Bagi memudahkan mak ayah untuk merancang keperluan persekolahan anak dan cuti, Takwim Cuti Sekolah 2025 / 2026 dan Kalendar Akademik KPM telah dikongsikan.
Dan ini merupakan takwim terbaru yang dikeluarkan oleh KPM untuk semua.
Dalam artikel ini dikongsikan takwim kalendar akademik sesi persekolahan KPM 2025 / 2026 melalui lampiran berikut :
Kalendar Akademik 2025/2026 (terpakai bagi kehadiran di institusi pendidikan KECUALI di sekolah swasta, sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa)
Ads
Kumpulan A – Semua institusi pendidikan di Kedah, Kelantan dan Terengganu
Penggal Pertama – 16 Februari 2025 hingga 28 Mei 2025
Penggal Kedua – 10 Jun 2025 hingga 11 September 2025
Penggal Ketiga – 21 September 2025 hingga 18 Disember 2025
Kumpulan B – Semua institusi pendidikan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya
Penggal Pertama – 17 Februari 2025 hingga 28 Mei 2025
Penggal Kedua – 10 Jun 2025 hingga 12 September 2025
Penggal Ketiga – 22 September 2025 hingga 19 Disember 2025
Ads
Ini pula melibatkan cuti-cuti perayaan di Malaysia mengikut kumpulan A dan B.
Ads
NOTA PENTING :
Untuk makluman, Sesi Akademik 2026 akan bermula pada 12 Januari dan dijangka berakhir pada 1 Januari 2027 dengan pengurangan 2 minggu cuti semester.
SESI AKADEMIK 2027 barulah kita kembali kepada takwim asal sebelum pandemik di mana cuti sekolah tahunan kembali kepada 9 minggu setahun berbanding 2 tahun kebelakangan hanya 5 minggu setahun ie. Sesi Akademik 2023/2024, 2024/2025 dan 2025/2026.
Untuk muat turun, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: https://www.moe.gov.my/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu mohon doa, anak bertarung nyawa, tempurung kepala retak, ditolak rakan di sekolah. Tiada yang lebih berat bagi hati seorang ibu selain melihat anak yang disayanginya terlantar sakit dan tidak sedarkan diri.
Begitulah perasaan yang sedang ditanggung oleh keluarga kecil ini apabila puteri kesayangan mereka, Aisyah Sofia Rohaizan, kini bertarung nyawa akibat kecederaan serius di kepala.
Berikut perkongsian Zalinda Lin tentang keadaan anaknya.
Kejadian yang berlaku benar-benar mengejutkan. Menurut ibunya, Aisyah telah didorong jatuh oleh rakan sehingga mengakibatkan tempurung kepalanya retak, pendarahan dalam kepala, dan koma.
Sehingga kini, dia masih menjalani rawatan rapi, sementara keluarga terus menunggu dengan penuh harapan agar Allah mengurniakan keajaiban kesembuhan.
Dengan penuh rasa rendah hati, saya memohon semua kenalan, sahabat dan ahli keluarga agar sama-sama menitipkan doa buat anak saya, Aisyah Sofia Binti Rohaizan, yang kini sedang bertarung nyawa selepas ditolak jatuh sehingga menyebabkan tempurung kepalanya retak, berlaku pendarahan dalam kepala dan tidak sedarkan diri.
Saya tak tau dan tak boleh nak fikir sekuat mana kawan dia tolak sehingga menyebabkan kecederaan tersebut. Sesungguhnya saya redha dan cuba berlapang dada atas apa yang terjadi.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, memudahkan segala urusan rawatan, melindunginya dari sebarang komplikasi, serta mengembalikan senyuman dan keceriaannya seperti sediakala. Semoga ada di antara kalian Yang Allah angkat doanya. Amin…
Marilah kita sama-sama mendoakan agar Aisyah segera kembali pulih, mengembalikan senyuman dan keceriaannya seperti sediakala. Semoga Allah memberi kekuatan kepada keluarganya dalam menghadapi ujian ini. Amin.
Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM demi keluarga dan anak-anak. Fizz Fairuz undur diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas 1 tahun 6 bulan. Pelakon berpengalaman, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio Suria FM selepas 18 bulan bersama segmen Morning Morning Suria.
Dalam siaran terakhirnya hari ini, Fizz yang kelihatan sebak, mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan Suria FM atas peluang yang diberikan sepanjang perkhidmatannya sebagai penyampai.
“Hari ini adalah hari terakhir saya di Suria FM. Terima kasih banyak kepada seluruh pasukan, minta maaf atas setiap silap dan salah saya selama saya di sini, saya pula seorang yang terlalu sempurna mungkin ada orang sukar ikut dan sebaliknya,” katanya penuh emosi.
Menurut Fizz, kerjaya sebagai penyampai radio merupakan antara impiannya sejak dahulu dan dia bersyukur dapat merealisasikan cita-cita itu.
