Pastinya ramai antara kita suka melihat perkembangan dan perkongsian Eyra dan suaminya Haziq di media sosial. Apatah lagi melihat gelagat comel anak-anaknya berada di stadium untuk memberi sokongan setiap kali Haziq turun beraksi di padang.
Nak dijadikan cerita, beberapa bulan yang lalu pasukan JDT berjaya merangkul kejuaraan menentang TFC pada Piala FA September lalu, barisan keluarga pemain diberi kesempatan untuk sama-sama turun meraikan kemenangan.
Ads
Namun sempat berlaku satu insiden melucukan ketika Haziq menghadiahkan satu kucupan kepada isterinya di dahi.
Ads
Tak disengajakan, makeup yang dipakai Eyra ketika itu malah melekat dan kesan tersebut jelas terlihat di bahagian bibir pemain tersebut.
Gara-gara ditegur oleh si adik kononnya solekan itu tebal, aktres tersebut lantas menundukkan wajah dek kerana merasa malu tapi sempat juga sambung usik suaminya.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi spontan pasangan suami isteri tersebut. Walau bagaimanapun mereka faham, bukanlah solekan Eyra itu terlalu tebal namun ia mula mencair kerana peluh susulan suasana stadium yang agak panas.
Ada susu yang dibancuh lama namun hanya dibiarkan begitu sahaja kerana anak tidak menghabiskan penyusuannya. Jangan dibiarkan lama kerana ada bahayanya susu dibiarpunterdedah pada tempoh waktu tertentu.
Memang sayang untuk dibuang tetapi selamatkah jika susu tersebut disimpan di peti ais?
Secara umumnya, susu formula yang telah dibancuh boleh bertahan selama 2 jam pada suhu bilik. Dengan syarat, ia tidak dipanaskan atau disentuh kerana dua perkara ini boleh mengakibatkan susu basi.
Kiraan ini juga dimulakan sebaik sahaja susu tepung dan air berlaku. Namun begitu, tempoh tahan lama ini juga boleh bergantung kepada jenama dan jenis susu formula yang anda beli.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk rujuk pada label susu formula di rumah. Hal ini kerana sesetengah jenama susu formula hanya boleh bertahan selama 1 jam sahaja pada suhu bilik.
Simpan Dalam Peti Sejuk?
Selagi susu tersebut belum diminum oleh bayi, ia boleh disimpan dengan lebih lama di dalam peti sejuk. Botol yang mengandungi susu formula yang telah dibancuh boleh bertahan sehingga 24 jam di dalam peti ais.
Ini merupakan alternatif yang sesuai buat ibu bapa yang sibuk. Apa yang mereka perlu lakukan ialah membancuh susu formula dalam sukatan yang besar dan simpan di dalam botol yang bersih.
Ibu bapa juga boleh menuangnya ke dalam botol susu bayi apabila diperlukan. Jadi tidak berlakulah pembaziran. Anak boleh sahaja minum ketika mahu minum susu.
Namun, suhu peti ais mestilah berada pada suhu 4.4°C atau lebih rendah. Suhu yang tidak sesuai boleh mengakibatkan bancuhan susu formula cepat basi.
Bolehkah Susu Formula Disejukbekukan?
Tidak boleh. Susu formula yang disejukbeku atau disimpan di dalam freezer akan mengalami perubahan tekstur. Ini sekaligus akan menjejaskan tempoh ketahanannya. Jadi, anda tidak digalakkan untuk sejuk bekukan susu formula yang telah dibancuh.
Bahaya bayi minum baki susu
Susu formula yang tidak habis perlulah dibuang selepas 1 jam. Jangan sesekali menyimpannya di dalam peti sejuk untuk diminum kemudian.
Hal ini kerana produk berasaskan susu sangat mudah untuk terdedah kepada bakteria. Anda juga tidak boleh panaskan baki susu formula yang tidak habis kerana ini juga boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria.
Untuk serbuk susu formula, ia biasanya boleh bertahan dalam masa 1 bulan selepas dibuka. Harus diingat bahawa serbuk susu perlulah disimpan di tempat kering dan sejuk, tetapi bukan dalam peti ais!
