Mungkin bagi sesetengah orang melihat kerjaya pemandu van jenazah ini biasa sahaja. Namun, hanya yang mengalaminya sendiri tahu akan perasaan tersebut. Sayu, insaf,s edih dan pelbagai lagi rasa bermain di jiwa. Lebih-lebih lagi bila memandang wajah keluarga waris yang kesedihan dek kehilangan insan tersayang membuatkan hati menjadi sebak dan pilu.
Demikian pengalaman yang dilalui pemuda bernama Mohd Zulhairi Zainol atau lebih mesra dengan panggilan Hery apabila berdepan dengan situasi menyayat hati bila mana berdepan anak yang menemani jenazah ibunya sepanjang perjalanan ke destinasi untuk urusan pengebumian.
ya Allah,sayu hati Hery pagi nie melihat anak kecil yang baru sahaja kematian ibunya,..walaupun ibunya hanya di sebelah tetapi ibunya telah meninggal dunia buat selamanya”….
Melihat anak kecil ini tidur lena Hery terpaksa perlahankan van jenazah supaya anak kecil selesa dan lena”..di samping pelukkan ayahnya”…
Ya Allah selamatkan perjalanan kami,..ya Allah alihkan lah hati anak ini supaya dapat menerima kehilangan ibunya”….kerana anak ini masih kecil”.,,acap kali dia memangil ibunya,..apakan daya ibunya sudah tiada”
ya Allah aku bersyukur kerana Engkau masih tidak menguji aku sebegini?mungkin aku yg dewasa ini juga tidak dapat menerima kehilangan orang yg di kasihi.
Ads
Demikian status yang dimuat naik oleh Hery di laman facebooknya sehingga tular dan di kongsi lebih 6000 kali.
Menurut Hery, kejadian tersebut berlaku awal pagi Selasa yang lalu ketika dalam perjalanan dari Hospital Putrajaya ke Kuala Kangsar itu untuk urusan pengebumian jenazah yang meninggal dunia akibat demam denggi.
Tambah Hery lagi, jenazah ditemani suami dan seorang daripada tiga anaknya dalam perjalanan yang mengambil masa hampir empat jam itu.
Ads
“Suami arwah beritahu saya anak bongsunya kena naik sekali dalam van jenazah sebab dia rapat dengan ibunya. Dua anak yang lain naik kereta berasingan.
“Biasanya kalau ke Kuala Kangsar hanya mengambil masa kira-kira tiga jam, tapi saya memandu lebih perlahan daripada biasa. Bertolak dari dari pukul 2.45 pagi, pukul 6.20 pagi baru sampai,” katanya pada Selasa.
Mohd Zulhairi yang berpengalaman sebagai pemandu van jenazah sejak lebih dua tahun berkata, bapa kanak-kanak itu keletihan dan anak perempuannya dalam lingkungan tiga tahun pula didakapnya sepanjang perjalanan.
Beliau yang mempunyai tiga anak termasuk mempunyai anak kecil berusia setahun dan dua tahun, dapat menyelami perasaan kanak-kanak itu yang terjaga beberapa kali sepanjang perjalanan.
“Salah seorang anak saya berusia dua tahun, jadi biasanya anak kecil ini tidak mahu berenggang dengan ibu bapanya bila waktu tidur.
Ads
“Melihat kanak-kanak itu dari cermin pandang belakang van, saya tahu dia juga mahu tidur bersama (jenazah) ibunya. Saya sebak,” katanya yang sebelum ini tular kerana menjadi ‘runner’ yang sanggup menguruskan jenazah bermula daripada memandikan hingga ke liang lahad yang dilakukan secara percuma, menyentuh hati netizen.
Namun di tengah perjalanan pada kira-kira pukul 4 pagi, Mohd Zulhairi dikejutkan dengan suara sayup-sayup anak kecil itu yang menusuk sanubarinya.
“Saya sedang memandu ditemani rakan setugas, tiba-tiba anak kecil ini terjaga dari tidur dan memanggil ibunya, mak… mak… sedangkan ibunya ada di sebelah (dalam keranda).
“Apa yang saya perlu lakukan, ayahnya sedang tidur keletihan dan ibunya sudah pergi menemui Ilahi. Sayu saya dengar suara dia sayup-sayup, rasa nak menitiskan air mata.
