Bagi setiap pasangan, pasti anda ingin memberikan sebuah kenangan terindah untuk anak-anak tidak kiralah sama ada sewaktu mereka lahir, sambutan hari jadi atau majlis-majlis yang dibuat untuk meraikan anak anda.
Seperti pasangan ini, Datuk Addy Kana dan juga isterinya Datin Alyaa Syuhaila telah mengadakan majlis aqiqah yang serba mewah untuk anak bongsunya.
Majlis yang diraikan seperti majlis perkahwinan itu dilihat membawa masuk Alyaa diiringi beberapa pengapit. Kelihatan pula Addy Kana membawa anak mereka dengan menggunakan sebuah stroller mewah.
Kelihatan Addy dan isterinya Datin Alyaa Syuhaila mengenakan busana berwarna putih dan tetamu yang hadir juga mengenakan warna yang sama.
Apa yang menarik perhatian adalah stroller yang dibawa oleh Datuk Addy Kana yang sememangnya diimpikan oleh setiap pasangan untuk anak mereka. Dengan reka bentuk klasik, harga bagi jenama stroller tersebut mencecah hampir RM14,000.
Ads
Terdahulu seorang pempengaruh Ryzal Ibrahim Durian Kimchi pernah dikritik kerana membeli stroller bayi mewah untuk anaknya Rina yang bernilai sehingga RM20,000.
Ads
Namun Ryzal menjelaskan bahawa stroller jenis British Royal Pram buatan tangan yang diimport dari England itu kini nilainya sudah mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.
Dia menganggap pembelian yang dilakukan itu sebagai satu pelaburan.
“Haritu beli RM20k je sekarang dah RM270k. Esok kita kita salut rose gold, siapa nak beli boleh lah saya jual murah-murah RM170K. Ini baru kita panggil pelaburan,” katanya.
Bagi pasangan yang telah berkahwin, sudah semestinya mahukan anak sebagai penyambung warisan dan sekali gus menyempurnakan dan menceriakan lagi rumah tangga yang dibina.
Pun begitu, rezeki setiap antara kita berbeza. Ada yang dikurniakan anak dalam tempuh yang cepat dan tidak kurang pula ada yang perlu menunggu dalam tempoh yang lama untuk menimang cahaya mata.
Umpamanya bagi Mohd Saiful Azmi Shamsudin Khan yang dianugerahkan anak sulung ketika berusia 43 tahun setelah 15 tahun menanti.
Kehadiran Putri Edreehana Masyael yang kini berusia dua bulan disifatkan hadiah teristimewa dalam hidup pemandu lori itu hasil perkahwinan keduanya selama tiga tahun bersama isteri, Mastura Pin, 46.
Kisah pasangan ini viral bila mana video dikongsikan oleh isterinya di akaun tiktok memperlihatkan Mohd Saiful Azmi yang sebak saat pertama kali melihat dan mendukung anak sulungnya itu meraih perhatian wargamaya.
Memetik berita di Harian Metro, Mohd Saiful Azmi berkata, dia tidak menyangka diberikan rezeki terindah itu ketika usianya mencapai 43 tahun, sementara isteri berusia 46 tahun.
Menurutnya, seperti lelaki lain dia juga mengimpikan zuriat daripada keturunannya, namun reda apabila rezeki itu tidak diberikan sebelum ini.
“Perkahwinan pertama selama 12 tahun berakhir kerana sudah tiada jodoh dan takdir menentukan saya tiada zuriat daripada ikatan itu sebelum bertemu jodoh dengan Mastura, ibu tunggal lima anak tiga tahun lalu.
“Ketika itu saya tidak fikirkan sangat soal anak kerana usia kami tidak muda lagi, malah sangat bersyukur dapat menumpang kasih anak tiri yang dianggap seperti anak sendiri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, saat diberitahu isteri mengenai berita kehamilan itu, dia seolah-olah tidak percaya namun mengakui ia adalah hari terindah dalam hidupnya.
“Ini perkara teristimewa dalam hidup saya dan saat pertama kali melihat dan mendukung anak perasaan itu bercampur baur ada sebak, sedih, terharu dan gembira.
“Tak sangka selepas melalui pelbagai dugaan hidup Allah SWT hadirkan ‘puteri’ untuk saya. Apa yang Allah berikan ini mengingatkan saya kesabaran itu berakhir dengan sesuatu yang manis dan setiap perancangan ada hikmah-Nya,” katanya yang tinggal di Taman Pinji Mewah, di sini.
Menurut Mohd Saiful Azmi, kehadiran Putri Edreehana Masyael memberinya semangat untuk terus kuat mencari rezeki buat keluarga mereka, malah mengakui ‘sindrom’ bapa yang baru menimang cahaya mata juga sedang dilaluinya.