Untuk maklumat lanjut, anda boleh semak panduan serta tarikh luput yang tertera pada bekas atau pek bungkusan susu tersebut.
Walaupun agak rumit untuk mengenalpasti susu formula tahan berapa lama, namun ilmu ini adalah sangat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan bayi anda.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Terbaharu usahawan Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa Madammu telah selamat menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat bersempena kandungan anak sulungnya, pada hari Jumaat yang lalu.
Difahamkan seramai 180 orang tetamu yang menjadi tulang belakang kejayaan perniagaan Noir Health & Beauty Sdn Bhd, disamping ahli keluarga turut sama memeriahkan majlis berkenaan.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Meskipun jemputan tidaklah begitu ramai, namun suasana majlis yang sarat dihiasi dekorasi indah berlatarkan rona ungu menjadikan majlis tersebut cukup gah dan istimewa buat setiap hadirin.
Tidak dengan itu, penampilan Madammu dalam persalinan warna ungu dengan imej Muslimah, nyata memukau pandangan. Bukan sahaja terlihat sopan malah aura dan kelembutan wajah seorang ibu terserlah keseriannya.
“Masjils kesyukuran untuk Baby A,” tulis Madammu menerusi kapsyen di instagramnya sekali gus memberi isyarat bahawa anak yang dikandung berusia 3 bulan itu akan diberi nama dengan pangkal huruf A.
Selain itu, melalui platform yang sama kelibat salah seorang anak tirnya iaitu Ahmadi yang sama-sama mengiringi perjalanan masuk ke dewan majlis turut mencuri tumpuan umum. Dia yang mengenakan jubah rona putih siap lengkap berkupiah sentiasa ada di sisi Madammu bahkan berkali-kali menoleh kebelakang bagi memastikan segalanya baik-baik sahaja.
“Son im proud of u…selalu jadi anak baik ya Ahmad”
Cantiknya Madammu…Nampak Berseri Sangat
Meninjau di ruangan komen, netizen tidak henti-henti memuji kecantikan Madammu di majlis kesyukuran tersebut dan disertakan dengan ucapan yang positif. Apatah lagi melihat penampilan yang sopan anggun bertudung, ramai menitipkan doa yang baik-baik untuk Madammu terus kekal bertudung selepas ini.
“Alhamdulillah suka tengok Madammu.”
“Semoga suatu hari nanti Madammu kekalkan berpakaian sedemikian. Amin, cantik sangat.”
“Cantiknya madam, berseri-seri.”
“Semoga sihat selalu dengan baby sihat.”
“Ya Allah, cantiknya bila pakai tudung macam ni”
Terdahulu Madammu berkongsi berita gembira apabila dia disahkan mengandung selepas lima bulan menjalani rawatan in vitro fertilization (IVF) bermula daripada bulan April 2022. Sejak detik itu, Madammu secara terbuka berkongsi perjalanannya dalam ikhtiar memiliki cahaya mata sendiri selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Bersyukurlah jika kita dianugerahkan anak yang sering mengingatkan kita tentang kealpaan kita.
Anak yang mengingatkan kita tentang solat.
Anak yang mengingatkan kita tentang bahasa pertuturan kita.
Anak yang mengingatkan kita supaya bersabar.
Anak yang mengingatkan kita tentang riak dan kesombongan kita.
Anak yang mengingatkan kita tentang pakaian kita.
Anak yang mengingatkan kita untuk bersyukur dengan rezeki yang ada.
Anak yang mengingatkan kita untuk membantu orang yang memerlukan.
Dan anak yang mengingatkan kita tentang kematian.
Anak adalah ujian dan anak juga adalah rahmat buat kita. Kita bukan sahaja mendidik anak, anak juga banyak mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik dan bertakwa.
Lapangkanlah dada menerima peringatan dan nasihat daripada anak walaupun anak itu adalah anak kecil kerana bukankah didikan kita jugalah yang menjadikan anak sebegitu?
Noor Afidah Abu Bakar
Sumber: Parent Connect Consultancy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.