Makan Malam Ala Western Bersama Spicy Buttermilk Spaghetti. Sedap & Mudah, Patutlah Dapat 22K Share!

Share

Selalu bila menjelang malam hari je, tak tahu nak makan apa. Nak makan nasi, dah bosan dah! Asyik nasi je memanjang kan?

Nak menu yang simple tapi marbeles rasanya? Haa meh buat spaghetti ni! Tengok gambar pun dah tahu sedap, caranya lagi lah! Mudah je petik jari dah siap. Jom cuba!

Resipi Spicy Buttermilk Spaghetti

Bahan-bahan:

Butter 2 sudu besar
Daun Kari 10
Cili Padi 5 ( cincang )
Bawang Putih 3 ( cincang )
Susu Cair 1 atau 2 cawan
Tepung Jagung letak sikit then kacau tengok pekat kuah
Serbuk kunyit satu cubit
Udang/sotong

Cara-cara:

1. Cairkan butter. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan udang/sotong. Gaul sehingga lauk masak.

3. Masukkan susu segar, kemudian masukkan tepung jagung. Kacau sehingga kuah pekat.

4. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit. Gaul sebati.

Sumber : ASH (Foodhunter)

IKLAN