“Saya rindu bau ‘baby’, setiap hari perlu buat panggilan video dan saya akan cuba balik rumah juga untuk melihat anak kerana sebagai pemandu lori kontena dari Ipoh ke Klang saya selalu menghabiskan masa di jalan,” katanya.
“Lucu juga apabila di usia begini ada anak kecil..”
Berhubung videonya, Mohd Saiful Azmi berkata, pada mulanya dia agak malu kerana ia mendapat perhatian ramai, namun dia terharu selepas membaca semua komen positif yang turut gembira dan mendoakan mereka sekeluarga.
“Lucu juga apabila di usia begini ada anak kecil, malah ketika keluar ada yang tanya ‘baby’ anak atau cucu kerana janggut saya sudah beruban tetapi saya dengan senang hati beritahu itu anak,” katanya.
Sementara itu, Mastura berkata, hatinya tersentuh melihat reaksi suami yang melihat anak mereka di hospital, namun mengakui video itu dikongsi di TikTok hanya untuk menyimpan memori keluarga kerana bimbang video akan hilang di telefon.
Katanya, sepanjang tiga tahun melayari perkahwinan bersama, suaminya itu melayani lima anak serta empat cucunya dengan baik seperti keluarga kandung.
“Riak kegembiraan dan sebak memang jelas terpancar di wajah suami dan saya tahu dia sangat teruja kerana memegang zuriatnya sendiri.
“Sebenarnya saya takut juga hamil di usia 46 tahun tetapi saya tahu ini rezeki untuk kami terutama suami.
“Alhamdulillah proses melahirkan puteri kami berjalan lancar dan ini hadiah saya untuk suami,” katanya.
Bukan semua orang terpilih untuk memiliki anak istimewa, namun Penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir antara salah seorang insan terpilih tersebut.
Berkongsi luahan dalam satu video menerusi laman instagramnya, pelantun lagu Gemuruh ini memberitahu anak ketujuhnya yang baru lahir adalah anak syurga.
“Salah satu benda baru untuk tahun 2022 saya dan keluarga adalah kehadiran anak ketujuh,. Anak perempuan. Now tiga lelaki dan empat perempuan.
“Kami pilih nama Maryam Tahirah Mohd Faizal. Nama Maryam nama ibu Nabi Isa a.s Manakala Tahirah adalah daripada nama arwah saya. Mohd Tahir yang telah kembali ‘kerahmatullah. Anak saya ini adalah cucu yang arwah ayah tak sabar nak jumpa tapi tak kesampaian.
“Maryam Allah beri yang cukup istimewa buat kami. Dalam kandungan isteri saya, ada beberapa masalah komplikasi . mula-mula masalah jantung kemudian ada masalah campuran darah dan oksigen tak cantik. Memang nak kena buat pembedahan lepas lahir. Jadi kami kena bersedia dari segi mental, fizikal dan juga kewangan.
Dua komplikasi sah down sindrom
Menurutnya lagi, terdapat komplikasi yang menjurus kepada jawapan si kecil rupa-rupanya down sindrom.
“Beberapa bulan kemudian scan dan ada masalah lain, di mana ada masalah ‘double bubble’ dalam perut yang membuatkan dia bermasalah untuk makan kelak. Bila kaitkan masalah ini dengan komplikasi jantung dan sebagainya, doktor agak berat nak cakap dan minta kami buat pemeriksaan terperinci . Kemungkinan apabila ada dua komplikasi ini anak kami down sindrom.
“Sebulan sebelum due bersalin, doktor sahkan anak kami down sindrom. Saya terima dengan baik dan reda. Tak ada rasa down atau frust kenapa tiba-tiba anak saya down sindrom.
Alah kurnia anak syurga
Paling meyentuh hatinya apabila sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan membuatkan dia dan isteri bersyukur miliki anak syurga.
“Apabila diberitahu mengenai berita ini kepada kawan-kawan, keluarga kedua belah pihak tak sangka jawapan sangat postif dan memberi semangat, ini membuatkan saya sangat bersyukur. Malah ada cakap Allah kurniakan saya anak syurga,membuatkan saya tersentuh dan terpilih diberikan anak istimewa. Ini memberikan saya semangat dan kekuatan buat saya dan isteri.
Kena sangka baik dengan Allah
Justeru, doktor meminta Faizal Tahir untuk memberi perhatian yang lebih memandangkan anaknya ini tidak sama dengan anak-anak yang lain.