“Ini adalah pengalaman pertama saya berdepan dengan keadaan seorang anak kecil yang menemani jenazah ibunya di dalam van yang saya pandu.
“Melihatkan keadaan itu, ia menjadi peringatan untuk saya sendiri bahawa setiap insan yang hidup di dunia suatu hari akan pergi juga (menemui Ilahi). Selagi mereka yang disayangi itu hidup, jagalah mereka sebaik-baiknya,” katanya dengan nada sebak.
Bila difikir-fikir, tiada salahnya bila en suami ringankan tangan untuk membantu isteri melakukan kerja-kerja di rumah. Bukankah bila setiap tugas dibuat bersama-sama, kerja akan lebih ringan dan secara tidak langsung kerja cepat siap?
Selain aspek masa dan tenaga, ada satu perkara penting yang mungkin ada yang terlepas pandang tentang bila suami isteri ini pandai membahagi tugasan. Nak tahu apakah itu, jom semak perkongsian Puan Ashikin Hashim ini.
Suami Tak Tolong?
Saya pernah diajar oleh seseorang untuk sama-sama beri tanggungjawab rumah dan anak kepada suami. Jangan buat sorang-sorang. Jangan tanggung sorang-sorang.
Walau benda sekecil buang sampah. Suami duduk depan TV. Kita beri dia tanggungjawab untuk buang sampah itu. Bukan jeles dia duduk depan TV tapi kita tak mahu kedekut seorang diri buat kerja rumah.
Percayalah. Tak semua lelaki tahu nak buat kerja rumah tanpa disuruh. Mereka adalah lelaki yang kita mesti terus terang. Tak boleh nak cakap alas-alas atau hint-hint sahaja.
Ramai suami yang kalis muka merajuk isteri. Selagi tak cakap minta tolong, dia tak akan faham muka cuka isteri dia tu sebenarnya nak suruh suami dia tolong buang sampah.
Ramai suami yang telinga kalis bunyi. Walaupun isteri hentak-hentak kaki ke hempas barang ke, dia tak akan faham yang isteri tu suruh basuh berak anak selagi dia tak cakap – abang, boleh tak basuhkan berak anak ni.
Contoh lain. Hal anak-anak.
Walaupun kebanyakan masa kita sebagai ibu yang paling banyak masa dengan anak, tapi tolonglah bagi suami merasa untuk pikul tanggungjawab tersebut. Jika anak beri surat nak pergi lawatan contohnya. Minta anak untuk tanya izin ayah. Walaupun duit mak yang bagi misalnya. Tapi didik anak untuk minta izin dari ayah. Didik anak bahawa ayah adalah ketua keluarga.
Bila kita berbagi tanggungjawab dan tugas, suami akan rasa dia bertanggungjawab atas keluarga dia. Dia tak akan rasa – alah isteri aku boleh hidup tanpa aku, isteri aku pandai semua benda.
Ya, memang isteri tu kalau campak dalam hutan pun boleh hidup, tapi kita nak suami pun rasa macamana urus rumah, macamana nak beli barang dapur, macamana nak urus berak anak.
Ramai isteri yang makan hati sebab geram suami tak tolong. Ramai isteri tertekan sebab suami lepas tangan. Janganlah pendam. Jangan pikul sorang-sorang.
Ingat ya. Ini semua bukan sebab hanya takut suami tu tinggalkan kita. Tapi mungkin kita yang akan pergi dulu meninggalkan dia. Siapa yang nak jaga anak-anak kita kalau suami kita tak tahu tanggungjawab dia? Jom kita bantu suami kita.
Mencuba hobi baharu dengan bercucuk tanam, selain kita dapat mengisi masa lapang aktiviti ini juga dapat mengeluarkan peluh untuk menjaga kesihatan diri.
Hobi bercucuk tanam juga adalah suatu terapi yang menenangkan fikiran. Apatah lagi bila melihat tanaman yang ditanam hidup subur dan mengeluarkan hasil. Tentu seronok dirasakan bukan kepalang.
Mungkin anda sudah menanam pelbagai jenis pokok dan apa kata kali ini mencuba pula menanam tomato di dalam botol mineral. Teknik ini unik dan yang paling istimewa jimat ruang.
