Selepas habisnya musim pendemik, musim endemik telah di benarkan untuk membuat majlis perkahwinan dan mengundang orang datang ke majlis kita. Masa majlis itu memang meriah, dengan kawan-kawan, sanak saudara dan ramai lagi yang hadir.
Topik ini pernah saya kongsikan di laman sosial twitter Afifah Lamappanganro yang mendapat sambutan ramai. Ini list hadiah perkahwinan yang patut anda bagi, lebih relevan, lebih berguna untuk pasangan yang baru mendirikan rumahtangga.
list ini sangat membantu anda yang pening tak tahu untuk memberikan hadiah untuk pengantin!
saya berkongsikan list idea ini kerana saya sendiri sebagai pengatin baru memikirkan alangkah bagusnya sekiranya yang menghadiahkan barang-barang tersebut sangatlah membantu menjimatkan kos untuk pasangan rumahtangga yang baru ingin mulakan hidup.
Kalau diikutkan mungkin jarang sekali untuk kita perlu membuka botol memandangkan kebanyakan produk seperti kicap, sos tiram dan sebagainya direka dengan bukaan penutup yang lebih mudah tanpa perlu menggunakan alatan. Jadi tidak hairanlah ada sebahagiannya tidak mempunyai alat pembuka botol yang khusus di rumah.
Pun begitu sekiranya anda perlu membuka penutup botol untuk produk-produk tertentu, usah bimbang. Sebenarnya anda juga boleh gunakan gunting menyiang ikan yang sedia ada di rumah. Kaedah ini sebagai mana yang telah dikongsikan oleh Nurul Saedatul Manzili.
Ini perkongsiannya.
Mungkin ramai dah tau dan ada gunting ni kat rumah. Tapi mungkin ramai masih tak tau juga. Kalau pembuka botol sedia ada hilang atau memgang tiada, boleh je pakai gunting siang ikan ni.
Langkah-langkahnya:
1. Gunting bahagian bukak penutup botol. Gunakan gunting yang mempunyai bentuk begini.
2. Kemudian cungkil penutup botol seperti ini.
3. Siap.
Boleh juga beli pembuka botol yang comel atau gunting di sini untuk memudahkan anda.
Masalah kencing malam, atau istilah perubatannya enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak . Biasanya selepas kanak-kanak berumur lima atau enam tahun mereka akan berhenti tabiat tersebut.
Bagaimanapun dari segi istilah, jika kanak-kanak itu selalu kencing malam tanpa sebab yang pasti ia dinamakan sebagai primary enuresis.
Tetapi jika masalah kencing malam hanya berlaku sesekali iaitu apabila kanak-kanak terlalu aktif bermain di siang hari menyebabkan dia penat, ada masalah emosi seperti sedih dan marah atau waktu tidur yang berubah, ia dinamakan secondary enuresis.
Namun jika ibu bapa melihat masalah kencing malam pada anak berterusan tanpa ada tanda mahu berhenti, berusahalah untuk merawatnya kerana bimbang ia ada kaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetis atau buah pinggang.
Punca kencing malam
Menurut Pakar Kanak-Kanak, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam juga dikatakan disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil. Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.
Tip mengatasi
1. Percaya atau tidak, antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam di kalangan kanak-kanak adalah dengan menggunakan hipnosis. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway dan secara jelas mengatakan, ia adalah antara rawatan berkesan menangani masalah kencing malam yang kronik
2. Elakkan memberi anak minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur.
3. Ajar anak disiplin membuang air kecil sebelum mereka tidur.
4. Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air kecil selepas dua atau tiga jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini.
5. Jika anak tidur sendirian di bilik sendiri, pastikan laluan ke bilik air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk buang air.
6. Jangan marah atau memalukan mereka jika melakukan perbuatan tersebut. Mereka bukan sengaja.
7. Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya.
8. Guna cara psikologi seperti sistem ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri.
9. Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau, alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak langsung mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing malam.
10. Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran, jadi berilah masa dan peluang kepada anak.
11. Boleh juga amalkan petua menggunakan lemon dan madu untuk mengurangkan anak kencing malam. Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan minta anda terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. .
Selamat mencuba.
sumber: sempoimedia.blogspot
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di