‘Doktor pun cakap anak ini tak boleh sama layanan dengan anak-anak lain, dia perlukan perhatian lebih dan benar-benar perlukan saya,. Tetapi di hati saya terdetik sebenarnya, saya yang perlukan anak ini. Untuk saya jadi manusia lebih baik, bersyukur dan perbaiki diri saya sebagai hamba Allah.
“Benda ini buat saya banyak bersyukur dan Allah hantar ‘benda’ macam ini sebenarnya dengan satu niat yang sangat baik. Kena selalu bersangka baik denganNnya.
“Alhamdulillah, apa yang saya boleh kongsikan melalui pengalaman saya, pada waktu ini saya masih boleh berfikiran positif. Tetapi akan lagi banyak ujian kerana ini baru permulaan. Jadi, banyak benda baru yang akan ajar saya dan sebagai manusia kena banyak belajar. Saya bukan sempurna dan jangan terlalu tergopoh-gopoh. Selagi masih hidup, Allah berikan rezeki dan saya tak boleh putus asa. Kena bersangka baik dengan Allah.
Perkongsian Faizal mendapat reaksi ramai pihak termasuklah rakan selebriti. Cukup menyentuh hati serta satu perkongsian yang cukup hebat. Rata-rata mendoakan semoga pasangan ini dipermudahkan segala urusan.
Pemergian ayah kepada pengasas D’Herbs, Dato Seri Aliff Syukri bukan sahaja memberi impak besar kepada suami kesayangan Datin Seri Shahida ini. Malah, ibunya yang juga bekas isteri arwah turut berkongsi rasa yang sama.
Biarpun sudah bercerai, namun hubungan antara mereka tetap baik dan tidak pernah melarang anak-anaknya dari bertemu dengan arwah sebelum ini.
Di dalam satu coretannya menerusi laman instagram, Bonda Rozita berkongsi luahan perasaan usai pemergian ayah Aliff Syukri dan juga Yatie.
Memuat naik gambar ketiak Aliff dan Yatie sewaktu kecil, coretan Bonda Rozita membuatkan netizen sebak membacanya.
Nakal Kri ni..baiknya ya ampun suka sakat kakak dia..kakak ni selalu protect Kri sejak kecik..” kak long ..kak long bingit suaranya “
Ke2 anak bertuah ni hasil perkahwinan kami dengan abah ..Kak long sgt tegas garang dengan kri ..KRI NAKAL dia kumpul.ulat masuk dlm beg sekolah
Kesian saya lihat gambar ni..ni lah Baju kak yati pakai saya kutip jumpa tengah jalan
Kami miskin fakir wahai followers semua ni lah ada kenangan gambar bonda ada zaman dulu..( kri suka ambik dari album saya..hilang tulah kerja dia suka simpan kenangan)
Baju bundle je saya mampu pakaikan anak2 kami. Kri selalu kena buli kat sekolah..kak long macam jantan perangainya..lelaki takut dia akan bela lawankan adiknya
lelaki mengorat yati ..Datang dek yati dibaling dengan bangku sekolah..Yati brutal tak sangka ada gak orang nak kawin dengan dia yang suara garau suara jantan dan si kri perangai pompuan suara kecik kepit ha ha ..anak ohh anak.
Anak berdua ni sangat ambik berat hal abah.. bebel pada abah macam saya bebel pada mereka juga sebab sayang..abah kurang pendengaran..suka makan manis..suka kerja guard..suka jumpa kawan2 mesjid.. tak nak duduk rumah bandar
Jangan nangis wahai anak..doa lebih bermakna dari tangisan. sebab kamu dah buat yang terbaik pada abah.. dan mak bangga ada anak macam kri dan yati.. walau kri nakal tapi sangat hormat dan sangat pandai jaga abah.. Kami tau kamu anak-anak baik biar orang kata kamu jahat dan buruk…hati kami tau kamu sangat baik. lepas ni jaga abah lagi dengan amal soleh dan jangan putus kirim doa pada abah..
Dulu kri kirim duit..kirim sayang.. kirim lawak..cuit usik abah.. lepas ni usik abah dengan quran.. abah itu pinjaman dari Allah.. dan hak Allah ambil dia balik.. kri akan dapat jumpa abah kalau kri dan yati niat cari abah di shurga.
Matlamat kita shurga dan berkumpul.. dikampung moyang kita nabi adam AS.. KESIAN MAK PADA ABAH TAK PERNAH PADAM
LEBIH KASIHAN PD DIRI KITA KALAU KURANG AMAL TAK ADA BEKAL NANTI MATI ..SEBAB MATI TU PASTI
Kita tak memiliki apa pun kat dunia hanya menjalani apa Allah bagi..Lakukan tanggung jwab kita apa Allah suruh sebab amanah itu berat hisabnya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.