Makan Di Kedai Siam, Menu Ikan Tiga Rasa Paling Disukai. Nak Buat Sendiri, Dr Ni Kongsi Resipi Original!

Share

Setiap antara kita tentu ada yang menggemari masakan Siam, rasanya enak dan mudah disediakan. Untuk yang ingin mencuba salah satu resipi berasaskan ikan yang cukup popular adalah Ikan Tiga Rasa atau juga dikenali dengan Pla Rad Prik.

Resipi istimewa ini dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan dan menurutnya kalau makan ikan di kedai Siam, ikan tiga rasa lain dari di kedai makan Melayu. Saya pernah tanya tukang masak kedai Siam tu, apa nama masakan ikan tiga rasa tu sebenarnya. Dia kata Pla Rad Prik. Ini resepi dia.

Pla Rad Prik by Dr Kamarul Ariffin.

Bahan-bahan: (2-3 orang)

1 ekor ikan sikap (saiz sederhana)

1 labu bawang putih

5 tangkai cili padi merah

5 tangkai cili padi hijau

1 ikat daun ketumbar

3 sudu besar sos ikan

2 sudu besar pes asam jawa

2-3 sudu besar tepung jagung

2 sudu besar gula nipah

Garam dan gula secukup rasa

Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar. Jom lihat

Ni je bahan-bahan buat sos pla rad prik tu. Gula nipah (palm sugar) je tak ada dalam gambar ni.

Saya guna ikan siakap. Biasanya di Siam, pakai ikan tilapia kata tukang masak tu. Kau orang boleh guna ikan yang kau suka. Jika guna siakap, saya suka belah ikan macam ni. Cepat masak.

Mula-mula kita bedakkan ikan dengan tepung jagung dan garam. Kalau salut tepung, nanti sos tu mudah meresap pada ikan. Baru best!

Goreng ikan! Pastikan minyak betul-betul panas dan cukup banyak. Masukkan belah bawahnya dahulu. Isi akan melengkung ke atas jadi macam mangkuk. Bila tuang kuah, kuah akan duduk atas ikan.

Terbalikkan. Biar dia kuak lentang. Haha! Goreng bahagian kulit pula sampai garing. Lepas goreng, tos dan ketepikan sebentar.

Boleh beli kuali menggoreng di sini

Tumis bawang putih dan cili padi yang telah di cincang halus. Masakan ni kena pedas baru mengancam! Tapi kalau tak mahu pedas, guna cili besar. Tak semua orang suka makan masakan yang pedas, kan?

Dah wangi. Masukkan gula putih. Saya guna satu sudu besar. Saya masukkan awal supaya gula ni boleh terkaramel.

Tak sempat ambil gambar masa tuang air asam jawa. Kalau suka masam, masukkan lebih asam jawa. Masakan ikan, sangat ngam dengan rasa masam.

Masukkan sos ikan. Masakan ni rasa dia masam, manis, dan masin. Mungkin sebab tu dekat sini, kedai siam letak nama ikan masak tiga rasa

Tadi saya rasa sos ni, macam ada kurang. Gula nipah ada rasa yang buat masakan jadi sedap. Oleh kerana tak ada gula nipah. Saya cuba letak gula Melaka. Ha! Baru ada rasa manis lemak tu!

Akhir sekali, letak batang ketumbar. Ketumbar ni beri rasa segar dan wangi. Bahan yang sangat sinonim dengan masakan Siam. OK, kuah dah siap, boleh tuang ke atas ikan kita tadi!

Ini dia! Pla Rad Prik! Rasa sama macam kedai Siam punya! Pedas, masam, masin, manis! Makan dengan nasi putih, memang terangkat! Tapi macam tak cukup kuah, kan?

 

Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN