Program #QuranHour dianjurkan oleh Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) yang bernaung di bawah Kumpulan Media Karangkraf dengan kerjasama TV alHijrah, Sinar Harian, rakan sinergi media yang lain dan juga Rumah Ngaji seluruh Malaysia meneruskan misi Malaysia Quran Hour untuk kali ke-7.
Program tahun ini berlangsung isnin lalu menerusi medium Microsoft Teams dan TV Al-Hijrah sebagai penyiar rasmi. Kali ini membawakan solusi daripada Ilahi melalui Surah Al-Mulk dan 7 surah Musabbihat sebagai formula menuju Malaysia Berbudi dan Penyayang, menjelang Hari Kebangsaan 2021.
Pelaksanaan #QuranHour bagi dua tahun terakhir ini berlaku dalam musim pandemik Covid-19. Pada tahun ini, kes kematian yang tinggi berbanding tahun lepas, membuat kesedaran untuk hidup berQuran lebih bermakna lagi.
Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sasaran Malaysia #QuranHour adalah untuk rakyat Malaysia beragama Islam, di dalam dan luar negara kerana mereka adalah majoriti di dalam negara ini.
Ads
“Lebih 20 juta orang beragama Islam daripada 32.7 juta rakyat Malaysia. Kita perlu bangkit menjadi model untuk merawat rakyat kerana bersama dengan kita ada Mukjizat luar biasa iaitu Al-Quran.
“Malaysia #QuranHour adalah seruan untuk berinteraksi dengan al-Quran selama satu jam sebagai permulaan sehingga lahir karakter Muslim sejati dengan panduan al-Quran.”
Ads
Program Malaysia #QuranHour yang bersiaran selama sejam ini menampilkan pentadabbur, Ketua Pegawai Penyelidik, WUIF, Fazrul Ismail dan tetamu jemputan Pensyarah Kanan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Farid Ravi Abdullah untuk memberi pengisian ilmu. Manakala bacaan Surah Al-Mulk dan 2 Surah Musabbihat dibimbing oleh Qari My #QuranTime, ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali.
Seringkali kita merasakan bahawa tandas merupakan kawasan yang paling kotor dirumah dan pusat pembiakan segala bakteria dan kuman.
Namun begitu, mengikut kajian para saintis, terdapat tempat yang lebih kotor dari mangkuk tandas di rumah, tanpa kita menyedarinya. Berikut adalah senarai tersebut :
1) Sinki Dapur
Sinki Dapur sering digunakan dalam penggunaan harian. Apatah lagi jika anda kerap memasak dan menghabiskan masa didapur. Bayangkan terdapat lebih 500,000 jumlah bakteria pada setiap inci persegi dalam lubang sinki sahaja.
2) Suis Lampu / Kipas
Pernahkah anda mengelap atau membersihkan suis lampu atau kipas? Jika tidak pernah, baik masukkan dalam rutin pembersihan rumah anda. Ini kerana selama bertahun-tahun tangan kotor anda menyentuh suis tersebut ia menyumbang kepada 217, 000 jumlah bakteria per inci persegi.
3) Tombol Pintu
Seperti yang anda tahu, tangan adalah salah satu bahagian tercemar. Menyentuh tombol pintu, yang juga jarang dibersihkan mengakibatkan kuman dan bakteria dari orang lain yang telah menyentuh tombol itu berpindah ke tangan anda.
4) Papan Kekunci Komputer
Dalam satu kajian rawak daripada 33 Papan Kekunci Komputer, empat daripadanya dikategorikan “Merbahaya untuk kesihatan”.Oleh itu adalah penting lap bersih Papan Kekunci Komputer dengan kain dan detergen ringan demi menjamin kebersihannya.
5) Wang/Duit
Pesuruhjaya Kajian Kesihatan mendapati terdapat 135, 000 jumlah bakteria daripada satu not wang kertas dan purata jumlah 126, 000 dari not wang kertas yang lain. Oleh itu, pastikan anda membasuh tangan dengan bersih setelah mengendalikan wang yang banyak.
6) Span Basuh Pinggan
Rekahan dalam span membuat ia sukar untuk membunuh dan membasmi bakteria dan kuman.Pengguna span secara umumnya hanya memindahkan bakteria dari satu tempat ke tempat lain. Cara yang mudah untuk membersihkan span adalah, panaskan dalam ketuhar gelombang microwave lebih kurang 60 saat selain ia akan menghilangkan bau juga.
7) Pemegang Pintu Peti sejuk
Seperti tombol pintu , pemegang pintu peti ais juga diguna oleh semua penghuni rumah dan menjadi tempat berkumpulnya banyak bakteria.