“Terima kasih banyak sebab beri peluang untuk saya merasa dan realisasikan impian untuk menjadi penyampai radio. Saya sudah jadi pengarah, pelakon dan kini di radio. Saya jadi penyampai radio ini pun saya minat termasuk suka melakukan drama radio.
Akhirnya tercapailah impian saya untuk jadi penyampai radio,” katanya lagi.
Dalam ucapan perpisahannya, Fizz turut menitipkan amanat istimewa kepada rakan penyampainya, Ajak Shiro dan Kai Hassan agar meneruskan rutin yang dekat di hatinya – mengingatkan pendengar agar tidak melupakan solat Subuh.
“Jangan lupa, segmen saya sebelum ini pada pukul 6 pagi ialah mengingatkan pendengar agar tunaikan solat subuh. Beritahu kepada mereka (pendengar). Sejadah yang saya gunakan itu, saya tinggalkan di sini, gunalah,” ujar Fizz.
Menjelaskan keputusannya untuk tidak menyambung kontrak, Fizz berkata fokusnya kini lebih terarah kepada keluarga, terutamanya anak-anak yang masih kecil dan isterinya, pelakon Almy Nadia, yang sebelum ini terpaksa menguruskan mereka seorang diri setiap pagi.
“Saya rasa cukup rasanya untuk tempoh satu tahun enam bulan ini sebab anak saya masih kecil. Saya juga mahu uruskan anak-anak, kasihan kepada isteri yang terlalu sibuk.
Saya ambil pendekatan untuk sama-sama berkorban, Insya-Allah rezeki itu ada di mana-mana. Jadi saya mahu kembali dalam dunia seni untuk berlakon drama dan filem,” katanya.
Fizz mula menyertai Suria FM secara rasmi pada 21 Januari 2024 dengan kontrak awal selama setahun, dan kemudian diteruskan beberapa bulan lagi sebelum beliau membuat keputusan untuk berundur.
Dalam pada itu, Almy Nadia menerusi InstaStory menyatakan sokongan dan doa buat suaminya, mendoakan agar kehidupan mereka dilimpahi keberkatan serta dijauhkan daripada individu berniat tidak baik.
“Permulaan yang baik, di hari Jumaat yang baik, ditemukan dengan orang yang baik, dijauhi dengan orang yang hati busuk dan suka aniaya orang. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah. Love you sayang, i always love you. Mama sentiasa ada dengan sayang,” tulis Almy.
Dalam satu lagi hantaran, Almy merakam detik gembira melihat Fizz pulang ke rumah selepas menamatkan tugasan terakhirnya sebagai penyampai radio.
“Yeay, dia sudah pulang. Kereta yang dipandunya itu akan jadi milik saya, hantar anak-anak ke sekolah,” katanya sambil menyambut kepulangan suaminya dengan ceria.
Bijaknya Syaikhul! Semua subjek dapat 80 ke atas..pandai Puteri Sarah didik anak
Clever Boy! Paling wow Pendidikan Islam 100 dan Mandarin 90! Terbaik Puteri Sarah didik untuk kecemerlangan akademik!
Muat naik menerusi TikTok pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39 atau dikenali juga sebagai Sarah meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya, Syaikhul Islam, berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam semua subjek. Malah semua subjek 80 markah ke atas!
Dia juga memberitahu bahawa Syaikhul telah berjaya mendapat gred A dalam semua subjek, termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Bahasa Mandarin. Lebih membanggakan lagi, anaknya yang berusia tujuh tahun itu mendapat markah penuh 100 peratus untuk subjek Pendidikan Islam.
“Hari ini saya datang untuk hari kad laporan Syaikhul Islam. Alhamdulillah, syukur sangat! Mama bangga dengan awak.”
Sarah juga sempat menitipkan pesanan kepada anaknya agar terus berusaha bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga dalam kehidupan secara keseluruhan.
“Awak kena belajar rajin-rajin, dan jangan lupa teruskan latihan bola sepak. Kena jadi anak yang baik, soleh, dan dengar cakap mama,” ujarnya.
Untuk rekod Puteri Sarah berkahwin dengan pengarah pengarah Syamsul Yusof bagaimanapun bercerai pada 14 Jun tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahayamata iaitui Syaikhul dan seorang anak perempuan bernama Sumayyah yang berusia lima tahun.
NETIZEN KAGUM
Meninjau diruangan komen, rata-rata peminat Sarah memuji kecemerlangan anak sulungnya. Rata-rata mengucapkan tahniah dan kagum cara Sarah mendidik anak dengan markah yang cemerlang.
“Pandai weyhh. dahlah ensem, mak dia pandai didik.”
“Anak bijakkk “
“Alhamdulillah 🤲🏻.. tahniah syaikul.. semoga terus cemerlang dunia n akhirat.. Aamiin.”