Majlis Aqiqah Serba Putih Dan Mewah, Ramai Yang Terkejut Dengan Harga Stroller Anak Bongsu Datuk Addy Kana Ini

Share

Bagi setiap pasangan, pasti anda ingin memberikan sebuah kenangan terindah untuk anak-anak tidak kiralah sama ada sewaktu mereka lahir, sambutan hari jadi atau majlis-majlis yang dibuat untuk meraikan anak anda.

Seperti pasangan ini, Datuk Addy Kana dan juga isterinya Datin Alyaa Syuhaila telah mengadakan majlis aqiqah yang serba mewah untuk anak bongsunya.

Majlis yang diraikan seperti majlis perkahwinan itu dilihat membawa masuk Alyaa diiringi beberapa pengapit. Kelihatan pula Addy Kana membawa anak mereka dengan menggunakan sebuah stroller mewah.

Kelihatan Addy dan isterinya Datin Alyaa Syuhaila mengenakan busana berwarna putih dan tetamu yang hadir juga mengenakan warna yang sama.

Apa yang menarik perhatian adalah stroller yang dibawa oleh Datuk Addy Kana yang sememangnya diimpikan oleh setiap pasangan untuk anak mereka. Dengan reka bentuk klasik, harga bagi jenama stroller

tersebut mencecah hampir RM14,000.

Terdahulu seorang pempengaruh Ryzal Ibrahim Durian Kimchi pernah dikritik kerana membeli stroller bayi mewah untuk anaknya Rina yang bernilai sehingga RM20,000.

Namun Ryzal menjelaskan bahawa stroller jenis British Royal Pram buatan tangan yang diimport dari England itu kini nilainya sudah mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.

Dia menganggap pembelian yang dilakukan itu sebagai satu pelaburan.

“Haritu beli RM20k je sekarang dah RM270k. Esok kita kita salut rose gold, siapa nak beli boleh lah saya jual murah-murah RM170K. Ini baru kita panggil pelaburan,” katanya.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN