Makin meriahlah keluarga Zizie Izette dan suami dengan kelahiran bayi baru ini. Pastinya cahayamata yang ditunggu sudah tentu memberi rahmat buat mereka. Semalam, pelakon Zizie Izette selamat melahirkan seorang bayi perempuan kira-kira jam 12.06 tengahari di sebuah hospital swasta.
Ads
Dengan kelahiran cahayamatanya, melalui perkongsian dilaman sosial Instagramnya, Zizie melahirkan rasa syukur dengan kelahiran anaknya dan mengucapkan terima kasih atas doa peminatnya.
Terdahulu, Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette. Juga turut mempunyai dua lagi anak angkat bernama Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
“My baby girl has finally arrived today, Friday at 12:06pm. She’s a healthy baby weighing 3.32kg.
“Thank god, it’s a lot easier than what I hv experienced before. Alhamdulillah, thank u everyone for ur doa,” tulisnya.
Dalam pada itu, para peminatnya turut mengucapkkan tahniah dengan kelahiran bayi baharu mereka. Tentu comel kan, macam maknya.
Pelakon Mona Allen tampil mendedahkan dirinya kini sudah berhijab sepenuhnya selepas bersalin anak pertama hasil perkongsian bersama suaminya, Pekin Ibrahim.
Terdahulu, Mona dan Pekin telah dikurniakan seorang anak lelaki, Petra Pekin pada 31 Ogos tahun lalu.
Menurut Mona, penghijrahan itu berlaku selepas dirinya bernazar sekiranya memiliki cahaya mata pertama tanpa pengetahuan Pekin.
“Saya bernazar nak pakai tudung jika diberikan cahaya mata pertama. Namun, perkara ini langsung tidak diberitahu dan diketahui oleh suami.
“Pekin tidak pernah memaksa saya untuk memakai tudung. Dia pun tak tahu saya bernazar. Dia hanya pesan agar saya tak buat sebarang pengumuman dalam media sosial sekiranya ingin bertudung.
“Bukan apa, dia bimbang sekiranya saya dikecam jika tiba-tiba berubah angin,” katanya.
Sebelum ini, Mona dan Pekin telah mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sepasang suami isteri terkejut apabila dihadapan mata mereka didapati dua beradik berani melakukan aksi lucah.
Masing-masing baru berusia 5 dan 6 tahun membuatkan pasangan suami isteri itu segera melarang perbuatan itu.
Kejadian yang tidak diduga itu berlaku di sebuah taman permainan kanak-kanak. Tindakan pantas mereka itu membuatkan kanak-kanak itu terkejut.
Sebagaimana perkongsian saudara ini di facebook miliknya, Mohd Zakey Bin Ramlee yang menceritakan kejadian itu.
Dia berharap ibu ayah memantau anak-anak yang masih kecil mengelak kejadian ini berlaku. Moga perkongsian ini menjadi iktibar buat kita semua terutama ibu ayah.
Aksi Lucah Adik Beradik Bagaikan ‘Suami Isteri’
AKSI LUCAH KANAK-KANAK. BEWARE PARENTS‼️ Tonight, with my own eyes, I saw something really disturbing happened in front of me
Ada 2 orang kanak-kanak (5 years old boy & 6 years old girl) sama bermain di sebuah playground and happened to be they are siblings
Tengah best bermain, my wife observed ada something fishy happening which the boy bawa kakaknya ke satu ruang (bilik kaca) yang sunyi where there were no one in that room. Kakaknya innocently just follow adiknya. Aku yang tengah duduk terus perhati apa nak dibuat oleh the boy
The boy suddenly asked his kakak to lay down and terus meniarap atas kakaknya dan buat aksi lucah (bahasa mudah: missionary position) dengan kakaknya (astaghfirullahalazim)
Lepas the boy sedar aku perhati his act dari jauh, he quickly bersembunyi di sebalik tiang and kakaknya terus angkat and almost cry right after adiknya buat aksi tersebut to her
Aku terus speechless terkesima dengan aksi ya. My wife terus terjah that room and hug that girl and telling that girl jangan suruh adiknya buat the same thing to her anymore. Telling her that action was totally wrong!. The boy just keep on hiding and finally went away from that area
Nasihat Tindakan Yang Salah.
Few moments later, again, my wife called that boy and advice him that what he did was totally wrong and my wife also told the boy to never ever do the same thing to her kakak and anyone anymore. The boy seems understand on what my wife were saying and terus seek apology from her kakak
So, we as a parent, please please please monitor anak-anak kita dari segi pergaulan, pantau gadget, dan segala tingkah laku anak kita.
Dunia makin maju so do our children semakin advance. This is not something we can take it easily and lightly. Untuk pengajaran diri sendiri juga.
p/s: Their parents were not around during the incident and we also have no idea how to tell their parents. THE WORLD IS GETTING SICK!
3 Sebab Kejadian Begitu Terjadi- Pakar Motivasi – Akhi Fairuz Al-Jengkawi
3 sebab utama kenapa seorang budak berkelakuan begini :
1. Pernah menonton video lucah
2. Pernah jadi mangsa sexual abuse, ada orang buat begitu pada dia
3. Pernah melihat mak bapak berjimak di depan mata
Meninjau di ruangan komen, mendapati ramai yang meluahkan rasa bimbang mengenai kejadian itu. Berharap ibu ayah sentiasa memantau anak-anak.
Mencipta ruang laman di balkoni yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan, apabila di tanam di dalam pasu memang cantik dipandang.
Pun begitu, masalah yang sering dihadapan saa lakukan proses menyiram pokok. Pasti ada lelehan air yang boleh menyebabkan lantai menjadi Kotor.
Ingin tahu tip untuk tidak berlaku bagitu, jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Ramai yang bertanya pasal mini garden atau ‘container garden’ kat balkoni rumah saya ni. So saya cerita lah serba sedikit:
1. Berada di tingkat 16. Cahaya matahari yg cukup dan sekali sekala tempias hujan sekiranya berangin.
2. 95% pokok, pasu dan rak dibeli dari IKEA, kerana kebanyakan pokok di IKEA adalah dlm ‘container’ dan indoor.
3. Tidak semua pokok perlu cahaya matahari direct dan tidak semua pokok perlu disiram setiap hari.
4. Tips untuk siram pokok-pokok ni supaya tidak mengotorkan lantai.
Tips siram pokok elak lantai kotor.
Sila baca tip yang dikongsikan ini.
1. Gunakan alat penyiram yang ada muncung, supaya air terus di siram ke dasar pokok/ tanah bukannya ke daun. Kalau ke daun, air akan melimpah ke atas lantai. Lain lah kalau pokok yg kat laman rumah atas tanah, boleh siram terus ke daun-daun pokok .
2. Jangan siram dengan banyak, memadai untuk basahkan tanah. Pokok yang ditanam dalam pasu/container tidak memerlukan air yang banyak seperti pokok yang ditanam atas tanah dilaman rumah. Air yang banyak boleh menyebabkan akar pokok mati.
3. Gunakan pasu yang sesuai sama ada yang jenis ada pelapik , atau gunakan pasu dua lapis sebagai pasu pendua yang tiada lubang di dasarnya.
4. Pastikan tempoh siraman mengikut keperluan pokok. Ada pokok perlu siram tiap-tiap hari dan ada yang perlu siram 3-7 hari sekali .
5. Misting atau semburan kabus, elok dibuat 2-3 kali seminggu ke daun-daun pokok. Semburan misting ni tak menyebabkan air meleleh keluar ke lantai balkoni .
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.