8) Telefon bimbit
Ia digunakan secara meluas dalam penggunaan seharian. Mengikut kajian ianya mempunyai 18 kali ganda kuman dan bakteria berbanding tempat duduk tandas.Bersihkan dan menggunakan tisu antibakteria.
9) Alat Kawalan Jauh TV
SARS, MRSA dan VRE antara bakteria yang mudah dipindahkan melalui Alat Kawalan Jauh Telivisyen. Terutamanya Alat Kawalan Jauh Telivisyen di Hotel, pastikan anda bersihkan dahulu dengan tisu basah ataupun balut ia dalam plastik semasa penginapan anda di mana-mana hotel.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak buat rumahtangga bahagia bukannya mudah. Jika salah cakap atau bersikap tidak sepatutnya akan buat pasangan memendam rasa hingga mengakibatkan hubungan menjadi hambar.
Malah hingga nak terlalu sempurna hingga lupa untuk bertolak ansur dan sanggup membohongi pasangan tanpa fikir akan ada kesannya kelak dalam rumahtangga.
Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais menerusi coretannya mengenai sikap segelintir suami isteri. Menurutnya demi bahagia, sikap itu harus ‘dibuang’ agar hubungan kekal harmoni.
Buang 6 Sikap Ini.
Suami isteri kena buang 6 perkara ini agar rumahtangga kekal bahagia. Ya, ambil peduli hal ini, walaupun nampak biasa aje! Tetapi jika dibiarkan berlarutan jadi ‘barah dalam hubungan anda dan pasangan.
1 – Rasa Ego
Akibat dari ego kepala kita susah mahu menunduk ke bawah, apa sahaja yang cuba di sampaikan oleh pasangan kita tolak bulat bulat. Hanya pandangan yang keluar dari mulut kita sahaja yang betul. Sehingga pasangan kita rasa cintanya di khianati dan terpaksa setia walaupun tiada rasa sayang lagi.
Hati yang di khianati makin lama akan makin menipis, mudah koyak bila terlalu nipis. Hati-hatilah tuan-tuan. Tak jatuh ego seorang lelaki kalau tunduk sujud bersama-sama isteri.
2 – Rasa Curiga
Bila dah terlalu sayang dan terlalu bergantung harap perasaan curiga mudah datang tanpa di undang. Tak salah ada rasa curiga, yang jadi salah bila kita biar emosi menguasai akal kita sehingga buat tindakan yang boleh buat kita menyesal. Kuatkan kepercayaan suami isteri barulah kita tak mudah pedih mata bila terkena makcik bawang.
Dalam rumahtangga kena jaga perasaan pasangan dengan menjaga pergaulan kita supaya tak timbul rasa curiga. Laki dan perempuan kena ada batas dan had pergaulan, tak kira bujang atau tidak.
3 – Penipuan
Sentiasa lah bercakap benar dengan pasangan, tak kira isu sekecil mana pun jangan ada rahsia dan penipuan antara suami isteri. Kerana penipuan ini boleh menjadi benih kepada hati yang tidak setia dan mudah di godam oleh orang ketiga.
Sepahit mana pun kebenaran itu jangan rahsia dan bohong, kerana percayalah bahawa ‘pahit kebenaran’ itu lebih manis daripada ‘manis penipuan’.
4 – Penting diri ( Selfish )
Lepas berkahwin tiada lagi istilah kau aku, yang ada hanya kita. Rumah kita, keluarga kita, hidup kita, anak kita, semua untuk kita. Rumahtangga tak dapat di bina jika akad nikah sorang-sorang, rumahtangga juga tak dapat sampai ke syurga jika seorang sahaja yang berusaha.
Penting diri tak akan jadikan hidup kita mudah bahkan ia menyusahkan. Suami isteri kena banyak berkongsi, masalah, rezeki, kebaikan, kegembiraan dan kesedihan cuba kongsi dengan pasangan barulah masing-masing tidak mudah rasa kecil hati.
5 – Degil, tidak mahu bertolak ansur
Dalam rumahtangga tiada istilah aku betul kau salah, rumahtangga sepatutnya jadi tempat untuk berlumba-lumba buat kebaikan. Sentiasa bertolak ansur walaupun kadang kala ia tak kena dengan prinsip dan selera kita tapi asalkan ia boleh beri kegembiraan pada pasangan tak salah kita mengalah.
