya ceritakan padanya. Ada benda yang saya tak ceritakan pada orang lain, tetapi dengan Aida mudah untuk saya luahkan.
“Malah, dulu saya selalu berdoa mengharapkan jodoh buat kali kedua dengan wanita berasal dari Terengganu iaitu sama dengan arwah isteri, itu juga Allah makbulkan. Bila satu kampung ini, senanglah saya nak pergi ziarah. Paling saya terharu kerana ibu arwah juga merestui hubungan saya dengan isteri.
“Alhamdulillah, lepas kahwin barulah saya rasa nikmat nak bercinta. Tak sangka cinta selepas nikah lebih menyeronokkan dan rasanya lain macam. Waktu isteri beritahu dia hamil, saya sempat bergurau, kononnya anak kami umur 10 tahun nanti saya dah macam ‘atuk’ pada anak sendiri,’ seloroh Abil yang mengakui selain memahami, isterinya juga matang dan tidak cepat melatah biarpun tahu suaminya itu mempunyai ramai ‘follower’ di media sosial.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.