Makin Meriah Keluarga Ni. Tahniah Kelahiran Anak Ketiga, Zizie Izette & Suami

Share

Makin meriahlah keluarga Zizie Izette dan suami dengan kelahiran bayi baru ini. Pastinya  cahayamata yang ditunggu sudah tentu memberi rahmat buat mereka. Semalam, pelakon Zizie Izette selamat melahirkan seorang bayi perempuan kira-kira jam 12.06 tengahari di sebuah hospital swasta.

Dengan kelahiran cahayamatanya, melalui perkongsian dilaman sosial Instagramnya, Zizie melahirkan rasa syukur dengan kelahiran anaknya dan mengucapkan terima  kasih atas doa peminatnya.
Terdahulu, Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette. Juga turut mempunyai dua lagi anak angkat bernama Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
“My baby girl has finally arrived today, Friday at 12:06pm. She’s a healthy baby weighing 3.32kg.
“Thank god, it’s a lot easier than what I hv experienced before. Alhamdulillah, thank u everyone for ur doa,” tulisnya.
Dalam pada itu, para peminatnya turut mengucapkkan tahniah dengan kelahiran bayi baharu mereka. Tentu comel kan, macam maknya.
Sumber: Instagram ziziezette

 

IKLAN