Degil dan tak mahu bertolak ansur tak bawa kita ke mana pun, mulanya kita rasa puas sebab pendirian kita sentiasa menang tapi tanpa kita sedar pasangan berdendam dan menanti untuk hukum kita bila kita buat salah.
6 – Malas
Jangan mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan dan kita juga tak boleh beri peluang untuk pasangan mengambil kesempatan ke atas diri kita. Sama-sama berusaha mencari rezeki dengan cara masing-masing kerana dengan berusaha sahaja baru turun rezeki. Tidak untuk mereka yang malas.
Pada mulanya boleh lah rasa kasihan tapi lama kelamaan lihat pasangan malas dan tak berubah boleh datang rasa benci dan meluat. Menjadi punca keluarga bercerai berai dan lebih teruk lagi anak jadi mangsa.
Ramai yang terlepas pandang perkara ni sebab terlalu fokus untuk menjadi ‘Perfect’ sehingga terlupa kecacatan yang perlu di buang.
Tiada manusia yang sempurna, tapi tak sekali pun jadikan ketidaksempurnaan diri sebagai alasan.
Namanya mencetuskan kontroversi, itulah dia Chef Ammar, salah seorang chef kelahiran Palestin yang cukup terkenal dengan menu nasi Arab dan pemilik Chef Ammar Xpress Souk Cafe.
Nasi Arab hasil air tangannya dikatakan mahal terutamanya dalam bulan Ramadan mengundang pelbagai reaksi, begitupun tetap ramai yang beratur panjang demi membeli dan nasinya sentiasa habis.
Itulah yang dikatakan kalau dah rezeki takkan ke mana. Biarpun dikecam tetapi rezekinya setiap hari bertambah. itulah kalau kita ikhlas berniaga kerana Allah.
Menerusi satu perkongsian oleh puan Syahirah Omar menerusi facebooknya, di mana Chef Ammar bercerita mengenai sokongan isteri yang sentiasa ada di belakangnya.
Saya sempat menonton live Chef Ammar,
Antara yang buatkan mata saya berkaca bila dia cerita tentang isteri dia.
” Isteri saya orang melayu juga. I sayang dia.Saya turun saya naik dia bersama saya. Saya susah dia ada. Saya ada duit, dia ada. Bukan saya ada duit saya lupa dia, Tidak.
“Saya sayang dia. She’s my everything you know? Itu perempuan melayu I kahwin, hidup sayalah. Saya susah dia bersama saya. Saya senang dia bersama saya. Saya sedih dia bersama saya. Saya kaya dia bersama saya. Malam-malam dia comfort I,”
“Chef Ammar cerita Allah bagi dia rezeki, kerja, TV Show. Banyak rezeki mencurah-curah.
Jelas Syahirah lagi, berbuat baik kepada isteri antara faktor kejayaan seseorang suami.
“Sungguh Isteri ni magnet rezeki.Disebalik kejayaan seorang suami, pasti ada isteri solehah yang sentiasa berdiri teguh dibelakangnya. Jika suami baik terhadap isteri, maka mudahlah urusan suami InsyaAllah.
“Seorang isteri takkan pernah lupa mendoakan suami.Seawal pagi isteri sudah siapkan keperluan suami. Itu belum cerita lagi keperluan anak-anak, urusan rumah tangga.
Biarpun ada isteri yang tidak bekerja, namun pengorbanan mereka menjaga anak-anak dan menguruskan segala keperluan di dalam rumah memudahkan suami untuk menumpukan perhatian kepada urusan mencari rezeki.
Besar pengorbanan isteri.Banyak urusan yang isteri bantu selesaikan supaya suami tenang keluar mencari rezeki. Tak perlu lagi fikirkan hal anak-anak, makan pakai. Semua sudah tersedia.
Ada isteri yang terpaksa keluar bekerja untuk ringankan beban suami. Boleh bayangkan kepenatan seorang isteri?
Bila suami susah, isteri sentiasa disisi. Tak pernah jemu menyokong dan beri semangat saat jatuh bangun suami. Serumah sebantal, selalunya isterilah yang paling tahu segalanya tentang suami.
Justeru, usah merasa isteri dan anak-anak itu sebagai bebanan dalam hidup.
Selayaknya isterilah yang perlu dilayan dengan ikhlas dan baik sekali.Jangan sesekali rasa hidup terbeban dengan isteri dan anak-anak.
Jika hidup kita rasa sempit,
Lihatlah bagaimana kita layani isteri kita.Bila kita jaga hubungan dengan isteri dan anak-anak, buatkan mereka gembira, InsyaAllah rezeki pasti datang dengan tak disangka-sangka.