Manfaat ‘Ruang Terbiar’ Atas Tangga, Lelaki Ni Transform Loteng Jadi ‘Ruang Solat Terapung’. Kemas & Nampak Luas!

Share

Hasil kreativiti boleh menjadikan sesebuah ruang itu nampak menarik.

Demikian juga dengan lelaki ini yang berkongsi hasil membina ruangan solat di rumah salah seorang pelanggannya.

Kemas namun cukup luas, loteng itu dibina di ruangan di atas tangga. Jom ikuti perkongsian oleh Shahrizan Mahful

di Tukang Apa Hari Ini.

….Salam warga Tukang Apa Hari Ini….siap dah sepenuhnya ruangan solat terapung saya …saya kongsikan gambar ini untuk rujukan semua…terima kasih beri komen dan idea yang membina dalam 3 hari proses pemasangan


Update :-

…disebabkan terlalu banyak pertanyaan dan sy tak terkejar nak menjawap satu persatu…nah ni yang sy guna.


1) rangka besi SH 2 x 6 x 1.9mm
2) lantai cement board 12mm
3) kemasan lantai guna laminate floor
4) anak tangga solid wood
5) cat cantik guna tangan kiri

IKLAN