Ada benarnya orang selalu bercakap, ‘apa yang kita  makan itulah diri kita’. Andai ingin dikaitkan dengan tahap kesihatan juga tidak jauh bezanya, jika seseorang itu mengambil pemakanan dan gaya hidup sihat maka kurang berisiko untuk mendapat penyakit. Berbanding jika seseorang itu mengamalkan pemakanan yang berlemak dan manis, maka tidak hairanlah tubuh badannya mudah mendapat pelbagai penyakit.

Ini memandangkan, ada sesetengah makanan jika diambil berlebihan akan melemahkan sistem imum tubuh, hal ini dijelaskan melalui perkongsian di akaun fb Dr Hafiz Sulaiman yang juga dikenalai dengan jolokan nama pejuang kesihatan.

IKLAN

Jadi ambil langkah serius untuk kita pastikan seisi keluarga mengamalkan pemakanan sihat untuk kekal sihat tanpa penyakit!


Musim wabak ni..eloklah kita lebih cakna pemakanan kita dan keluarga. Makanan di bawah ini bukan sahaja berisiko sebabkan badan kita radang, lemah dan sakit-sakit..angin..Ia juga lemahkan imuniti badan.

GULA MELEMAHKAN SISTEM IMUN

Kajian tahun 1970an mendapati pengambilan gula sebanyak 100gram mengganggu fungsi sistem imun. Didapati 40% sel darah putih kurang efektif membunuh kuman badan.

IKLAN

Pemenang hadiah nobel, Linus Pauling juga mendapati manusia memerlukan vitamin C untuk menguatkan sistem imun. Malangnya, pengambilan gula mengurangkan penyerapan vitamin C. Vitamin C terpaksa bersaing untuk diserap kerana kehadiran gula tinggi dalam makanan dan minuman. Kajian juga menunjukkan gula berlebihan merosakkan lapisan sistem pencernaan…menyebabkan keradangan..Mengganggu imuniti badan.

Ini kerana lapisan sistem pencernaan ini PUSAT SISTEM IMUN badan. Majoriti sel imun badan membunuh kuman juga berada di sistem pencernaan. Hanya satu sudu gula saja diperlukan oleh badan setiap masa. Jika nak kuatkan sistem imun, elakkan mengamal minuman manis setiap kali lepas makan.

Jangan bagi anak kita gula-gula dan coklat sebagai ganjaran. Tolong sangat ibu bapa prihatin. Ketahuilah.. tiada minuman kotak atau tin di 7eleven atau family mart yang “kurang gula” dan berbaloi diminum kecuali air kosong.

BERPANTANG MANIS

Cubalah seminggu tanpa makanan dan minuman manis. Nescaya kita akan rasa perbezaan ketara selepas seminggu “berpantang” manis ini.

Jangan risau masalah “hypoglycaemia” jika kurang gula. Banyak makanan kita sebenarnya mengandungi gula tersembunyi. Jika badan lemah, susah nafas, pening, rasa sangap sangat gula bila mula pantang gula…

Sebenarnya itu tanda kita ketagih gula. Mulakan langkah menguatkan kembali imuniti badan. Insha Allah, anak-anak kita susah sakit, demam dan batuk selsema.

Alahan, keradangan.seperti ekzema, resdung..sakit kepala migrain akan berkurangan.

Tidak syak lagi pada saya. Berlebih gula itu bawa bala. Semoga Allah lindungi kita semua daripada wabak bari dan bala akibat gangguan imuniti. Ameen.

sumber : Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.