Cara Tanam Tomato Dalam Bekas Botol Meneral Yang Super Cool. Mudah & Jimat Ruang!
Okey, berikut adalah cara-caranya;
1. Ambil satu botol meneral yang terbuang, gunting botol pada pada bahagian bawah dengan membuat tiga lubang supaya botol tersebut boleh digantung di tempat yang anda suka, pastikan ada cahaya matahari supaya pokok dapat tumbuh dengan subur.
2. Ambil sehelai kain (apa-apa kain, seluar jeans pun boleh yang dah tak guna) guntung empat segi dan buat lubang seperti dalam gambar di bawah, gunting hingga ke lubang tujuannya supaya senang nak masukkan batang benih tomato.
3. Sediakan benih tomato yang sihat yang berusia sekitar 1 bulan
4. Buka tanah, hati-hati jangan sampai akar terputus
5. Masukkan benih tomato ke dalam lubang
6. Staple supaya benih tidak tertanggal bila kita terbalikkan botol
7. Masukkan benih tadi ke dalam botol dengan daun menuju ke bawah
8. Keluarkan daun dari botol, hati-hati supaya daun tidak patah atau rosak
9. Masukkan tanah ke dalam botol. Nisbah campuran adalah Topsoil 40%, Cocopet 40% Vermikompos atau tahi cacing 20% , kelebihan vermikompos ni ia tidak panas, tidak macam tanah hitam atau baja tahi ayam, lembu atau kambing. Saya sendiri pengguna baja vermikompos dan secara peribadi, baja ni memang terbaik untuk tanaman saya.
10. Siram hingga basah
11. Hasil selepas 9 hari, daun mula menghijau dengan subur
12. Selepas 25 hari, pokok tomato mula naik keatas seperti seorang juara
13. Selepas 60 hari atau kira-kira 2 bulan, anda akan mula nampak ada anak buah tomato akan keluar
14. Selepas 90 hari atau 3 bulan, pokok tomato yang ditanam dalam botol je, kini telah mengeluarkan hasil yang amat subur dan sihat, tanpa sebarang baja dan racun kimia. Anda boleh gunakan baja subur organik cecair, campurkan dengan air ketika menyiram. Baja sekali dalam seminggu. Spray juga dengan baja apda daun dan batang agar pokok cepat membesar.
Lelaki ini gunakan baja dari kulit pisang dan Neem Cake Fertilizer sebagai makanan pada pokok tomato.
Inilah hasilnya tanaman dalam botol meneral, dijamin tiada bahan kimia dan selamat untuk di makan. Tidak perlu lagi saya pergi tamu kota belud tiap minggu beli buah tomato, anda juga boleh buat teknik ini sendiri di rumah walaupun ruang yang sempit.
Sumber : Dymaz Agro : Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selepas hampir dua minggu pemergian suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari atau BCL kembali ke pentas buat pertama kalinya.
Biarpun masih berduka, namun dia tetap bangkit dan mengenepikan segala rasa pedih kehilangan insan tersayang demi meneruskan kehidupannya sebagai seorang anak seni.
Penampilan pertama BCL di di Friday Fusion di SQ Quarter Dome, Cilandak, Jakarta Selatan. Di susuli pula dengan kemunculan di Konsert Valentine Romantic yang diadakan Sabtu lalu sekali lagi menyentuh hati ramai orang. Biarpun nampak tersenyum manis ketika menyampaikan beberapa buah lagu, namun ada masanya dia tidak dapat menahan emosi dan menitiskan air mata kerana masih lagi terkesan dengan pemergian mengejut suami tersayang.
Menurut BCL, walaupun lagu ini sudah berulang kali dinyanyikan, dia berharap agar semua orang dapat harga waktu dengan orang yang kita cintai kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari esok.
“Dalam waktu secepat ini, saya harus kehilangan cinta sejati saya. Tapi saya harap setiap kali saya menyanyikan lagu ini atau ada orang yang mendengarkan lagu ini.
“Saya harap kita semakin menghargai namanya ‘waktu’ dengan tersayang, dengan keluarga untuk dinikmati untuk saling mencintai.” Ungkap BCL dengan nada sebak sebelum mengalunkan lagu Cinta Sejati penuh emosi.